09 May 2013

Dua2 Idaman Kalbu

Salam

Dulu saya penah up cerita ini (post

Rancangan asal mahu melibatkan diri dalam dunia jahitan sebaik saja Airis mencapai usia setahun. Sekarang ni Airis dah pun 1 tahun 6 bulan. Sedikit lari dari perancangan asal. Bukan sedikit, tapi agak tersasar jauh. hehe

Saya tak pernah lupa. Cuma terpaksa tangguhkan dahulu untuk sementara waktu. 

Urusan rumah Perak sudah pun hampir ke penghujung dan segala proses memindahkan perabot akan dilakukan hujung minggu ni. Jadi hari Sabtu ni, saya dan en. Abg akan gigih melakukan proses mengemas rumah untuk kemasukan perabot baru. Walaupun bukan perabot baru, tapi saya agak excited sebab lepas ni rasanya rumah itu tiada lagi keadaan "tidak sedap dipandang". Semuanya boleh disusun rapi dalam ruang tersembunyi.

Bila semuanya dah tersusun rapi, dalam fikiran saya dah boleh nampak dimana duduk letaknya idaman kalbu saya tu walaupun bayangnya pun belum ada. hehe. Sabar ye hati, dah dekat dah ni =)


Tapi... saya juga mengidamkan yang ini 

Berikan saya sedikit masa lagi ye... Giliran kamu belum tiba lagi =)

p/s : Ikut kata pemberi dana ^_^

No comments:

Post a Comment