Salam
Jumaat minggu lepas saya tinggalkan semua hasil susu yang dipam di rumah mak. Sebabnya saya akan terus balik ke Kluang. Jadi saya rasa adalah lebih selamat tinggalkan stok susu tu di rumah mak berbanding bawak balik ke Kluang. Takut susu akan rosak dalam perjalanan berulang alik ke Kluang.
Jadi semalam saya belek2 stok frozen EBM. Mahu dijadikan bekalan untuk diberi kepada bs Airis. Sebab fresh EBM semua sudah ditinggalkan di rumah mak. Sebenarnya memang jarang sekali saya berikan Airis frozen EBM ni. Biasanya saya bekalkan fresh EBM je kepada pengasuh. Kalau fresh EBM tu tak habis, saya bawak ke hari esoknya. Sehinggalah hari ke-3, kalau tak habis jugak, baru saya jadikan frozen EBM. Jadi frozen EBM Airis akan sentiasa bertukar. Yang lama saya keluarkan dan gantikan yang baru. Yang saya keluarkan tu biasanya saya buang. Yelah, peti ais saya tu bukannya besar mana nak sumbat banyak2 kan.
Tapi kebelakangan ni saya jarang buat frozen EBM sebab hasil susu di bulan Ramadhan tak sebanyak seperti dulu. Pengeluaran sedikit merudum. Hasil hanya setakat untuk diberi esok. Jarang ada lebih untuk dijadikan frozen EBM. Normal lah tu kan. Kurang minum, kurang makan mana nak banyak susu. Tapi itu sayalah, orang lain saya kurang pasti.
Disebabkan lama dah tak buat frozen EBM, jadi saya jarang menelek stok frozen EBM yang ada. Malam semalam masa nak cari stok frozen EBM yang terdahulu untuk digunakan, saya perasan sesuatu. Tujuh bekas frozen EBM saya sudah expired. Kuantiti setiap bekas berbeza. Bila saya kira2, semuanya dalam 30oz :(
Sedih, tapi tak begitu sedih. Lebih kepada ralat dan menyalahkan diri sendiri sebab tak prihatin.
Tapi takpelah, benda dah jadi. Lepas ni saya jadikan pengajaran. Mudah2an naik keje lepas raya sakan nanti, produktiviti kembali seperti dulu. Dan jangan terlintas pun dalam hati untuk ponteng sesi mengepam. Rotan nanti =p
p/s : Mudah2an dengan IzinNya :)
No comments:
Post a Comment