16 January 2013

Aishiteru

Salam

Hari ni, genap 3 tahun saya terima nikahnya. Alhamdulillah...

Happy 3rd anniversary abang =)

Kami di bulan pertama perkahwinan

Kami di masa sekarang bersama cinta hati

Pagi tadi dalam kereta sudah wish sesama sendiri. Boleh tak en. Abg cakap "4th anniversary nanti kita bagi Airis adik". Terkezut akak. hahaha

Tak kisah la rezeki datang awal ke lambat. Yang penting, saya mahu manjakan Airis dulu =)


Syukur saya dikurniakan lelaki ini. Yang menerima saya seadanya..Menjadi pendengar dan peneman saya di kala suka dan duka. Memberi saya semangat ketika saya rasa down. Dan tak pernah kedekut kudrat membantu menguruskan teratak kayangan kami =)

Super daddy yang tak mengenal erti penat.  

Tq abang sebab bekalkan orang dengan sanwich telur ni. Sedap sangat, pagi2 lagi dah licin orang bedal. hehe

Peranan terbalik. Suami provide, isteri makan. heh!

To abg, Happy 3rd anniversary. Love u till jannah =)


p/s : Proud to be his wife 

No comments:

Post a Comment