03 May 2013

Cuti-Cuti Keluarga - Part II

Salam

Kembali sambung cerita sebelum ini (post)

Kami book hotel melalui Agoda. Jadi memang tak dapat request bilik yang berdekatan. Tapi mujur bila dah check in, bilik kami betul2 bersebelahan antara satu sama lain. 

Pemandangan dari balkoni. Boleh borak dari jauh. hehe

Orang semua dah bangun, Amani pun dah siap mandi, Airis masih lagi tidur dengan lena. Mood bercuti katanya. hehe

Tiada agenda untuk pagi Ahad tu. Cuma relax kat hotel dan check out bila sampai masa. Breakfast pun kat hotel je. Senang ambil hotel include breakfast, tak payah tercari2

Ruang breakfast yang besar. Pilihan makanan pun sangatlah pelbagai, muat tak muat perut je. hehe. 


Round 1

View ruang makan yang bersebelahan dengan pool



Sampai terintai-intai Airis

Tak boleh jadi ni, nak jugak tengok dengan lebih dekat

Kehendak yang semakin tak dapat dikawal

Last2 atok suruh naik. hehe

Tak give up

Bilik permainan untuk kanak2 berdekatan ruang makan



Lepas breakfast, anak2 Along dah berendam dalam pool. Airis tak payah la, kita baring2 dalam bilik lagi best =)

Adik dan Mak Usu



Lepas breakfast, balik je bilik saya terus mengemas. en. Abg dah terbaring atas katil. Takpe, biar dia rest sebab lepas ni nak drive jauh. Banyak tempat nak dituju. Kali ni bab mengemas biar saya yang handle sebab selalunya bab tu en. Abg yang buat. Saya hanya perlu mengisahkan Airis, selebihnya en. Abg dah buat untuk saya. Dari Airis lahir sampailah sekarang. Untung badan  ^_^




Keluar masuk keluar masuk. Kat umah BK sliding door adalah kawasan larangan buat Airis, jadi dia lepas kepingin kat sini

Dah puas keluar masuk, pergi mengacau di bilik nenek dan atok 

Rupanya mengantuk. Masa sibuk nak check out, dia pakat tidur

Lobi dengan konsep terbuka. Fresh air gitu...

Agenda lepas check out tu, nak ke Hard Rock Cafe. Tapi sebelum tu kami singgah beli jeruk Pak Ali dulu. Kalau datang Penang tak beli jeruk Pak Ali rugi sangat sebab jeruk Pak Ali memang glamour habis kat Penang. Jeruknya pun sedap sebab tak pakai cuka. Kalau jeruk lain tu guna cuka, makan banyak sikit dah sakit tekak. Alang2 sampai Penang, borong banyaklah sikit. Nak bagi pada bs dan pada kawan2 rapat.

Hard Rock Cafe yang dekat je dengan hotel

Along mulanya nak tunggu dalam kereta je. Tapi bila tengok kitorang ramai2 masuk Hard Rock Cafe, takkan dia nak tengok ajekan. Jom la long, kita cuci mata sikit =)



Bila masa la bebudak ni buat keje


Mentor dan protege


Pak Lang tolong jaga Airis sementara ummi tolong ayah pilih baju

Tunggu ayah fitting baju


Berkenan nak beli untuk Airis. Agak besar sikit tapi dah kenan nak wat camno.. Nafsu betul =p

Hasil rembatan di Hard Rock Cafe. Baju merah yang saya pilih untuk en. Abg *merah itu garang dan menawan* dan pink dress untuk Airis. Saya pilih fridge magnet je sebab xde baju yang berkenan. Thanks abg =)

Cadangnya dari Hard Rock Cafe tu kami nak ke Bukit Bendera. Alang2 masuk pulau kan. Last time pergi masa kecik dulu, umur saya 4 5 tahun gitu lah. Itu mak ayah yang cakap, saya bukan ingat sangat cuma pernahlah tengok gambar. Dah sampai dan dah parking pun. 

Tapi bila tengok jarak parking dari cabel car, tengok pulak keadaan mak yang kurang mengizinkan, jadi cancel je plan tu. Kesian mak nak berjalan jauh. Takkan nak tinggalkan mak sorang2 kan. Bukan family trip la namanya tu...


Terus cari masjid untuk solat

Habis solat, masing2 dah kelaparan. Cantik sangatlah tu sebab lepas ni nak pekena Kari Kepala Ikan kat Batu Maung yang famous tu. Kali ni en. Abg jadi ketua konvoi sebab tempat ni en. Abg yang pilih. Orang nak open table, kita ikut jelah. Rezeki jangan ditolak =)

Design ala2 Arab

Ada kemudahan surau dan parking lot yang banyak

Interior design yang cantik dan modern. Fully aircond, jadi memang dingin je.  Restoran ni 2 tingkat dan boleh buat majlis kahwin kat sini. Tak pasti termasuk pakej catering atau x.

Yang kami pergi ni HQ. Kalau branch ada kat Butterworth. Korang kalau singgah Butterworth boleh la try





Tunjuk tangan dan mengadu "akit.."

Ini ubatnya...Cium2 je, lepas tu tiup terus baik.. Anak, nak perhatian je =)




Si abang yang cuba jadi photographer

Enjoy video yang dibuat adik. Saya baru tahu pasal app tu ok.. Lepas ni harus belajar. hehe



Main dish, Kari Kepala Ikan. Datang panas2 menggamit selera kami. Saya yang kureng makan kari  kepala ikan pun terus kecur air liur. hehe. Harga untuk hidangan kari kepala ikan ni berbeza ikut size kepala ikan dan juga hidangan untuk berapa orang. Untuk kami 9 orang, satu bekas besar ni cost dalam RM90. Memang berbaloi

Antara lauk2 lain

Sotong goreng tepung. Terbaik!

Butter Prawn yang nampak lain macam tapi rasanya still mengancam...  Cara kira harga udang ni macam pelik sikit sebab dikira bukan berdasarkan berat, tapi berdasarkan kuantiti udang. Satu udang RM7. Murahhhh sangat =p  

Sayur campur also terbaik

Daging masak merah yang superb. Memang semua masakan dia sedap belaka lah

Teh Ais juga tidak menghampakan

Overall, masakan Restoran Pen Mutiara ni memang sedap semuanya. Highly recommended!



Masa masuk ke pulau, kami guna jambatan je tapi bila nak keluar dari pulau kami pilih untuk naik ferri. Saja nak bawak budak bertiga tu merasa. Er, untuk adik ipar jugak sebab dengarnya dia tak pernah naik ferri. hehe



Proses queue yang agak lama buatkan Airis sedikit kebosanan. Nak2 lagi  batery hp kong,  tak dapat nak layan upin ipin

Dah masuk.. Kami semua duduk bahagian bawah, kecuali Along je tersasar ke bahagian atas











Destinasi terakhir untuk hari Ahad sebelum balik ke rumah Perak, Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Terima kasih banyakla kawan en. Abg yang setia menjawab call en. Abg setiap masa demi nak bagi direction untuk kami cari restoran ni. Berjaya jugak jumpa akhirnya. Kalau dah rezeki kan =)

Banyak kedai Mee Udang area sini, korang yang cari kedai Mak Jah jangan keliru tau.  Kalau susah sangat  pergi je branch dia kat Wangsa Maju tu. Tapi dengar kata yang kat sana tu kureng sikit, tak sama yang macam ori. Tak tahulah betul ke x...

en. Abg order nasi goreng

Haruslah saya mencuba hidangan terbaik kedai Mak Jah ni kan. Ni mee udang special sebab size udangnya lebih besar. Kuantiti udang untuk mee udang biasa still banyak cuma sizenya lebih kecil. Rasa mee udang special ni? Sedap! Sedap! Sedap! Sampai 3 kali ko aku bagitahu. hehehe

Kenangan @ Restoran Mee Udang Kuala Sepetang Mak Jah

p/s : Habis makan kat kedai Mak Jah, jam pun dah tunjuk pukul 10mlm. Terus kami direct balik ke Perak...Masuk je kereta, saya dan Airis terus zzZZZzzz. hehe

No comments:

Post a Comment