27 February 2013

Pengasuh

Salam

Sejak dua menjak ni, pagi2 masa otw nak ke ofis naik tren, saya mesti layan Johara Pagi ERA. Kadang2 tersenyum dibuatnya, tapi kadang2 bila dengar lawak tu kaw2 gelak besar jugak saya. Sesapa yang ternampak saya tersengih sorang2 tu, abaikan jelah ye. Buat2 tak tahu je =D

Pagi ini isu Johara berkisar tentang pengasuh. Pengalaman menarik bersama pengasuh. Dan saya sempat dengar beberapa caller menceritakan hal masing2. 

Selalu jugak saya dengar teman2 berceritakan perihal pengasuh masing2. Ada yang ok, ada yang tak. Tapi untuk kes saya, saya berpuas hati dengan pengasuh Airis =)

Pengasuh Airis ni sebenarnya jiran saya juga. Mulanya dulu saya bercadang untuk hantarkan Airis di dalam kawasan apartment je. Dah pergi pun rumah kakak tu, tapi last minit saya cancel atas beberapa alasan. Sebab utamanya, kakak tu mula mengasuh selepas berhenti kerja apabila anak bongsunya tidak mahu susu botol.

Sedangkan Airis ketika tu memang reject susu botol habis-habisan. Tempoh yang ada sebelum saya mula bekerja lebih kurang sebulan. Persoalannya, sempat ke saya nak train Airis guna susu botol? Jadinya saya cancel nak hantar Airis ke rumah kakak tu dan terus buka mulut dengan pengasuh Airis sekarang. Mujurnya dia terima. Lega sangat sebab saya takut tak sempat cari pengasuh lain.

Tapi sebelum tu saya dah maklumkan dulu tentang habit Airis yang taknak menyusu botol ni. Dan juga habit Airis yang sukar untuk tidur lama sekiranya tidak ditidurkan dalam buaian. Yelah, kalau dia tak boleh handle biarlah saya tahu dari awal. Taknaklah jaga seminggu, lepas tu rasa dah tak boleh baru nak maklumkan pada saya. Mana nak saya carikan pengasuh pengganti kan...

Alhamdulillah dia takde masalah dengan habit Airis tu. Katanya sebelum ni pun ada budak2 yang diasuh reject susu botol, tapi lepas dilatih berkali2, sudah boleh diterima. Mungkin Airis juga akan begitu, seminggu dua menolak tapi lama2 akan terima. Saya pun ok jelah walau dalam hati cuak2. Takut Airis buat perangai menangis beriye2 macam yang dia buat ketika bersama saya. hehehe

Hari pertama ketika menjemput Airis soalan pertama yang saya ajukan "Macam mana Kak Ina, dia nak minum tak?". Setiap hari saya tanya macam tu untuk dua minggu yang pertama. Sampai akhirnya tak payah saya tanya, pengasuh dah jawab dulu. hehe

Walaupun masa tu Airis minum sedikit2, tapi dia masih minum. Dia hanya menangis sekali dua je pada hari pertama, mungkin tidak selesa dan hanya mahukan susu secara df dari saya. Tapi bila hari2 dilatih untuk minum susu botol, dia dah boleh terima. Terus rasa lega dan sangat berterima kasih pada Kak Ina sebab sabar layan kehendak anak dara saya tu.

Tapi itu tak bermakna Airis mahu susu botol bila saya ada bersama dia. Takda dia naknya susu botol tu bila saya ni dah berkepit dengan dia. Terbuang macam tu je susu tu. Takpelah, janji dengan pengasuh dia mahu susu botol. Sebolehnya tak mahu susahkan pengasuh. 

Pengasuh Airis juga tak pernah berkira tenaga dan masa dengan saya ketika menjaga Airis. Kadang2 bila saya balik dan tiada siapa di rumah, pengasuh minta saya balik dan bersiap apa yang patut. Baru ambil Airis dari rumahnya. 

Keluarga pengasuh jenis sayangkan budak. Dari suami, anak dan MIL pengasuh semuanya sayangkan Airis. Kadang2 bila saya dah bawa Airis pulang, anak2 pengasuh datang ke rumah mahu mengambil Airis sebentar. Ada tetamu datang mahu bertemu Airis. Nak2 lagi kalau anak bujang pengasuh mahu balik semula ke asrama, pengasuh akan "pinjam" Airis sebentar untuk diketemukan dengan anak bujang dia tu. Rindu katanya pada anak dara saya tu. Saya tak kisah, lagi ramai sayang dan sukakan Airis, lagi bahagia hati =)

Ada jugak yang berikan pakaian2 anak mereka ketika kecil dulu kepada Airis. Terima kasih sangat2. Walaupun pemberian orang, tapi keadaannya masih elok dan cantik dipakai.

Mak ayah saya berpesan, selalu jaga hati pengasuh. Jangan berkira sangat dengan pengasuh kalau nak dibandingkan dengan jasa dia menjaga dan membesarkan anak kita. Itu yang emak ayah saya amalkan pada pengasuh kami adik beradik ketika dulu. Alhamdulillah sehingga kini hubungan dengan pengasuh kami adik beradik dulu tak pernah putus. Setiap majlis kahwin kami adik beradik, pasti mereka hadir. Yang terbaru ni, kami berjumpa di majlis adik. Kata cik Normah, muka Airis sebijik sama waktu saya kecil dulu =)

InsyaAllah saya akan ingat pesan emak ayah tu. Wang boleh dicari, tapi anak tiada galang ganti. Kan? =)


p/s : Pengasuh Airis mahu bercuti ke Beijing. Dah siap2 bagitahu supaya saya senang arrange cuti. Pengasuh berjalan, takkan kami 3 beranak duduk rumah je kan? 

2 comments:

  1. Alhamdulillah..lega kan biler dpt pengasuh yg baik hati tak berkira..kie nk keje pun tenang..

    Apa lagi ida..g coti2 mesia larr :))

    ReplyDelete
  2. tu la kak..nak keje pun hati senang. balik pun hepy je bila tengok anak hepy..
    ada juga rancang nak pi bercuti tapi masih tercari2 lokasi. tapi yag dekat2 jela =)

    ReplyDelete