03 April 2013

Mood BerBawal

Salam

Kini dalam mood berBawal =)

Isnin minggu lepas

Selasa minggu lepas

Khamis minggu lepas

Semalam

Hari ni

Saya tetap memilih bawal sebagai cinta pertama berbanding pelbagai jenis tudung yang ada di pasaran sekarang =)

Banyak sebab kenapa saya vote bawal pada kedudukan tertinggi. Kalau dibanding bawal dengan tudung instant yang berawning, cara nak penjagaan bawal ni sangat senang. Kalau nak basuh senang je, masuk dalam kain net pastu campak je dalam mesin. Tapi kalau malas, tak payah masuk kain net pun takpe. Dalam kes saya, kadang2 malas kadang2 rajin. Tapi sekarang ni sejak menumpang mesin basuh mak, lebih kepada malas je. hehe.

Tudung bawal tak memerlukan ruang penyimpanan yang besar sebab boleh dilipat. Lipat2 pastu masuk je dalam 5tier plasyic drawer tu.

Tapi alasan paling kuat saya pilih bawal sebab bawal dapat menyembunyikan keboolatan muka saya. haha. Dan juga menyembunyikan usia saya yang sebenar *saya rasa muda pakai bawal* =p

Cuma sejak adanya Airis, saya kurang memakai tudung bawal sebaliknya lebih banyak menyarung tudung instant. Penggunaan bawal kurang praktikal pada saya yang sentiasa mengejar masa. Rasa macam tak sempat je nak membelek tudung tu lama2 depan cermin. Serba salah membiarkan en. Abg dan Airis menunggu saya bersiap. Jadinya saya pakai sarung tudung instant je.

Dan juga penggunaan brooch bersama2 tudung bawal tidak sesuai untuk Airis yang sering melekap di bahu saya. Walaupun brooch tu saya rasa dah sehabis kecil. Bukan sekali, pernah dua tiga kali muka Airis calar terkena brooch yang saya pakai. Kesian dia. huhu

Sekarang ni Airis dah besar. Saya dah boleh bersiap dengan aman. Sambil saya bersiap di depan cermin, dia pun sibuk sama bergaya depan cermin tu. Kamu tahu, pernah satu masa tu dia berdiri depan cermin dan mengalun2 dress yang dipakai? Terkejut saya masa tu tau. Hai la anak... Macam2 peel. hehe

Disebabkan da lama tak berbawal, makanya koleksi tudung bawal saya pun dah agak basi. Yang ada tu macam dah kusam. Jadinya saya pinjam tudung bawal adik. Tudung2 kat atas tu pun banyak yang pinjam dari adik. hehe. Inilah untungnya ramai adik beradik perempuan tau. Sharing is caring =)


p/s : Rasanya saya perlu dapatkan bawal yang baru untuk diri sendiri. Bolehla buat sistem barter dengan adik =)

2 comments:

  1. Hai. Salam perkenalan.
    Saya dulupun pakai tudung bawal jugak. Tapi makin lama makin malas nak gosok tudung, jadi saya beralih ke tudung instant. Lagi satu faktor pun same macam Hafnidah - sebab nak elakkan brooch kene kat anak. Pakai tudung instant mudah dan cepat. :)

    Uni recently posted : Barang Nak Bawa Bersalin di Hospital

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. hye uni. salam perkenalan jugak =)

      memang pakai tudung instant mudah n cepat.xsampai 5mnt dah siap. saya still pakai jugak tapi skrg more kpd bawal. pasni klu ada baby balik, back to instant tudung la jawabnya. for baby safety =)

      Delete