10 January 2013

Jalan-Jalan Cuti Tahun Baru

Salam

Balik dari kampung sebelum ni (post), sebelum sampai rumah kami singgah di Midvalley. Tujuan singgah Midval sebenarnya nak cari dress untuk Airis pakai di majlis resepsi adik. Tapi kami tak masuk Midval pun, hanya pusing2 di tempat parking. Bila hampir setengah jam berpusing cari parking still tak jumpa, terus buat keputusan balik ke rumah je. Dah tengahari, memang susah nak cari parking.

Tapi ada hikmahnya kami tak jadi ke Midval. Dah la perjalanan dari Kluang dah makan masa 3 jam, kalau ke Midval nak pusing2 lagi. Entah larat ke tidak. Duduk rehat santai kat rumah main2 dengan Airis lagi best

Jadi kami gantikan sesi window shopping ke Midval tu pada cuti Tahun Baru yang lepas. Pagi2 lagi pukul 10 lebih kami dah terpacak kat Midval tu.

Sampai Midval tu terus masuk Parkson sebab saya mahu belikan Airis dress yang sama seperti sepupunya, Amani. Dah jumpa tapi tak dapat beli sebab tiada size yang sepadan dengan Airis. Sambil tu saya pusing2 nak cari design lain yang berkenan.

Layankan Airis bermain. Lori kecil pemberian Mak Usu kat rumah tak dipandangnya, motor kecil ni juga yang dihadapnya. Siap duduk2 kat lantai lagi menggodek benda alah tu. huhu



Lepas dah jumpa dress yang berkenan, pusing2 jap sekitar Midval

"Ummi! Tengoklah Airis buat apa ni. Bestlah buat macam ni" - saya rasa kalau Airis boleh bercakap, tu dialog yang akan dia gunakan pada saya


Tengah elok dia main2 tadi, terus dia berjalan laju masuk ke satu kedai ni. Nampak cermin besar rupanya. Haruslah singgah, sebab tu port favourite

Sudah boleh menggalas handbag kembali. No more bag Airis  di bahu =D


Singgah isi minyak sebentar. Lepas Airis dah merengek sepanjang jalan sambil menyelak tudung saya. hehe

Berehat sambil menonton tv setibanya di rumah. Untuk nampak lagi best, sambil makan goreng pisang yang dibeli di kedai berdekatan rumah. Rupa2nya sedap goreng pisang dan keropok lekor makcik tu.



Mintak air sikit ayah....


Rancangan yang ditonton oleh kami seisi keluarga. Yang buat Airis khusyuk mengadap tv sambil makan goreng pisang. hehe


Bersilih ganti dengan WonderPet

Hasil window shopping di Midval. Tak dapat cari dress warna biru yang cantik di mata, jadi saya sambar dress warna krim ni. Sedikit lari dari tema


Sepatu untuk dipadankan bersama

Pukul 1am kami sudah berehat santai di rumah. Rehat Tahun Baru katanya =p


p/s : Berkira2 mahu DIY atau beli saja hair clip yang sepadan untuk Airis

2 comments:

  1. comelnyer dress match dgn kasut..sesuai dgn airis..

    ReplyDelete
  2. harap2 bertahan dalam keadaan bersih la sampai ke petang kak. hehe

    ReplyDelete