Salam
Alhamdulillah... Majlis yang dinanti2 tiba juga. Adik saya telah pun selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu yang lepas =)
Kenduri adik kali ni terasa sangat relaks dan santai. Persiapan adalah sangat sederhana dan hampir2 tidak kelihatan di mata2 orang lain. Sampai ada yang berkata rumah kami ni tak macam orang nak buat kenduri kahwin. Senyap semacam, xdengar riuh rendah bersiap itu ini. hehe
Jom saya kongsikan serba sedikit cerita2 di sebalik majlis kahwin adik dari sehari sebelum upacara akad nikah berjalan sehinggalah petang di mana kami meninggalkan rumah Puspanita, tempat adik melangsungkan majlis resepsi.
Petang Jumaat sebelum majlis nikah, saya, adik, bs Airis dan juga bff adik ke kedai Kak Nani, De Classaflora yang terletak di Ampang untuk mengambil hantaran yang telah siap digubah. Disebabkan semua gubahan hantaran menggunakan fresh flower sepenuhnya, jadi harus diambil petang Jumaat tu untuk memastikan bunga masih lagi fresh dan cantik.
Antaran hantaran yang diberikan kepada pihak lelaki
|
Tema kuning yang sungguh menawan. Thanks Kak Nani from De Classaflora untuk gubahan hantaran yang cantik ni =) |
Lepas tu mulakan kerja menyediakan doorgift untuk majlis nikah
|
Kakak pengantin gigih membantu. Siap dengan uniform kerja sekali. hehe |
|
Untuk diisi dalam bag doorgift |
|
Untuk diberikan pada tetamu |
|
Isi di dalam bag. Ada surah yassin, bahulu dan juga telur rebus yang sinonim dengan majlis kahwin |
|
Orang kuat majlis |
|
Bff adik, Aishah yang turut membantu |
|
en. Abg pun turun padang. Siap bawa assistant lagi. Tu ha, si cilik yang berbaju kuning |
|
Memang bagus assistant ni. Boleh diharap. hehe |
Ini pula persiapan di petang hari pernikahan. Lepas dah rehat secukupnya, kami siapkan doorgift untuk team kompang dan juga keluarga pengantin lelaki yang bertandang
|
MIL Along turut membantu. Tq cik Za =) |
|
Untuk team kompang. Lupa nak snap isi dalam bekas tu. |
|
Budak berdua ni pun join kitorang rewang. Si abang mengajar si adik macam mana nak pegang lolipop. hehe |
|
Malamnya sebelum balik ke Kinrara, jemput dulu FIL yang bersantai di Hotel Midah sambil2 melihat papan penunjuk arah yang dipasang oleh ayah, BIL dan juga en. Abg. Kalau sapa2 yang tak datang tu bagi alasan sesat tak jumpa jalan, sorry alasan tak diterima. haha
|
p/s : Apa jadi bila pengantin lama pakai baju pengantin...? =D
No comments:
Post a Comment