17 October 2012

Berjumpa Bakal Pengantin

Salam

Semalam seorang teman datang ke rumah family saya. Bestfriend saya dari saya tingkatan dua sehinggalah sekarang. Kenal sebab sekolah yang sama. Duduk bersebelahan dari hari pertama sehinggalah tamat tingkatan dua. Namanya Siti jugak. Siti Zaleha.

Dia datang mengantar kad jemputan. Mahu menjemput saya sekeluarga makan nasi minyak. Alhamdulillah. Seorang lagi teman bertemu jodoh =)

Orang kata, orang nak naik pelamin ni mukanya berseri seri. Betullah, tengok muka kawan saya ni berseri semacam. Saya siap korek rahsia lagi. Tanya pakai produk apa. hehe

Majlis akan diadakan dalam 3 minggu lagi. Mudah2an semuanya berjalan lancar. InsyaAllah...

Apa2 pun, congrates dear =)


p/s : Mula2 Airis taknak kawan dgn aunt Zaleha, tapi lama2 dah ok. Siap minta aunt dukung before balik. Tq aunt bagi angpau besday. Airis sayang aunt =)

No comments:

Post a Comment