Salam
Office lengang sungguh hari ni. Ramai yang dah mula bercuti. Saya? Masih bekerja dalam mood bekerja yang hampir hilang ^_^
Mak ayah dan adik2 saya sudahpun selamat tiba di kampung. Mahu berkemas2 agaknya menerima kedatangan anak menantu dari jauh ni. Mahu anak menantu datang berehat saja sambil semua persiapan sudah siap tersedia. hehe
InsyaAllah saya sekeluarga akan bergerak balik ke Perak seawal pagi esok. Kali terakhir saya pulang ke Perak ketika mengandungkan Airis 4 bulan. Sekarang ni Airis dah besar, baru nak bawak dia balik kampung melihat tempat atok dia dibesarkan ^_^
Raya ketiga mungkin akan balik dulu ke Kinrara atau terus straight ke Johor. Bergantung kepada keadaan jalan dan juga stamina en. Abg. Sekiranya keadaan mengizinkan, kami akan terus bergerak ke Johor untuk sambung beraya. Sekiranya tidak, mungkin balik dulu ke Kinrara. Yang pastinya seminggu bercuti, seminggu jugalah saya tidak beraya di rumah. Sibuk beraya di kampung.
2 hari je lagi sebelum Ramadhan berakhir. Mudah2an dipanjangkan usia kita semua, diberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik untuk merebut ganjaran di Ramadhan yang akan datang. Sehingga itu, Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari saya sekeluarga. Moga selamat sampai destinasi yang dituju. Pandu cermat, jiwa selamat :)
p/s : Masih mahu berkunjung ke Jalan TAR =p
No comments:
Post a Comment