03 January 2013

Ata Ata


Salam

Sabtu siang baru2 ni saya duduk berdua je dengan Airis di rumah. en. Abg menghantar keluarga mertua ke Melaka. Disebabkan keadaan Airis tak berapa nak sihat jadi saya pilih untuk duduk saja di rumah.

Entah serangga apa sudah menyinggah di badan Airis, Airis sudah gatal2 satu badan. Pada mulanya tak ketara, tapi semalam pagi saya tengok timbul bintik2 air. Rupa2nya cousin Airis, Qila pun kena jugak. Mungkin mereka terkena gigitan serangga ketika kami bergotong royong bersihkan rumah BIL di Melaka hujung minggu lalu. Cuma Qila terlebih dahulu mengalami gatal2 tu.

Memang kasihan tengok Airis. Tidur malam dia agak terganggu. Sebelum tidur tu dia mesti merengek dan kelihatan tak selesa. Maybe rasa gatal satu badan. Tapi siangnya dia ok. Cumanya dia kuat merengek. Pantang saya hilang dari pandangan mata dia. Walaupun ada mak tok dan mak usu dia melayan, senyapnya sekejap je. 

Jadi semalam adalah hari untuk berehat2 bersama Airis. Sebelum bertolak, mak sudah siap sediakan makanan tengahari untuk menantu dia ni. Rumah pun dalam keadaan bersih tahap extravaganza. hehe. Cuma tinggal jemur baju je. Yang lain saya semuanya beres. Best =)

Paling best, Airis sangat baik semalam. Tak merengek macam sebelumnya. Tidur pun lama, bolehla saya teruskan aktiviti yang terbengkalai tu (post)

Lena betul dia tidur. Terkekek-kekek saya gelak tengok ulangtayang Maharaja Lawak Mega, dia masih lena tidur.



Bila dah puas tidur, dia bangun dan terus duduk sambil senyum2 manja. Tak tunggu lama, dia terus bermain dengan mainan yang ada di sekeliling. Tapi bila ternampak je WonderPet kat tv, mata terus terpaku kat tv tanpa berkelip. hahaha. Airis memang suka tengok citer WonderPet. Bila dengar lagu WonderPet siap goyang2kan badan lagi =)



Muka khusyuk



Sambil dia tengok tv tu sempatlah saya teruskan aktiviti saya. Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya berjaya juga. Try n error membuahkan hasil. Kalau ada orang minta tunjuk ajar dari saya, hasil ni kira ok la kan? =D

Kuntuman teratai pertama saya yang menjadi. Progress terkini saya dah berjaya siapkan 6 kuntum untuk  sebelah lengan baju. Dalam proses nak beralih ke lengan yang sebelah lagi. 

Disebabkan gatal2 Airis tu bertambah teruk, bintik2 di tapak kaki semakin banyak, petang Isnin lepas saya dan en. Abg bawa Airis ke klinik. Setelah dilihat kondisi Airis, doc nak cek dalam mulut Airis tengok ada ulser ke tak. Takut Airis terkena jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut.

Bila doc cakap tu, saya terus cuak. Aha ye...Kenapa saya tak pernah terfikir pasal sakit tu. Fikiran saya sibuk ingatkan Airis kena sakit gatal2 biasa je. Buatnya la Airis terkena penyakit tu, saya pulak lengah2 je bawak ke klinik. Nauzubillah....

Alhamdulillah bila cek dalam mulut Airis, no ulser. Sebiji pun tiada. Makanya Airis bukanlah terkena penyakit tu. Lega sangat....

Doc kata maybe Airis alergik. Saya tak rasa dia alergik sebab tak pernah berlaku keadaan macam ni. Saya makan seperti biasa. Tapi itulah, kalau benda nak jadi kan... Jadi doc bagi ubat sapu dan juga ubat makan untuk hilangkan gatal.

Alhamdulillah bintik2 gatal tu dah beransur pulih. Dah kering dan tunggu masa untuk salin kulit je. Takpela kalau makan masa dan Airis berbintat di sana sini, asalkan Airis terus sihat. Takdelah ummi dan ayah sunyi sebab Airis asyik mengusik kami berdua je =)


p/s : Sambil sapukan krim pada Airis saya cakap "Sian sayang ye, gatal-gatal anak ummi'. Airis ikut balik cakap saya, tapi sebutannya "ata-ata". Ata-ata pun, ata-ata la sayang ^_^

2 comments:

  1. semoga cepat sembug yer airis..

    rajin ida jahit manik..nanti boleh ler akak tempah kat ida k..

    ReplyDelete
  2. tq aunt =)

    ala, suka2 je kak. tengok baju kosong je, tu yang jahit manik. dari dulu nak wat tapi slalu tangguh.

    kak, saya lupa nak pos kad. takut xsempat. ti saya tag kat fb akak eh

    ReplyDelete