15 January 2013

Sayonara

Salam

Jiran sebelah rumah family saya telah pun berpindah semalam. Setelah menyewa di situ selama lebih kurang 7 tahun, akhirnya  berpindah ke Terengganu disebabkan tuntutan kerja.

Mujur ketika sampai ke rumah petang semalam, mereka sekeluarga masih belum bertolak. Alhamdulillah saya sempat berjumpa mereka buat kali terakhir. Lepas ni entah bila lagi akan ketemu, nak2 lagi destinasi perpindahan tu agak jauh. Ralat jugak hati ni kalau tak bertemu.

Malamnya sebelum mereka berangkat, saya bergurau sambil berbisik pada en. Abg "Jap lagi mesti mak menangis punya. hehe"
en. Abg pun layan je, "confirm!. hehe"

Kata orang, tapi terkena pada batang hidung sendiri =p

Semestinya sedikit sebanyak saya sebak. 7 tahun berjiran, dah kenal hati budi, sememangnya keluarga mereka jiran yang menyenangkan. Dari anak yang sulong masih kecil, sehinggalah si adik kini dah pun berusia 5 tahun, mereka membesar depan mata. Lepas ni dah tak dengar lagi riuh rendah budak berdua tu.

Mungkin juga Airis walaupun masih kecil, masih tidak mengerti, akan terasa kehilangan abg Nabil dan kakak Jiha. Sebab mereka membesar siang hari di rumah yang sama, dari Airis berusia 3 bulan sehinggalah kini. Biasanya kalau saya nak ambil Airis dari rumah bs, anak2 bs dan budak berdua tu sibuk mahu mencium Airis berkali-kali. Sampai di rumah, bila tengok saya dan Airis masih lagi ada di rumah family, beriye2 mereka memanggil dan mengacah Airis. Lepas ni tinggal Airis dan Amani berdua je di rumah bs. Agaknya bs pun terasa ketiadaan budak berdua tu kan...?

Itulah kehidupan. People come and go. Penghijrahan ini mungkin ada hikmahnya. Mungkin yang menanti di sana lebih baik, siapa tahu? Lepas ni makang kepok lekor saje ah ^_^

Jiran lama dah pun berpindah. Agak2 siapa jiran baru emak ayah ye =)


p/s : Pagi tadi nampak excident di MRR2 dan nampak mayat mangsa terlentang begitu saja dengan dikawal oleh seorang polis trafik. Ralat tiada kain yang menutup sekujur tubuh tersebut. Alfatihah.

No comments:

Post a Comment