17 January 2013

Pagi Yang Tak Berapa Tenang

Salam

Pagi tadi berlaku dua insiden yang membuatkan saya agak kelam kabut. Nak tahu apa? Meh story sikit ^_^

Pagi tadi masa saya dah hampir selesai bersiap untuk ke ofis, Airis tibe2 merengek mahu susu. Situasi normal sebab biasanya dalam pukul 6am-6.30am tu Airis memang akan terjaga minta susu. Saya pun oklah, bersila dan pangku Airis untuk bf dia. Tapi dia tak terus tidur, sebaliknya tersengih dan terus ceria. Lagak mahu bermain. Saya pun ok lah. Sekali bila dia bergerak dari pangkuan saya tu, terasa kain saya basah. Bukan sikit2, tapi memang banyak. Sekali bila rasa punggung Airis, seluar dia pun basah sekali. Sah! Airis terkucil. Mungkin pampers dia salah port, jadi terkena la kain saya. huhu

Tengok jam, masa dah suntuk ni. Nak dijadikan cerita takde baju spare yang sudah siap bergosok. Mujur lepas saya bersihkan Airis, en. Abg tolong gosokkan baju. Saya pula kemaskan sedikit keperluan lain. Tq ye bang =)

Bila dah sampai stesen LRT, en. Abg drop saya macam biasa. Sekali bila raba2 beg, tengok hp pulak takde. Teringat tadi dalam kereta mainkan alphabet game untuk Airis. Lepas tu saya tak terus masukkan dalam beg, sebaliknya letak begitu saja berdekatan arm rest. Harus tertinggal jugak hp dalam kereta ni. 

Mula2 ingatkan biar jela dalam kereta tu. Paling kurang en. Abg akan simpankan dulu. Tapi bila terkenangkan malam ni saya akan bermalam di rumah mak untuk inaikan adik, en. Abg pula tidak akan turut serta, saya kena ambil juga hp tu. 

Tapi macam mana eh... Macam mana nak call en. Abg bagitahu yang hp saya tertinggal dalam kereta...?

Mujur ada public phone. Setelah bertahun2 tak gunakan public phone, akhirnya itu juga yang saya cari. Berdoa dalam hati yang public phone tu masih boleh berfungsi dengan baik.

Bila public phone sudah ok, memori kepala pula buat hal. Saya lupa no phone en. Abg. Boleh gitu? hahaha

Tapi bukan lupa semua tau. Hanya lupa 2 digit no yang dibelakang. Confused. Tak boleh salahkan saya sebab no en. Abg asyik bertukar. Sekali dua ingatlah, tapi kalau berkali2 mana nak ingatkan...(alasan semata. huhu)

Kenapa saya tak call no sendiri kan...?

Sebabnya, saya off sound. Hanya on vibrate saja. Dah call 3x tapi masih tak berjawab. Mungkin en. Abg xdengar. Berserah sajalah...

Give up. Terus letak gagang phone dan galas bag. Sambil tu saya intai2 ke jalan, kot2 la en. Abg berpatah balik hantar hp tu..

Sekali tengok nampak Persona kaler Blueberry flat no JKRxxxx. Terus senyum lebar. Dan hp pun bertukar tangan... Sorry ye bang, susahkan u =)

Saya ingatkan pagi tadi saya akan lambat, tapi rupa2nya tidak. Punch kad tepat jam 7.56am. Fuh... Selamat. .. Cantik rekod awal2 tahun ni. hehe

Itulah dia story untuk pagi saya yang agak kelam kabut. Next time, sediakan payung sebelum hujan (relevan untuk insiden yang mana ye?) =p


p/s : Esok ada Baby Expo @ PWTC. Jom kita cuci2 mata ni =D

1 comment:

  1. as salam ..

    datang bertandang... by the way nak menjemput.. jom folow my GA..
    http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html

    ReplyDelete