23 October 2012

Perkembangan Airis @ 11 Bulan 23 Hari

Salam

Ahad ni, 28 Oktober genap usia Airis setahun =)

Dah nak masuk setahun pun anak dara kenit tu. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Airis dah nak setahun, ramai dah mula mengusik saya untuk berikan Airis adik. Camno tu...hehe.  Soalan2 semacam tu saya KIV dulu ye. Kita biarkan masa yang menentukan ^_^

Dari segi fizikal, rasanya Airis ni ikut genetik ayah dia. Tapi dari segi sifat dan habit rasanya ikut ummi dia. Dari segi rupa paras, ada orang kata ikut muka saya. Ada juga yang kata ikut muka ayahnya. Bila combine, jadilah rupa Airis sekarang. Boleh gitu? haha

Semalam malam before tidur bakal birthday girl ni meragam sikit. Dia menangis  dan merengek. Sudah disusukan pun tak jalan. Tak tahu apa kemahuan Airis. Bila diajak bermain, ok buat sekejap je. Lepas tu merengek kembali. Risau jugak saya sebab petangnya dia jatuh tertiarap di rumah nenek. Manalah tau effect apa2 kan...

Tapi bila saya susukan, tepuk2 peha dia sambil berselawat, lama2 dia tidur. Oh, mungkin mahu beralih bulan, Airis sedikit meragam. Normal lah tu kan...

Sedikit perkembangan dan kesukaan bakal birthday girl =)


Dah boleh berjalan dengan dipimpin. Dan dua tiga hari ni Airis dah menunjukkan sedikit kemajuan bila boleh berjalan sendiri buat selangkah dua. Takpe, lama2 pandailah tu. Kena buang rasa takut tu, ok Airis? =)



Sudah pun mempunyai 2 batang gigi di bahagian bawah. Maka, sekarang ni dia dah mula menggunakan gigi dia tu waktu bf. Sakit -__-



Dah boleh panjat sofa di hall. Sedang saya dan en. Abg duduk mengadap tv dan biar dia bermain di bawah, nanti pelan2 dia panjat la sofa tu nak join saya dgn en. Abg. 

Anak dara kenit ni juga dah pandai bergurau. Selalu ajak saya main cak2. Sekarang ni dia sibuk ajak main kejar mengejar dalam versi merangkak. Dia akan merangkak laju2 suruh saya kejar dia. Bila saya buat macam tu, memang sukalah dia. Terkekek-kekek ketawa. Bayangkan saya seberat 60kg merangkak mengejar Airis. Memang sengsaralah jawabnya. Badan berat dik non oiii!!! haha. Ops, berat badan sudah terkantoi di sini =p

Airis juga dah mula faham beberapa word yang kami gunakan ketika berkomunikasi dengan dia.

Word Nak - Bila dia pegang something, saya hulur tangan sambil cakap "ummi nak", dia akan berikan barang tu pada saya. Sama juga bila saya minta sesuatu barang sambil tunjukkan jari ke arah benda tu dan cakap ayat yang sama, dia akan ambil barang tu untuk saya. Bila dia dah serahkan barang tu pada saya, saya akan cakap "Terima kasih sayang. Pandai anak ummi " sambil tepuk tangan. Dia pun akan gelak manja sambil tepuk tangan.

Word Ball - Airis mempunyai sekotak bola plastik yang colourfull (post). Memang saya dah biasakan Airis lepas main bola2 tu, masukkan kembali ke dalam kotak. Saya praktikkan dengan cara cakap dan tunjuk untuk dia tiru dan faham apa yang saya ajarkan. Sekali dua dia blur, tapi lama2 dia dah faham apa patut buat. Jadi lepas main bola2 tu saya akan minta dia masukkan bola2 tu semula dalam box tu. Sekarang ni bila saya sebut "Airis, ball mana..?", dia akan tercari2 kotak bola tu. Suruh amik ball yang terpelanting jauh pun dia dah faham =)

Word Bird - Pagi2 sebelum hantar Airis ke rumah bs, saya akan biarkan dia berdiri di bonet kereta sambil tengok burung2 berterbangan. Kadang2 en. Abg yang dukung sambil bawa dia jalan2 sekitar2 tu. Bila saya kata "bird", Airis akan terus pandang ke atas mencari burung. Bila nampak burung terbang, dia akan tunjuk ke arah burung2 tu sambil mulut riuh cakap macam2. 

Sekarang ni aktiviti tengok burung pagi2 sebelum hantar Airis ke rumah bs dah jadi wajib sebab nak bagi mood dia baik. Jadi takdelah dia menangis bila tengok saya pergi kerja tinggalkan dia. Siap flying kiss dengan bye bye lagi. Hati saya pun senang nak tinggalkan dia

Word Kiss - Bila saya cakap "Airis, kiss ummi", dia akan cium mulut saya. Takpun dia akan suakan pipi untuk dicium. 

Word Angkat Tangan - Bila saya atau en. Abg cakap "siapa nama Nur Airis Afrina angkat tangan", nanti dia angkat tangan sebelah. Comel je =)

Word sshhhh - Bila saya sebut "sshhhhh" sambil letakkan jari di mulut, dia pun akan tiru sama. Dari dia bebel2 terus senyap. hehe

Word Pok (Tepuk) - Bila saya kata "pok ayah Airis", dia akan tepuk en. Abg sambil gelak. Perlahan je dia tepuk. Alah, gurau2kan sekali sekala ^_^


Anak dara saya tu juga dah pandai meniru aksi yang saya dan en. Abg buat pada dia.

Aksi tepuk peha sendiri - Airis memang sangat manja dengan saya. Bukanlah kata dia kurang manja dengan en. Abg, tapi dengan saya berlebih sikit. Ummi dia kan. Sebolehnya dia nak saya ada je depan dia. Jadinya semua benda saya lakukan secepat mungkin sebab Airis ni senang merengek kalau takde saya depan mata dia. Sampai mandi pun ala kadar je. huhu.

Jadi kalau dia merengek masa saya mandi, en. Abg akan tepuk2 peha dia sambil alunkan selawat. Tapi sekarang, tak payah en. Abg tepuk peha dia. Dia dah pandai tepuk peha sendiri. Selawat saja, automatik dia akan tepuk peha dia =)

Aksi sorok muka - Dalam main cak2, kali pertama saya sorok muka dan acah dia. Tapi kali kedua dan seterusnya dia yang sorok muka dan acah saya. hehe


Oh ye! Rambut Airis sudah boleh diikat toncet. Yey!!!! hehe

Rambut depan Airis makin panjang, jadi agak rimas bila rambut tu terjurai2 ke depan. Kebetulan pagi Ahad ketika singgah di kedai runcit saya ternampak getah rambut elastik, terus saya belikan untuk Airis. Petang semalam ketika mengambil Airis, rambut Airis sudahpun selamat diikat. Kemas sungguh kerja bs Airis kalau nak dibandingkan dengan kerja saya. hehe. Budak2 kat rumah bs cakap rambut Airis bila dah diikat macam air pancut. hahaha

Ini hasil percubaan saya sejurus sampai saja di rumah.Kira boleh la..Nanti upgrade skill lagi =p



Dengan mainan baru. Tapi semalam cari2 entah mana perginya benda alah tu. Sekarang ni Airis suka main sorok2 barang. Adoilah anak, bijak sangat..



Bergaya dengan kanggaroo bag pemberian Pak Long Shamin. Datang khas dari negara binatang lompat2 ni untuk Airis. Tq Pak Long =)



Banyak lagi perkembangan Airis yang nak saya kongsikan tapi tak teringat sekarang. Nantilah bila saya ingat saya kongsikan lagi ye. Macam2 akal bakal birthday girl ni. Layankan aje =)


p/s : 5 days to go...Lepas tu, Airis dah setahun la. Airis dah besar. Bolehla ikut ayah pergi zoo negara. hehe

No comments:

Post a Comment