23 April 2013

Kembali Ke SI

Salam

Sebelum ni saya pernah ceritakan tentang dilema tentang susu yang semakin berkurangan (post)

Dan ye... Saya decide untuk mula mencampurkan penggunaan SI bersama2 dengan FM. Dek sebab produktiviti susu yang semakin merudum hari demi hari.

Tiap petang bila mengambil barang Airis dari bs *Airis telah diambil terlebih dahaulu oleh atoknya untuk dibawa bermain di padang*, saya tanya penerimaan Airis pada susu FM.

Jawapan yang boleh dijangka. 

Ditolak mentah2 dan merengek mahu SI. Patutlah bila balik dari padang, bila nampak saya terus berpaut di kaki saya sambil merengek "nak cu...nak cu..." 

Kasihan anak ummi -__-

Makanya 2 minggu ni setiap hari saya akan usung S3 balik ke rumah. Sampai je di rumah saya terus mengepam. Kalau Airis ada, saya akan buat tandem nursing. Sebelah Airis, sebelah lagi pump. Dapatlah dalam 2oz, jadilah kan. Malam nanti dalam pukul 10 pump lagi dapatla 1.5oz ke 2oz. Dah cukup satu botol...

Tandem nursing dengan Airis, cabarannya sangat hebat ye kawan2. Boleh bayang tak bagaimana saya berjuang menahan Airis dari sibuk menggodek mesin S3 tu. Pernah satu masa tu, dia pusing button control tu ke tahap max. Haruslah saya menjerit kan. hahaha

Sepanjang berada di Nur Laman Bestari, saya hanya buat 4 sesi pumping. Sekali di petang Jumaat, dua kali di hari Sabtu *pagi dan petang* dan juga sekali pada pagi Ahad. Untuk 4 kali sesi tu, dapat kumpul lebih kurang 22oz. Alhamdulillah...

Stok Chilled EBM buat masa ni

Bila lihat stok chilled ebm ni, saya terfikir rasanya stok ni cukup untuk 3 ke 4 hari. Terus rasa nak stop bagi FM kat Airis dan berikan semula SI sepenuhnya. Tapi saya serba salah, risau bs mengalami kesukaran dalam memberikan Airis susu FM di masa akan datang.

Tapi semalam petang bila berborak panjang dengan bs, saya suarakan hasrat hati. Alhamdulillah, bs tak ada sebarang halangan sebaliknya memberi sokongan =)

Pagi tadi, saya dah bekalkan 3botol SI pada pengasuh Airis, seperti keperluan Airis sebelum ni. Buat masa ni, saya hold dulu FM. Harapnya sehingga Airis berusia 2 tahun nanti. Wish me luck ye...


p/s : Airis dan pandai sebut "acih" dan "ame". Dalam bahasa kita "terima kasih" dan "sama-sama". Gud job sayang =)

2 comments:

  1. Tetuskan usaha ida..in sha allah akan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. Tu la kak mudah2an tercapai hasrat saya. Apa2 pun usaha dan tawakal =)

    ReplyDelete