02 May 2013

Aktiviti Di Hujung Minggu

Salam

Minggu lepas FIL datang bertandang. Sebenarnya plan nak balik ke Johor, tapi disebabkan FIL semuanya datang nak menziarah, kami pakat2 kumpul di rumah saya je.

Jadinya kami balik ke BK hujung minggu lepas setelah dua minggu tak menjenguk. Minggu lepas kan saya join Team Building kat Ulu Yam..

Ingatkan nak balik ke BK pagi2 Sabtu. Tapi disebabkan fius elektrik flat terbakar *maybe sebab petir kuat*, rumah saya terkena gangguan elektrik. Mula2 ingat nak tumpang tidur rumah mak je, tapi dah alang2 kami pun nak balik ke BK, malam tu terus gerak ke sana.

Sebelum tu singgah Tecso Ampang dulu. Rumah kat BK tu kosong, apa barang pun takde. Apa nak dijamu pada tetamu. hehe. 

Isi perut kat Kluang Station dan try menu baru. Saya bagi 3stars je sbb bebola daging tu macam liat sikit. Brown source pun sikit. Saya kalau makan wajib sos lebih banyak dari meatball =p

Esok paginya hari Sabtu, seawal jam 8pagi  kami dah keluar ke rumah. Saya dah janji nak ke rumah Kak Zi, nak hantar baju raya katanya. Dah lama plan, dari awal bulan lagi tapi selalu je tertunda. Kali ni baru jadi. Kang lambat sangat, Kak Zi dah tutup tempahan baru haru. Terpaksa kejutkan Airis yang masih lena tidur. Sorry ye Airis, kacau Airis tidur. hehe

Otw nak ke rumah Kak Zi tu Airis tidur. Bila sampai je depan pintu rumah Kak Zi, dia terus bangun dengan mood yang tak berapa ok. Jadi saya bawa dia masuk ke rumah sekali. Harap2 dia boleh la duduk senyap masa proses ukur mengukur sebab saya kalau jumpa Kak Zi tak pernahnya sekejap walaupun baru je kenal.  Hantar sepasang baju je boraknya boleh makan masa 40minit, inikan pula 6 pasang. Dekat sejam jugak la saya mengadap dia. hehe

Good girl, masuk rumah orang salam dan cium tangan tuan rumah. Upahnya, dapat main  dengan colourful flower tu.  Tuan rumah sakan dapat jumpa Airis, katanya asyik tengok gambar kat fb je. Kenan betul dia dengan rambut Ezlynn Airis tu. Bila ditanya mana dapat, saya jawab ready made dari dalam perut lagi. hahaha

Rasa macam sampai lagi saya ke rumah Kak Zi dalam masa terdekat ni. Tambah 2 3 pasang lagi boleh ye kak? ^_^

Lepas balik dari rumah Kak Zi tu, perut pun dah berkeroncong bagai, singgah makan kat RnR Serdang. Pertama kali makan kat sini, en. Abg dulu masa bujang2 dah biasa. Katanya nasi lemak kat sini sedap. Tengok bungkusan macam biasa je. Ala, nasi lemak bungkus RM1 tu. Tapi bila dah makan, betullah. Memang sedap. Patutlah orang beratur panjang nak beli. Kami pun mujur dapat beli 3 bungkus yang terakhir. Kalau tak, kena tunggu stok yang baru sampai. Lambat lagilah kan...


Ada otak2.. Mentang2 lah bukan bulan puasa, susah nak dapat otak2, 70sen sekeping korang taruk harga ye. huhu

Popia sira yang sedap dipandang, sedap lagi dimakan. Serius korang, memang sedap. Lepas ni kalau teringin, datang sini jelah

Balik dari breakfast, stay aje kat rumah. Mujurnya tak ke mana, sebab perut Airis meragam, cirit memanjang sampai habis kena baju bagai. Bila perut tak sedap, Airis pun dah start meragam. Biasalah tu kan. Jadi saya kena melayan Airis, tidur pun nak mengempeng je sampai tak boleh berenggang dibuatnya. Mujur en. Abg hebat dan handal dalam bab kemas mengemas rumah ni. Tip top! Tq bang =)

Sebelum meragam, baik sangat. Macam2 pose dia bagi 

Kalau datang angin pose tu, posing memanjang sampai saya stop lipat kain la. 



Masih lagi posing. Airis oh Airis

Budak gatal gusi nak tumbuh gigi lagi

FIL sampai ke rumah kami pun dah petang. Sampai2 je rumah, terus MIL keluarkan lauk pauk yang di bawa dari kampung. Memang wajib kalau tiap kali turun ke BK ni, MIL akan bawa lauk bagai. Lauk fav kalau berjalan jauh, ayam masak kicap dan ikan sambal. Tak lupa juga sambal goreng. Dia tahu menantu dia ni gila makan sambal goreng masakan dia. Tq ye mak. Kek coklat SIL pun sedap jugak, banyak Airis makan =)

Malamnya pergi melawat wife cousin en. Abg di wad ICU PPUM

Pagi Ahad, bawak bebudak bertiga ni mandi kolam. Yang berdua tu lagi akan menyusul kemudian

MIL turun siap bawak nasi lemak bungkus lagi. hehe

Celup2 je sebab dia kan cirit. Kalau mandi tercirit dalam kolam tak ke naya. haha

Tapi Airis kan bila jumpa air.... Mana tahan nak2 lagi ada geng. Sebelum ni xde geng sampai merengek x mo masuk kolam, ni dia yang terlebih excited. Akhirnya saya rendam jugak dia dalam kolam dengan pampers dia tu. haha. Saya dari niat nak tengok je, pun masuk berendam sama sambil dukung Airis. Ayah Airis sibuk dengan skill berenang dan menyelam dia tu. 

Girls talking. hehe

Ingatkan tengahari tu sebelum masing2 balik, nak belanja makan nasi arab kat Al-Rawsha. Tapi tak jadi sebab masing2 dah kekenyangan pekena breakfast. FIL balik dalam pukul 1 tengahari dan kami bergerak balik ke PJ selepas Maghrib

Saya tahu saya semakin booolat. huhu. Hati saya sangat senang, jadi saya banyak makan. Maka badan saya semakin booolat dan sekarang ni saya tengah berusaha mengurangkan kebooolatan badan saya. Chaiyok!

Tapi apa2 pun kita isi perut dulu kat Sup Matsirat. Lama dah tak datang sini... Kedai pun semakin mengecil, persaingan kuat barangkali....

Mengirai barang dalam purse saya memang fav Airis. Dah  masuk 3 tahun, masih cantik lagi cik  CR tu walaupun di  godek2 dengan hebat oleh Airis


Dah pandai minum macam2 air. Kalau tak bagi siap mintak sambil cakap "dapnyeee". Tak sampai hati saya dibuatnya. hehe

Airis dan upin ipinnya

Menu pilihan saya. Sekarang ni asyik makan chicken chop je, manalah badan tak naik kan. Tapi, chicken chop ni tak berapa sedap macam dulu la

Pukul 10mlm, selamat sampai di rumah PJ

Dengan T-shirt pemberian Mak Usu yang didatangkan dari Tioman. Tq Mak Usu =)


p/s : Mendapat perkhabaran duka pada Selasa petang. Wife cousin en. Abg telah telah pergi buat selamanya  selepas setahun berjuang malawan penyakit Brain Tumor. Hati sebak memikirkan anak2 arwah yang masih kecil. Semoga keluarga arwah terutama suaminya tabah menghadapi dugaan. DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment