Salam
InsyaAllah awal tahun depan akan berlangsung satu lagi kenduri besar dalam keluarga saya. Adik saya akan menjadi isteri orang :)
Jadi semalam saya mengambil cuti. Temankan adik untuk membeli kain yang akan dipakai oleh keluarga kecil kami pada majlis resepsi nanti. Dan saya juga ada agenda tersendiri. Mengajak mereka menemankan saya ke KWC ^_^
Cadangnya hanya kami bertiga saja yang pergi. Tanpa Airis. Bukan apa, semalam cuti Nuzul Quran. Pastinya di Jalan TAR tu sesak dengan ramai orang. Kalau Airis turut serta, mesti dia rimas. Jadi, baik kami pergi bertiga sahaja untuk memudahkan urusan dan mempercepat perjalanan. Airis seperti biasa, akan ditinggal kepada bs.
Paginya saya ke rumah bs seperti biasa. Niat di hati mahu maklumkan pada bs yang saya akan hantar Airis sedikit lewat. Dah mandi wangi2, sudah kenyang dengan susu saya, baru saya hantar si kecil tu. Tapi baru je melihat kelibat saya, bs sudah awal2 minta maaf. Ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi dia minta untuk tidak menjaga Airis buat masa sehari. Saya pun, ok lah. Sudah rezeki Airis mengikut rombongan kami berjalan :)
Stroller beralih kereta. Dari kereta en. Abg ke kereta adik. Walaupun saya tak pasti adakah stroller praktikal di Jalan TAR yang sesak tu, tapi pastinya kami bertiga tidak mahu mendukung Airis sepanjang masa. Memang stroller diperlukan. Tapi.....rupa2nya stroller tu bukan untuk membawa Airis, tapi membawa hasil belian kami semalam. Sepanjang masa kami bertiga bergilir2 mendukung Airis. Sabar ajelah. huhu
Di awal pagi sebelum bergerak. Harus bergerak awal sebelum Jalan TAR tu menjadi sesak dan padat
Airis dah mengantuk sebab waktu tidur normal sudah terganggu
Tapi ummi terlebih excited. Nak bawak anak dara jalan2 kan. Next year bila Airis dah besar sikit, dah boleh bawak dia shopping raya sekali. Ajak Along dan Amani sekali. Girls day out gitu ^_^
Mungkinkah Airis akan ikut jejak aunt2 dia yang fotogenik & fotogediks ni? =p
Sesampainya di Gulatis. Dari tidur terus bangun dan perhati sekeliling
Proses pencarian oleh B2B bermula
Sudah jumpa colour yang dikehendaki tapi fabric yang kurang sesuai
Sementara tunggu salesman carikan fabric yang lain. Lama sikit sebab katanya kena pergi cari di kedai yang lagi satu
Dia pun sibuk sama...
i'm married.*statement terbuka*. sebelum ada lagi yang menyangka saya masih single =p
Belek2 fabric printed lycra. Memang cantik kalau dibuat tudung. Tapi harganya pun cantik la ye. Beli siap lagi berbaloi kot
Pose macam tokey kedai kain la u ni. Ada gaya dah tu. hehe
Self-obsession
Proses akhir memilih. Tunggu kata putus dari puan sponsor. Serius nampak? =p
Akhirnya proses pencarian berhasil. Yang sedang dicuba ni khas untuk bff adik yang sama2 akan menjadi orang kuat majlis
Dan ini pula untuk digayakan kami tiga beradik. Colour Baby Blue. Sangat cantik dan sangat puas hati. Tq Izan :)
Menunggu kain selesai dipotong dan puan sponsor buat pembayaran. Airis sudah bosan sebab tak dapat jejak ke tanah. Tak dapat nak tunjuk skill merangkak dan panjat memanjat dia tu ^_^
Selesai satu bab. Tinggal cari kain untuk mak ayah, BIL dan en. Abg yang gagah perkasa =p
Penat betul si kecil ni. Masuk2 kereta je, pekena susu sikit terus tidur. Penangan berjalan di bulan puasa kot :)
Selepas tu kami ke KWC. Sejak terpandang baju Kak Lyn, saya terus terpikat. Risik2, katanya beli di sini. Kalau berkenan, mahu beli banyak skit untuk dibuat baju ke office. Tapi, tiada yang berkenan dan balik dengan tangan kosong. Adik2 jugak yang membawa pulang hasil belian. huhu
Muka happy nak balik
p/s : Balik tu saya dan Airis sama2 bantai tidur kepenatan. Airis macam tau2 je ummi dia penat. Mana taknya, berkendung 24jam. Tak ke hebat tu...
Alhamdulillah pasni bukan keluarga kecik lagi tau..dah jd keluarga besar..setiap tahun dapat ahli keluarga baru seronoknyer..
ReplyDelete