04 January 2013

Nak Lain Beli Lain

Salam

Fuh! Penat.

Serata Jalan TAR saya pusing tapi masih tak berjumpa tudung yang saya mahu untuk dipadankan dengan baju yang akan dipakai pada majlis resepsi adik.

Dari chiffon layer, syria hingga lah ke half moon masih tidak berhasil. huhu

Sudah jumpa half moon yang berkenan, beading pulak terlalu heavy. Jenis saya, tak suka yang terlalu penuh di kepala. Rasa macam penuh je muka ni. Dah la muka pun kembang setaman =p

Bila jumpa chiffon 3 layer di Aalia, kecil dan pendek la pulak. Free size katanya. Lebih kurang size S. Kenapa eh, tudung2 sekarang ni mahal bukan main tapi kecil2 belaka. Dah macam fesyen.

Jadi pulang dengan hampa =(

Takpelah, next week saya try lagi. Kali ni pelan saya sambar je mana ada. hehe


p/s : Nak cari tudung tapi tersambar kain empat pasang ^_^

2 comments:

  1. wow..4 pasang tuu best2..ada jualan murah ke ida?

    ReplyDelete
  2. tengok kain lawa2 kak lin, geram je.time nak beli tengok xde yg kenan. time xnak beli semua cantik2. alang2 beli sekali. saya beli kat arked2 je kak. kena pandai tawar, dapat la murah =)

    ReplyDelete