05 April 2013

Dalam Dilema

Salam

Tengah dilema. 

Dilema untuk terus berusaha gigih mencapai matlamat memberikan Airis susu ibu sepenuhnya atau mengalah dengan keadaan =(

Produktiviti susu sangat merudum sekarang sehingga terlalu sukar untuk saya buat stok susu. Airis pula sekarang kata bs, sudah pandai meminta untuk minum susu. Sebelum ni, tiap kali minum pun, bs yang sibuk memberi sebab jenisnya Airis ni tidak suka susu botol. Sekarang ni, bila stok susu makin berkurang, Airis pula sudah pandai demand. 

Lagi 2 minggu saya akan berkursus di luar kawasan. Rasanya stok susu yang ada takkan dapat memenuhi keperluan Airis.

Penyelesaian?

Buntu

Saya tahu stress tidak elok. Akan merencatkan produktiviti susu. Tapi mengenangkan hal ini, sedikit sebanyak mengganggu fikiran. Terus stress.

Satu2nya jalan yang dapat saya fikirkan, susu formula. Tapi....patut ke saya give up?

Saya pernah berbincang dengan en. Abg tentang masalah ni. Minta pandangan beliau samada perlu atau tidak saya gunakan susu formula sebagai penyelesaian.Ye, en. Abg tak pernah menghalang. Bagi beliau, usaha saya setakat ini sudah sehabis baik. Sudah mencukupi.


Saya masih lagi berfikir....


p/s : Sudah 1 tahun 5 bulan perjalanan hebat ni

2 comments:

  1. Ida...try minum shaklee bnyk testimoni kata menyemarakkan produktiviti susu..usaha tangga kejayaan jgn cepat mengalah..kerap pam susu walaupun sedikit..bnykkan minum air masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaklee tu pil kan kak..saya jenis malas makan ubat..ngeeee...minum air masak bergelen usah cakap. rajin ke toilet je skrg ni. hehe.

      alhamdulillah 2 3 hari ni produktiviti dah semakin banyak walaupun tak sama mcam dulu. mungkin boleh stip guna formula =)

      Delete