15 February 2013

Menghampiri 1 Tahun 4 Bulan

Salam

Sedar tak sedar hujung bulan ni Airis dah pun berusia 1 tahun 4 bulan. Memang tak terasa masa berlalu, tau2 je bila orang tanya berapa umur Airis, dah nak masuk 1 tahun 4 bulan anak dara saya ni =)

Alhamdulillah, Airis sihat dan baik2 saja. Sebelum ni ketika melepasi usia setahun, Airis sering disapa masalah kesihatan. Demam dan selsema sering menyinggah. Tapi dalam dua tiga bulan ni, kesihatan Airis baik sekali. Mungkin juga antibodinya semakin kuat. Mudah2an terus sihat ye nak =)

Perkembangan Airis dengan sebelum2 ni tak banyak bezanya. Cuma mulut anak dara ni semakin riuh. Banyak cakap tak seperti saya di waktu kecil. Itu yang dikhabarkan nenek Airis. Takpela, biarlah Airis ikut sifat nenek yang ramah tamah tu. hehe

Sebutan Airis juga semakin clear. Dia dah boleh ikut dan sebut word yang saya cakap dan ajarkan pada dia.  Word2 yang meniti di bibir Airis sekarang,

Enek- Nenek
Nak cu - Nak susu
Atu - Satu
Apat - Empat
Ima - Lima
Acut - Kasut
Epeshhh - Pampers (dalam nada berbisik untuk bunyikan huruf s tu)
Awak - Awak

Dan banyak lagi word2 yang keluar dari mulut comel dia tu. Cumanya dia masih tak boleh ikut sebutan alif baa taa yang saya ajarkan. Takpela, learning proses haruslah perlahan-lahan kan =)

Ini aktiviti Airis dua hari yang lalu, jam 12.30tgh mlm. Masih kekal aktif untuk bermain. Mujurnya saya masih belum mengantuk, jadi bolehla temankan dia bermain. Sempat snap beberapa foto Airis yang leka bermain




Katanya anak dara, haruslah ada mainan masak2 kan.  Sebab Airis suka sangat main senduk sudip segala bagai di rumah nenek, belikan dia mainan ni. Tapi sizenya kecil sangat la, tak jumpa yang besar. 





Yang bagusnya Airis ni, lepas main dia akan kemaskan semula. Bagus anak ummi =)



Yey! Dah siap kemas. Good job sayang! Tq =)

p/s : Dua rumah, mainan pun harus bertambah ^_^

No comments:

Post a Comment