03 January 2013

Bercuti Di Kampung

Salam

Sebelum mula, Happy New Year kamu2 yang membaca =)

Minggu lepas saya bawa Airis balik Kluang. Kebetulan cuti Hari Natal jatuh pada hari Selasa, alang2 saya dan en. Abg ambil cuti sekali hari Isnin sebelum dan Rabu berikutnya. Mahu bercuti lama sikit di Kluang memandangkan dah 2 bulan kami tak balik ke Kluang. Last sekali balik masa raya haji, masa Airis dilanda demam teruk. Akhirnya balik jugak kami ke sana. Itupun dah dua tiga kali atok dan mak tok Airis bertanya khabar cucu mereka. Rindu gamaknya dengan cucu mereka yang sorang ni. Balik kampung la jawabnya, buat2 tak faham pulak. hehe

Jumaat petangnya lepas je en. Abg jemput saya dari office, kami ambil Airis dari rumah bs, terus straight ke Kluang. Takut kalau lambat nanti jalan jem. Cuti2 ni mesti ramai orang balik kampung, nak2 ada public holiday.

Masa ambil Airis di rumah bs, Airis sedang tidur. Tapi bila berpindah ke tangan saya terus bangun. Ni muka baru bangun tidur lah tu. Muka tak berapa ceria sebab badan dia agak dedar sikit




Antara aktiviti kami sepanjang berada di Kluang

Teman en. Abg tempah baju Melayu untuk majlis resepsi adik .  Seperti biasa, tempah kat Long Sun. Tailor keluarga turun temurun =D
Airis buat muka pelik. 


Mesin jahit zaman berzaman kot. hehe

Mesin jahit tepi. Kedai biasa2 je, tapi dah sampai ke Korea melancongnya. Nak bukak kedai jahit lah. huh



Ke Bukit Katil, Melaka bergotong royong membersihkan rumah BIL yang bakal balik tak lama lagi.  Saya diberikan tugas khas di luar rumah

Tugasnya perhati dan jaga budak berdua ni. Susahkan kerja ni. hehe

Cuci mata dan dinner di Mydin Melaka

Dua bersaudara berkongsi satu troli. Bertuturlah kamu sesama kamu menggunakan bahasa yang hanya kamu sendiri je faham. hehe

Otw balik semula ke Kluang singgah makan di Muar. Tempat special, suggested by BIL. 

Otak2 sedap. Airis pun suka



Roti nan cheese. Terbaik!!!. Agak2 kat KL ni ada jual tak? Kalau ada bagi tau akak ye dik non. Nak jugak akak try =D

Window shopping @ Kluang Parade. Sebenarnya mahu cari dress untuk Airis tapi tak jumpa yang berkenan. Taknak balik kosong, singgah kejap di Kenny Rogers.


Airis pun nak pilih menu sendiri





Dah memulakan operasi menunggang terbalikkan apa yang ada atas meja. Eh! Macam best je brochure  DSLR. Sambar sebijik boleh? ^_^



Saya dengan menu biasa

Pilihan en. Abg tapi tak berapa nak kick

Orang lain yang makan, orang lain yang tidur kekenyangan. Macamkan kat rumah je, siap bersila suamiku. Kasut  anak pun naik atas meja. Sabar ajelah. huhu

Window shopping toys Airis. Tak menyempat sampai rumah, dalam kereta dah  excited nak main




Semangat dapat mainan baru. Ke hulu ke hilir di bawanya keretapi panjang dia tu

Awal pagi Rabu dah lepas bersarapan nasi lemak, bergerak balik dengan tujuan nak singgah Midvalley. Dah sampai pun tapi lepas dah pusing lebih kurang 20minit masih tak berjumpa lot parking yang kosong. Sudahnya kami gantikan trip ke Midvalley pada hari Selasa baru2 ni 



Singgah berehat di Restoren Jejantas Ayer Keroh dan share dengan en. Abg sebekas nasi lemak yang diberikan MIL. Berkongsi tu rahsia kasih sayang kamu tau =p

Memasuki tahun keenam berkhidmat dengan kami, masih lagi gagah dan mantap

p/s : Lepas ni ada lokasi transit sebelum sampai ke Melaka

No comments:

Post a Comment