16 April 2013

Obsesi Terkini - Handmade Dress

Salam

Lately ni rasa macam jatuh chinta yang amat sangat pada kids handmade dress. Suka sangat tengok design handmade dress yang comel dan cute tu. Design homemade dress ni memang sangat berbeza dengan dress2 yang jual kat kedai2 tu.  Unik dan tersendiri. Sebab asyik teringat je sampai berhari2 lamanya, terus decide mahu tempah untuk Airis sehelai.

Mulanya saya ingatkan nak tempah untuk Airis buat pakai raya nanti. Raya pun dah tak lama mana kan. Tapi sebelum tu, saya kenalah cuba dan lihat hasilnya dulu. Kalau cantik dan memuaskan hati, baru proceed untuk raya. Boleh la match kan dengan baju2 saya =)

Saya jatuh chinta pertama kali dengan handmade dress bila terlihat design yang dikeluarkan Popolok. Serius, memang cair dibuatnya. Sampai meronta2 hati ni nak Airis pun ada jugak. hehe. Tapi Popolok ni tak ambil tempahan sebaliknya jual pattern je. Kalau sesiapa yang pandai menjahit tu boleh la beli pattern yang Popolok jual tu. Kalau saya, nan hado la harapan tu. huhu

Antara pattern design yang dijual di Popolok . Budak comel ni anak dara kepada owner Popolok merangkap model cilik Popolok =)

Saya berkenan betul dengan dress yang di tengah2 tu, Nova Dress. Ada juga intai2 siapa yang boleh ambil tempahan Nova dress tu tapi tak berjumpa. Kena gigih lagi cari sebelum raya ni ^_^


Entah macammana suatu hari terpandang handmade dress design sebegini. Ala2 english style gitu. Hati terus terpaut. Apalagi, cepat2 pm Helna dan confirmkan order. Katanya dalam 2 minggu siap. Nanti bila dah terima, saya kongsikan hasilnya. 

Anak dara Helna juga merangkap model =)

Saya pilih warna kuning untuk hasil nampak lebih ceria

Di fb saya join satu group, Geng Jahit. Dan jumpa satu sis GJ ni yang terima tempahan Nova Dress. Yey!!!

Manalah hati tak cair kan =)

Seperti biasa, terus pm dan order. Ini kain yang saya beli terus dari Kak Gee untuk dijadikan Nova Dress Airis 

Kali ni saya pilih soft colour untuk menyerlahkan kemanisan anak dara saya tu. hehe. Polka dot tu saya jadikan sebagai main dress dan bunga2 kecil tu dijadikan contranya. Kita lihat nanti bagaimana hasilnya =)

Obses terus melanda bila terlihat peplum2 comel di bawah... Wah!!!! Nak jugak!!!

Paling suka yang ini. Gorgeous!

Yang ni pun sama!!!

Tapi Jellikids ni tak ambil order, jual ready made je. Sapa cepat dia dapat. Tapi saya selalu tak dapat jadi antara yang tercepat. heh!

Satu lagi design yang menarik hati saya oleh Kak Gee. Mungkin lepas ni?

p/s : Semuanya online. TQ Hanan sebab selalu gunakan Maybank2u u tu. Lepas ni harus Maybank2u i sentiasa berisi =)

No comments:

Post a Comment