17 October 2012

Santai Petang Di Putrajaya

Salam

Alhamdulillah Airis sekarang dah boleh berjalan walaupun bukan dengan sendirinya. Perlu dipimpin perlahan. Untuk galakkan lagi Airis berusaha dan yakin berjalan, saya dan en. Abg bawa dia berjalan di petang Ahad yang lalu.

Mulanya nak pergi mana-mana tasik yang berdekatan je. Tapi alang kepalang terus ke Putrajaya. Dah dekat pun. Kesian Airis, kebelakangan ni jarang kami bawa dia berjalan. Jadi bagi peluang anak dara kenit tu menikmati keindahan alam di Putrajaya =p

Rancangan untuk bersiar2 adalah spontan. Bila dah buat plan nak keluar tu terus tukarkan baju Airis. Tak mandi pun. Nanti mesti berpeluh. Lagipun balik nanti nak mandi lagi. Yang sebenarnya, ummi dia malas. haha

Saya pakaikan Airis sleveless dress. Lepas tu sarungkan leg warmer yang tidak pernah sekali digunakan. Ummi Airis memang, beli beriye. Tapi pakaikan pada Airis jarang sekali. huhu. Dan kasut pink tu pemberian Kak Izan masa Airis lahir dulu. Memang ada dalam set hamper yang besar gedabak tu. Tak pernah guna, tau2 je dah ngam2.




Anak dara ummi =)



Sesampainya di Putrajaya, mood Airis tak berapa baik sebab baru bangun tidur. Dia masih tidur masa saya nak letakkan dia dalam stroller. Apalagi, terus terbangunlah dia. Terus buat muka monyok. hehe

Tapi monyoknya sekejap je. Dah dipujuk dan dibelai dengan ummi ayah, nak2 lagi tengok sekeliling yang luas terbentang, mood dia terus elok. Macam tulah anak ummi. Budak baik =)

Tunggu apa lagi. Jom kita praktis jalan! ^_^




Airis masih tak biasa berjalan dengan memakai kasut. Selamat ni praktis jalan dalam rumah kan kaki ayam je. Jadi dia agak kekok dan tak mahu beri kerjasama pada mulanya. Dia minta didukung. Anak manja. huhu




Say byebye to ummi Airis



Ummi ni macam paparazzi la. No picture plz! =p



Dah didukung seketika, saya kembali turunkan Airis dan letakkan dia ke bawah untuk mulakan kembali training. Anggap je tadi tu proses warm up. hehe



Posing? Errr...




Dah mula happy dan yakin =)



Rehat sebentar





Entah apalah dibual en. Abg dengan anak dara kenit dia tu..





Ramai kata Airis ikut muka saya. Kamu rasa?



Ok, dah habis rehat. Kembali kepada latihan kita





Chinta hati saya ni nampak dah besar. Cepatnya masa berlalu. Lepas ni bila Airis dah pandai berjalan dan berlari, terpaksalah saya mengejar untuk memeluk dan mencium dia. huhu



Praktis dengan ummi pulak ye



Tapi sebelum tu betulkan sepit rambut dulu



Pastu leg warmer



Dan teruskan latihan



Lepas dah puas si kenit tu training, singgah minum2 jap hilangkan dahaga. Ingatkan nak minum2 kosong je



Sekali terbeli ini. haha. Memang tempting gile. Nanti kalau tak makan, balik rumah mesti menyesal =D




Minum air banyak2. Elok untuk kesihatan. Dan bagi kulit cantik. hehe




Nampaknya Airis happy betul bila di bawa berjalan di tempat macam ni. Rasa best nak guna skill baru dia tu. Balik tu bila tengok orang sana sini, dia takmo dukung dah. Dia nak jalan sendiri. Tapi masa tu dah nak Maghrib, harus cepat2 balik. Kasi angkut je la itu anak dara kenit. Sorry ye sayang, next time ummi promise kita buat training lagi. Ok? =)



Sebelum kecundang dan menyembah bumi. hehe. Lepas tu terus dukung, no more training



p/s : Dah dua hari sebelum hantar Airis ke rumah bs, biarkan Airis tengok pemandangan pagi dulu. Excited dia bila tengok burung berterbangan. Ayah kata Sabtu pagi ni nak bawa Airis jalan2 lagi. Harus ummi carikan Airis kasut baru sebelum tu. Nak tak?

No comments:

Post a Comment