18 April 2013

Burger Bakar Abang Burn @ Dagang Avenue Food Court

Salam

Semalam saya ada up entri pasal teringin makan meatball Abang Burn (post). Cadangnya nak ke sana lepas balik dari team building nanti, tapi mana tahu tersampai awal. Malam tadi juga saya dah ke Dagang Avenue tu =)

Tak bercadang pun nak ke sana. Asalnya saya mengajak en. Abg ke kedai Twins Baby yang berdekatan dengan Tesco Ampang untuk membeli storage bottle. Sambil tu nak singgah sekali Tesco Ampang untuk jelaskan apa2 bil yang patut. Kalau rajin, mahu beli sedikit barang dapur. Tapi alih2 bila saya beriye2 cerita pada en. Abg pasal menu meatball tu, terus en. Abg ajak ke sana. Agaknya dia kesian tengok muka wife dia ni kot. Nampak teringin sangat je. Kang meleleh je air liur adik Airis, siapa nak jawab =p

Haruslah saya senang hati. Pucuk dicita ulam mendatang. Walaupun tak tahu lokasi sebenar, google je map dan terus redah. Semuanya di hujung jari je sekarang =)

Sementara tunggu en. Abg bayar bil


Mula2 sampai dekat Dagang Avenue tu, berpusing jugalah kami cari kedai Abang Burn ni. Rupa2nya kedai Abang Burn ni bukanlah ada lot kedai sendiri, rupanya terletak kat Dagang Avenue Food Court tu je. 

Dari jauh dah nampak queue panjang. Mulanya saya macam tawar hati tapi kata en. Abg dah alang2 sampai baik cuba je. Parking pulak betul2 cantik terletak depan kedai. Sayang kalau tak mencuba

Pemandangan di sekitar food court. Masa saya sampai ni orang tersangat ramai

Sambil tunggu ayah order meatball yang ummi idam2kan tu



  
Kalau guna Nikon 1 j1 mesti gambar clearkan *wink2*

Ibu dan anak yang hepy ^_^
  


Tapi kan.... sampai je kat meja...en. Abg cakap.."Sayang, meatball dah habis. Abang order burger ayam n daging je"

Sedihhhhh -__-

Samada kitorang yang datang lambat atau ramai yang order meatball tu. Yelah, menu baru mesti ramai orang nk try. Nak2 lagi kalau dorang tengok gambar meatball yang menyelerakan macam dalam blog Cik Epal tu. hehehe

Takpelah, takde rezeki. Lain kali mungkin...

Burger ayam untuk saya

Dan burger daging untuk en. Abg

Bagi saya, burger tu sedap tapi takdelah sedap sangat. Just nice. Tak habis pun sebab besar sangat. Memang senak perut dibuatnya. hehe

Tapi dalam kenyang2 tu, sempat jugak terliur tengok Chicken Chop kedai ni. Serioulsy, nampak memang mengancam.  Dan kitorang pasti rasanya seindah rupanya. Harus kitorang cube next time


Kira ok lah harga dia

p/s : Malam ni nak sambung mengemas

No comments:

Post a Comment