29 August 2012

Perkembangan Airis @ 10 Bulan

Salam

Semalam sewaktu duduk bersantai petang di rumah keluarga, mak saya berkata "Hari ni Airis masuk 10 bulan kan? Hari ni 28hb kan?"

Saya dan en. Abg pun "Eh, yela! Airis dah 10 bulan hari ni. Jom2! Potong kek" haha

Sorry Airis. Ummi n ayah lupa. Ini baru Airis seorang. Kalau ada adik nanti, xtau la macam mana. hehe


Jom tengok perkembangan dan kebolehan Airis di usia 10 bulan :

Menyembur - Dalam seminggu ni saya perasan Airis suka sangat menyembur. Meleleh air liurnya. Sampaikan bila saya nak cium mulut dia, kena lap dulu sampai bersih. Baru boleh cium. Memang habit saya dari Airis lahir dulu, saya paling suka cium mulut dan pipi dia. Sampaikan sekarang dia pun macam dah faham habit saya yang satu ni. Baru2 ni kalau saya muncungkan mulut pada dia, dia dah boleh balas dengan dekatkan muka pada saya. Mulut pun macam nak muncung sikit. Lama2 pandailah tu. hehe

Kata orang, bila baby meleleh je air liur tu tandanya gusi gatal nak tumbuh gigi. Dan semalam bila saya raba2 gusi bawah Airis, yey! Airis dah tumbuh gigi sebatang di bahagian bawah. Tapi xdapat nak ambil gambar sebab Airis xnak bukak mulut. Saya nak tengok pun payah, apatah lagi nak ambil gambar. Nantila, bila Airis tidur saya nak curi2 ambil gambar. Khas untuk entri Gigi Pertama Airis. hehe

Mencengkam - Ini memang hobi dia. Tengah mamai saya bf dia, sekali dia cengkam saya. Aduh! Memang sakit. Tau2 esok lusa tengok dah ada kesan luka. huhu. Tapi yang selalu jadi mangsa ayah dia la. Mungkin tu cara Airis bermanja kot. haha

Meniru bunyi - Dah pandai mengulang bunyi2 yang saya keluarkan. Macam meniru pun ye jugak. Sebab lepas dia ulang bunyi tu, dia gelak2. Kadang2 dia yang buat dulu. Tengah elok main, tibe2 dia buat bunyi2 pelik lepas tu gelak. Memang geli hati dibuatnya

Menapak - Dah boleh menapak perlahan2 di tepi kerusi or dinding. Dan bila dah berdiri tu, dah tau macam mana nak adjust keadaan bila mahu duduk semula. Selalu saya dengar en. Abg mengajar dari jauh. Diajarnya Airis duduk bila dia tengok si anak sudah letih berdiri. Macam kan faham je budak tu. Tapi lepas tu saya tengok Airis duduk dengan cara yang en. Abg ajar tu. Saya pun macam eh??? Faham ke?

Mengacah - Dah boleh main acah2. Main sorok2 muka di sebalik kerusi makan ataupun balik pintu. haha

Makan - Sekarang ni Airis dah mula makan sedikit demi sedikit. Tapi kalau bubur atau yang lembik2 ni dia memang tak suka. Dia suka makanan yang kering macam nasi n roti. Tengah raya ni, biskut raya pun saya dah suapkan. Tengok dia pun asyik menempel buat muka, tak sampai hati saya. Tapi saya bagi biskut tertentu, yang manis2 tidak dibenarkan sama sekali

Usil - Dalam bahasa melayu kita taknak duduk diam. Lagi2 part nak pakaikan baju lepas mandi tu. Dapat pakaikan minyak yu yi n pampers pun dah kira ok. Losyen ni memang jarang sekali. Bedak pun pakai tepek je. Memang menguji kehebatan saya bertarung. haha


Alhamdulillah setakat ini Airis diberi kesihatan yang baik. Setakat demam biasa tu adalah. Adat lah, budak nak membesar kan. Mudah2an Airis membesar dengan baik di bawah lindunganNya. Amin.

No comments:

Post a Comment