15 August 2012

Belajar Menjahit

Salam

Saya teringin sangat belajar menjahit. Teringin sangat. Sejak dari zaman bujang dulu. Sampailah sekarang. Tak pernah hilang keinginan tu.

Tapi seringkali saya tangguhkan hasrat tu. Dari dulu sampailah sekarang. Saya macam tak yakin je. Yelah, saya memang minat menjahit. Tapi tertanya2 pada kemampuan diri sendiri. Ada bakat ke saya memegang jarum ni? Saya takut kecundang di tengah jalan dan akhirnya saya give up. Jadi akhirnya saya pendam je hasrat tu.

Tapi kebelakangan ni keinginan nak belajar menjahit tu datang semula. Kali ni semakin kuat dari dahulu. Dan saya pun dah bagitahu en. Abg keinginan saya yang satu ni.

en. Abg bagi green light =)

Bukan kata asas menjahit, mesin jahit pun saya takde. Nak jahit pakai apa =D

Jadi saya mula survey mesin jahit yang sesuai untuk beginner seperti saya. Yang user friendly. Yang mudah dikendalikan oleh saya. Semudah ABC ^_^

Saya mencari mesin yang boleh menjahit pelbagai material. Sebab dalam hati ini ada taman. Eh, salah2. Sebabnya dalam fikiran berangan mahu jahit baju kurung sendiri. Bila skill sudah hebat mahu diperluas untuk jahitan langsir, sarung bantal dan cadar sempoi untuk kegunaan sendiri. Pokok pangkalnya memang untuk kegunaan sendiri lah tapi dalam pelbagai cara.

Survey punya survey, saya berkenan dengan 2 mesin jahit jenama Brother ni

NV30



NV50

Dua2 mesin ni sama je fungsinya. Cuma NV50 tu lebih canggih skit dari NV30. Berdasarkan survey saya, ramai kata mesin ni user friendly dan sangat mudah digunakan. Spare part pun senang dapat. Dan yang best, kalau beli mesin dengan LSN, siap dapat masuk kelas menjahit percuma sekali.

Best kan? Yela, kelas menjahit ni bukan murah2. Kalau ambil pakej tiga empat jenis baju makan beribu jugak. Kalau boleh dapat free, rembat ajelah kan peluang ni :)

Mulanya saya mahu beli mesin jahit yang biasa2 sahaja. Sekadar boleh jahit baju kurung sudah. Tapi bila2 fikir, nanti kalau saya nak jahit material yang kasar sikit, mesin tu mungkin tak sesuai. Takkan saya nak beli mesin yang lain pulak? Kan dah membazir tu... Jadi sekaligus beli biarpun harganya agak lebih sikit.

Oh ye.. Mesin NV30 dan NV50 ni boleh jahit tepi sekali. Tapi kualiti jahitan tidaklah sehebat mesin jahit tepi yang sebenar. Jadi sesuai untuk kegunaan sendiri je. Macam yang saya mahulah.

Bukanlah terus saya nak masuk kelas menjahit sekarang. Kurang2 biar Airis besar sikit. Bolehla saya tinggalkan bersama en. Abg atau neneknya ketika menghadiri kelas. Target saya bila umur Airis mencecah setahun nanti. Lagi 2 bulan je pun. Tak sabar dah ni. hehe

en. Abg offer untuk sama2 berkongsi modal membeli mesin jahit ni. Beri galakan katanya =)

Tapi saya prefer beli guna modal sendiri. Tidak mahu berkongsi dengan en. Abg dengan sebab tersendiri. Yelah, mana tahu mesin tu tak berusik nanti, tak mahulah en. Abg bising2 sebab dia ada share modal. Kalau modal saya seorang je, takdelah en. Abg bising sangat. hehe. Itu je pun sebabnya. Eh, mungkin juga sebab saya mahu en. Abg belikan saya sebuah oven ^_^

Jadi, kita beri masa 2 bulan untuk berehat sebelum bertindak. Kita hadap raya dulu ye =)


p/s : Moga2 tidak bertangguh lagi

1 comment:

  1. Salaam...perasaan awak sama je dgn saya...sebijik sgt dgn apa yg saya rasa...heheee sebenarnya saya tgh survey mesin brother nv50 juga tu yg terjumpa blog awak...semoga kita berdua dpt belajar jahit & berjaya kan :)

    ReplyDelete