04 July 2009

Al-Fatiha...

Kul 11 td pas lik dr 501 aku dikejutkan dgn satu mesej dr Kak Izan...Sahabat baik aku, Fiza baru saja kehilangan ayah terchinta kul 9.30 mlm td...Sedikit ralat krn aku mengetahui peristiwa tu agak lewat, selepas lebih satu jam cuz aku berada di majlis berinai jiran...

Aku tumpang sedih di atas kehilangan ayah Fiza...Walaupun kejadian ni tidaklah mengejut cuz kami sedia maklum keadaan ayah Fiza, aku tetap rasa sesuatu....Cube membayangkan sekiranya aku berada di situasi dia...Kehilangan org tersayang ketika disulami rasa gembira...Namun, apa kehendak kita utk menolak dan menidakkan takdir yang telah disuratkan buat kita...Hanya keredhaan yg mampu menjamin ketenangan jiwa menghadapi kesedihan...

Seingat aku ayah Fiza disahkan menghidap Kanser Lidah thp kritikal pada awal thn ni...Sebelum tu ayah Fiza tidak pernah menghadapi tanda2 awal penyakit ni, tau2 tlh berada di tahap yg kronik...

Aku sangat kagum melihat semangat ketabahan Fiza dalam mengharungi hari2 getirnya...Dari saat ayah dia mula sakit sehinggalah menghembuskan nafas terakhir, xpernah sesekali aku tengok Fiza mengeluh mengisahkan hal ayahnya...Dari berubat secara tradisional sehinggalah moden....Dari KL sehinggalah ke Johor...

Fiza tetap ceria di ofis...Sgt tabah dia menyembunyikan kedukaan dia sambil menjalankan tanggungjawab sbg seorang anak...HKL tidak penah lari jauh dari kehidupan dia...Dengan harapan ayahnya akan sembuh suatu hari nanti dan kembali mendiami rumah spt dahulunya....

Namun, kita hanya mampu mengharapkan apa yang diingini menjadi kenyataan...Sebaliknya apa yang disuratkan oleh Allah s.w.t, itulah kenyataan yang harus dihadapi walaupun perit...Ayah Fiza telah pergi meninggalkan mrk sekeluarga buat selama2nya...Hanya kenangan yang akan menjadi peneman mengganti diri...

Kpd Fiza dan keluarga....Semoga kalian tabah dan redha menerima takdir ini...Jgn lupa menitipkan doa sebagai penyambung kasih walaupun berada di dua dunia berbeza...Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan org2 beriman....Amin....

No comments:

Post a Comment