16 October 2012

Halfest 2012 Edisi Cuci Mata

Salam

Tahun ni sekali Festival Halal diadakan di PWTC. Memang cantik sesangat lah tempat tu. Dekat sangat dengan office saya ni. Jalan kaki lenggang kangkung 5minit sudah sampai. Tak payah susah2 nak cari parking. 

Tempoh Halfest 2012 ni lebih lama dari Halfest 2011. Kalau dulu cuma 3 hari, dari Jumaat ke Sabtu. Kali ni dia up sikit jadi 5 hari, Rabu sehingga Jumaat. Masuk adalah percuma (ayat skima). Tapi kat entrance tu kena register dulu, dapatlah beg free. Bolehlah isi macam2 dalam beg tu

Pukul 12.30 saya dan Kak Izan sudah terpacak di kaunter register tu. Memang pilih hari Jumaat sebab masa yang rehat yang panjang. Orang pun tak ramai compare to kalau pergi weekend. Senang lah kalau nak pusing2. Dapat buat food test banyak2. Memang best. hehe

Tengah pusing2 Halfest tu, Kak Izan saya terpandang satu booth ni. Booth Eumora, tengah buat promo. Tengok ramai benar orang yang mencuba. Best sangat ke? Alih2 saya dan Kak Izan sangkut sekali kat booth Eumora tu. Mula2 ingat nak temankan Kak Izan je, last2 saya pun terjebak sekali. 


Starting dengan Kak Izan. Try untuk sebelah muka dulu untuk compare before n after



Dengan hepynya menunggu sebelum sabun tu dicuci



Lepas tu turn saya. Berdepan dengan orang secantik Shelby ni, hati rasa down. Kenapalah minah ni cantik sangat. huhu




Tada!!!! Hasilnya untuk side kiri. Dengan beraninya saya tayang muka sememeh ni kepada kamu2 semua. Yakin harus ada. haha



Lebihan tu boleh juga disapu pada tangan. Barang mahal (bagi saya la) , tak baik membazir. Guna hingga titisan terakhir =p



Time untuk cuci dan beralih ke side muka yang satu lagi



Dan hasilnya. Dalam gambar memang tak nampak, tapi kalau depan2 saya nampak jugak beza muka Kak Izan before n after. Yang side pakai tu nampak smooth



Try sebelah lagi. Orang lain dapat try sebelah muka je, kitorang dapat try satu muka. Special guess ^_^



Kami selepas treatment. Boooolat sungguh budak tudung coklat tu. huhu



Dan hasil cuci mata di Halfest 2012



2 pack begedil Eenaki. Tq Kak Izan belanja i :)



p/s : Halfest 2013 harap2 buat tempat yang sama. Best!

2 comments:

  1. Ada lg eumora ni rupanya..su ada 3 bar kot tak abis lg..tak berkesan kat su dan rasa bazir beli sbb mahal..huhu

    ReplyDelete
  2. oh sue dah penah try sebelum ni ye...sy try je dulu tu sebab beli 1 bar je..memang mahal pun. huhu

    ReplyDelete