16 May 2013

16 Mei 2013 - BMW 3 Series

Salam

Hari ni hari meraikan guru. Kalau kat sekolah sekarang ni mesti anak murid tengah buat performance untuk cikgu masing2. Dan hari ni juga mesti cikgu2 pakai lawa2, nak menyanyi atas pentas katanya. hehe

Selamat Hari Guru kepada pendidik2 anak bangsa. Semoga cikgu2 akan terus gigih mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran dan keazaman =)

Tapi hari ni lebih istimewa pada saya sebab hari ni adalah hari ulangtahun en. Abg yang ke-30. Dah 30 series, patut dapat BMW dah ni =p

Happy Birthday abang!
Happy birthday ayah!

Sambutan ulangtahun en. Abg yang ke-30 ni sangat simple. 

Setengah jam sebelum pukul 12 tengah malam, saya nyanyikan lagu Happy Birthday sambil tepuk tangan bersama2 Airis. 5 minit sebelum pukul 12 sekali lagi saya wish Happy Birthday sebelum tepat jam 12.01 terus masuk bilik bawa Airis dan tidur. Pagi tadi sebelum en. Abg pergi kerja dahulu, saya salam tangan beliau dan sekali lagi wish. Tapi kali ni extra sikit, sekali pipi kanan sekali pipi kiri. Apa yang kiri apa yang kanan, kamu teka sendiri =p

Takde hadiah pun. Sabar jelah en. Abg dengan wife dia ni. hehe. 

Katanya malam ni en. Abg nak balik awal, nak ajak makan di SR. Itu pun kalau dapat balik awal la sebab sekarang ni en. Abg kerap balik lewat. Banyak kerja katanya. Nak2 sekarang tengah bz handle aktiviti sukan company. Extra bz la gayanya... Dari zaman uni sampai sekarang, tak pernah berubah. Still aktif itu dan ini.. 

To abg, Happy Birthday. May Allah s.w.t bless you. Amin. 


p/s : Mahu hadiah apa? Jangan yang mahal2 ye. Tabung ayam tak penuh lagi. hehe

No comments:

Post a Comment