02 October 2012

Hendak Seribu Daya

Salam

Awal pagi tadi dalam LRT saya tak sedap rasa. Rasa macam ada yang tak kena. Fikir punya fikir, tak tahu sebab apa. Jadi abaikan saja. Mainan perasaan barangkali. Biasalah, ada satu masa kita rasa xsedap hati, tapi takde benda pun sebenarnya.

Tapi rupa2nya rasa tak sedap hati saya tu memang membawa maksud...

Tadi macam biasa, saya nak buat aktiviti pumping. Sekali bila bukak cooler bag tu, tengok set corong pump Spectra tu xcomplete. Camne nak pump ni....huhuhu

Corongnya ada tapi Valve Head tu takde. Kalau sapa2 yang pakai Spectra 3 mesti tahu benda apa yang saya maksudkan. Buat yang tak tahu, meh saya tepek gambar bagi jelas


Sumber di sini

Terus gelabah. Situasi genting. Memang harus pump jugak, tak boleh tunggu sampai petang. Kalau tangguh jugak, saya tahu kesannya pasti esok produktiviti susu akan terganggu.

Satu saja penyelesaian...

Kaedah natural. Marmet.

Sesungguhnya saya memang tak biasa buat marmet. Memang ini bukan kali pertama, tapi memang saya tak biasa dengan kaedah marmet ni. Tapi untuk Airis, gagahkan juga. Walaupun sakit kepala menunduk -__-


Dan hasilnya untuk pagi ni


4oz... Alhamdulillah :)

Bila dapat 4oz terus rasa happy. Untuk beginner marmet macam saya ni, dah cukup puas hati. Terus rasa yang marmet ni bukanlah susah sangat. Berlatih sedikit lagi, insyaAllah marmet bukan satu lagi yang mustahil :)

Btw, untuk sesiapa yang nak belajar teknik marmet, boleh terus refer di sini 


p/s : Satu lagi sesi marmet petang ni. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih

1 comment: