14 January 2013

Perkembangan Airis @ 1 Tahun 2 Bulan 2 Minggu

Salam

Minggu lepas hari Isnin saya bawa Airis ke Pusrawi untuk mendapatkan suntikan imunisasi Chicken Pox. Sepatutnya Airis dapat injection ni sebulan yang lalu tapi sebab kebelakangan ni Airis kerap demam, jadi selalu tertangguh. Bila Airis sihat, en. Abg pula yang bz. Sudahnya bila dua2 dah ok, baru minggu lepas dapat bawa Airis ke Pusrawi.

Berat Airis pada usia 1 tahun 2 bulan sudah naik sikit ke 8.9kg. Dulu masa setahun lebih sikit beratnya 8.25kg, drop lepas kena demam campak halus. Mudah2an lepas ni tak drop lagi, terus naik dan naik. Tapi jangan sampai ummi dan ayah tak larat dukung sudah la. hehe

Kali ni Airis datang ke Pusrawi dengan penuh semangat. Tak nak duduk diam di pangkuan saya, sebaliknya sibuk berjalan ke sana ke mari. Orang baru dapat kaki katakan. Ligat je nak berjalan.


Layan gambar budak nak kena cucuk =)





Anak manja ayah





Masa kena cucuk, menangis sekejap je, lepas tu terus cool. Tapi yang kelakarnya masuk2 je bilik doc, nampak toys terus cakap "nak" sambil tunjuk jari. Sambil menangis pun boleh mintak toys lagi. hehe. Keluar je bilik doc, dah boleh berjalan ke sana ke mari macam biasa. Very strong girl =)

Otw balik, belanja Airis makan KFC. Walaupun sebenarnya saya dengan en. Abg yang menyantap, bukan Airis pun =D

My girl, tidak bisa duduk diam =)


Sebab apa ter"makan KFC?" Sebab sambil tunggu spek yang dipecahkan Airis siap diganti. Ni masuk kali kedua benda sama terjadi.  Sabar ajelah. Nampaknya lepas ni kena pakai yang ada frame. huhu

Milestone Airis pada usia 1 tahun 2 bulan dan 2 minggu:

- Dah boleh berjalan dengan laju sampai kadang2 nampak macam nak berlari. Airis mula berjalan sepenuhnya pada usia 1 tahun 1 bulan.

- Tidak mahu dipegang ketika berjalan sebaliknya suka berjalan bebas.

- Baru ada 3 batang gigi. Yang lain macam segan2 je nak tumbuh ^_^

- Boleh bertindakbalas dengan ayat yang saya tanya (kerap berlaku) 
"Nak ni?" Airis akan cakap "Tak"
"Airis berak ye?" Airis akan cakap "Tak"
"Mana kaki sakit, mana..." Airis akan duduk sambil tunjuk kaki dia.

- Boleh bertindak balas terhadap permintaan saya (kerap berlaku)
"Airis, ummi nak ...." sambil tunjuk jari ke objek yang dimaksudkan. Airis akan ambil dan berikan pada saya.

- Boleh menyatakan kemahuan (kerap berlaku)
"Nak, nak" sambil tunjuk ke arah botol air miliknya 

- Suka meniru aksi saya dan en. Abg

- Suka saya mainkan alphabet game di dalam hp. Lepas tu terkekek-kekek ketawa =)

- Suka ketuk pintu bilik air bila tau saya berada di dalamnya. Bila saya kata "kejap", dia akan ajuk cakap saya sambil ketuk pintu berkali2. Kalau tengok saya takde, tempat pertama dia cari ialah bilik air. en. Abg dah ingatkan saya wajib tutup pintu air setiap kali keluar masuk bilik air. Wife dia ni ada sakit lupa sikit =D 

- Words yang baru dipelajari Airis 
"Dah" (sudah)
"Atoh" (jatuh)
"Jap-Jap" (kejap)

Begitulah Airis. Setiap hari ada je telatah dia yang buat kami tertawa =)

@ Giant Kinrara membeli barang dapur

Berangan-angan nak tolak troli

Dapat jugak akhirnya. Lepas ni Airis jelah tolak troli, ummi dengan ayah rehat je. hehe



Dah pandai tengok tv

Tak suka duduk dalam stroller. Ingat nak beli mini stroller untuk Airis tapi  bila test kat mini stroller Qila ni dia tahan duduk kejap je, terbantut terus niat.

Anak manja minta ayah keluarkan dia dari stroller supaya bebas berjalan ke sana ke mari

Memang kadang2 penat nak2 time dia tengah aktif atau buat hal, tapi bila tatap muka dia masa tidur, terubat kepenatan tu. Rasa nak kejut dia ajak bermain je ^_^





p/s : 2 hari lagi untuk 3rd anniversary =)

No comments:

Post a Comment