17 May 2013

Cuti - Cuti Keluarga - Part III

Salam

Lately, saya rasa mood menaip semakin menurun dan menurun. Banyak cerita saya nak kongsi tapi selalunya bila mula menaip, diakhiri dengan draft. Sebab baru menaip sepatah dua, mula rasa malas. Saya berblogging mengikut mood. Kalau rajin saya update, kalau tak saya duduk diam2. Tapi kadang2 saya paksa mood datang. Macam sekarang ni la ^_^

Jadi, kembali menyambung cerita Cuti - Cuti Keluarga Part III yang masih dalam mode draft. Untuk part I dan II boleh intai2 di sini dan di sini

Dari Kuala Sepetang, lepas dah menjamu selera, kami terus bergerak balik ke Perak. Waktu bergerak dari Kuala Sepetang dah hampir jam 10 mlm, jadi sampai di rumah Perak lebih kurang pukul 12.30mlm. Malam tu redha je tidur dalam kepanasan sebab hanya menggunakan kipas meja. Takpela, janjinya Airis boleh tidur. Kami mak paknya ni dah besar panjang, tak payah nak mengada sangat =p

Pagi Isnin saya, en. Abg dan Airis ke Tesco membeli barang. Sambil tu beli kek sempena birthday  BIL

Pengantin baru

Potong kek sekali sebab birthday pun dekat2 je tapi sorry la Long lupa letak nama u sekali. hehe

Lepas breakfast pagi dan berehat sekejap, terus kemas2 barang

Barang kat rumah ni pun dah tak banyak. Separuh akan diangkat ke KL dalam  masa terdekat dan separuh lagi diberikan kepada rumah anak2 yatim berdekatan

Orang berkemas dia duk turun naik tangga

Proses menyimpan barang



Rumah yang menyimpan seribu kenangan

Kenangan terakhir 



Lepas habis berkemas, sebelum bergerak balik ada sesi bergambar. Macam nak raya pulak. hehe. Gambar tiada dalam simpanan saya sebab menggunakan camera BIL

Sebelum balik ke kampung kami singgah makan di sini. Kami panggil Ikan Bakar Tepi Sawah je sebab restoran ni betul2 tepi sawah. Kalau balik Perak wajib singgah kedai ni. Ikan bakarnya sedap dan pelbagai. Orang kedai pun dah kenal kami sekeluarga nak2 mak saya yang ramah tamah tu. hehe


Baru bangun tidur







Lepas kenyang perut, singgah menjenguk rumah peninggalan arwah atok dan opah yang sekarang ni dijaga oleh bapa saudara




Untung en. Abg besar dari saya, bolehla sembunyikan keadaan diri yang sebenar.

Rasanya ini kali pertama Airis sampai ke sini, tempat atoknya dilahir dan dibesarkan. Rumah yang menyimpan  seibu kenangan

Aktiviti kait kelapa. Deme teringin minum air kelapa fresh katanya


Chit chat di pangkin bawah rumah, teringat kenangan zaman kanak2 dulu =)





Amani pun minat Cik Merah Jambu Mak Ngah ke ^_^

Lagak anak jati kampung. haha





Lepas singgah di rumah pusaka, kami singgah di rumah arwah Pak Lang sebentar. Usai solat dan rehat, terus gerak balik ke KL.


p/s : Kata pun paksa mood datang, cerita pun ala kadar sahaja. Yang penting, saya enjoy dengan family trip ni. Next year Bandung jom? 

No comments:

Post a Comment