30 August 2012

Sebelum Raya

Salam

Hari Jumaat, dua hari sebelum raya sekali lagi saya turun ke Jalan TAR. Mahu mencari tudung raya. Membeli tudung dengan corak, warna dan di kedai yang sama kali kedua. haha. Sebabnya tudung yang dibeli kali pertama rosak atas kecuaian diri sendiri. Nak taknak harus mencari pengganti. Mujur ada yang sebijik sama. Legaaa...

Pergi dengan Kak Izan. Ingatkan dia mahu beli barang, rupanya sekadar menemankan saya. Siap bagi kueh raya kesukaan i lagi. Ingat u pada kesukaan i ye. Tq kak :)

Kueh Cornflakes Madu yang sangat sedap. Just nice. Tidak terlalu manis dan melekit. Sorry la, sudah tunggang telanggang susunnya sebab saya pakai sumbat je dalam backpack. huhu



Tak lupa juga buah tangan untuk budak comel bertiga tu. Tapi angpau tu ada extra la. Untuk mak saya rupanya. Mudah2an murah rezeki kamu ye kak :)



Tapi dah kata namanya seorang ibu, pergi mana2 pun mesti ingatkan anak. Maka tersambarlah sepasang baju ni untuk si kecil. Tak tahan godaan la jiwa raga akak ni. Lagi2 melibatkan hal Airis ni. Cepat benar cairnya ^_^



Hari Sabtu pagi seawal pukul 6.30 sudah keluar dari rumah menuju ke Perak. Tapi keadaan di Highway dari rumah sehinggalah ke hentian Ladang Bikam memang sangat jem. Makan masa 6 jam. Tension je en. Abg. Nak2 lagi bila paling ke seat belakang tengok wife beliau sikit punya sedap berbaring dengan anak. Dengan alasan menidurkan anak. haha

Dari Ladang Bikam sehinggalah nak sampai rumah Perak, Airis kekal aktif. Sibuk mengacau ayah dia drive. Sekarang ni pandai merengek menangis bagai kalau kita menegah. Suka hati kamulah Airis -__-



Setibanya di rumah Perak, mak menunjukkan pokok mangga kami di laman belakang rumah. Setahun lebih dulu, kali terakhir saya balik pokok ni masih kecil lagi. Sekarang ni sudah membuahkan hasil. Manis, sedap.

Kamu tahu tak siap yang petik kebanyakan buah mangga ni. Itu dia, si hero kecil tunggal tu. Atok dia mendukung, dia memetik. Budak bandar, mana pernah petik buah mangga. Bila dapat buat, punyalah suka dia. Atok pun layankan ajelah ^_^


No comments:

Post a Comment