Salam
Dua hari sudah saya singgah ATM di bawah bangunan ofis. Macam biasalah, mahu keluarkan fulus sikit. Dah gaji kan =)
Tapi lepas dah masukkan no pin bagai, bila nak tentukan amaun, mesin tu reject kad saya. Tak puas hati, saya try kali kedua. Masih juga sama. Mahu try kali ketiga saya risau kad kena telan. Ok, time gaji jugak ko mahu buat hal ye kad. Time lain ko ok je... Sabar ajelah...
Jadi semalam saya pergi Bank Islam Jalan Raja Laut. Nak tengok apa masalah kad saya tu sebenarnya. Tapi sebelum tu saya cuba dulu di ATM machine, just nak double confirm betul ke kad saya tu problem. Sebelum ke Bank Islam Jalan Raja Laut tadi, saya sempat singgah ATM di bawah opis tapi dalam ATM proses selenggara. Tu yang saya terpacak kat Bank Islam Jalan Raja Laut tu..
Sekali bila saya try kad di ATM, boleh aje nak keluar duit. ATM di opis tu yang problem rupanya. Sabar sekali lagi =(
Dah alang2 sampai ke situ, saya panjangkan kaki sikit ke Pertama Complex. Satu tujuan je, cuci mata kat Lovely Bead =D
Tapi bila keluar Lovely Bead tu haruslah bukan takat cuci mata je kan, tapi wajib beli walau sedikit. Paling best, saya jumpa seorang kakak beader, Kak Dila yang sangat bermurah hati bagi saya free consultation berkaitan manik. Siap tolong match kan manik untuk saya lagi. Dan paling best lagi, dia offer saya belajar jahit manik secara percuma. PERCUMA okey, sila baca kuat2 =p
Seriously saya macam tak percaya. Yela, baru je kenal tibe2 dah offer diri. Katanya dia slalu je ajar ofismate dia kalau ada masa terluang. Tapi xramai yang join walaupun free. Tak minat agaknya sebab jahit manik ni kan perlukan kesabaran dan ketelitian.
Saya siap belek lagi hasil jahitan manik Kak Dila tu. Cantik! Kalau berguru dengan dia sangat berbaloi. Bukan jauh mana pun, dekat Menara TIMA tu je. Tempat lama saya jugak tu.. Tengoklah ye kak, kalau ada rezeki nanti saya roger2 akak ye. Takpun saya add fb akak =)
Ini hasil cuci mata di Lovely Bead semalam
Kasi zoom sikit
Gigih mencari manik lepas dah berguru dengan Kak Yan teknik yang betul. Tq Kak Yan =) |
Lovely Bead @ Pertama Complex. Serius kedai memang murah. Tokey pun sangat2 peramah. Diskaun pun baik punya =D |
Kenalan baru @ Kak Dila. Otai cari manik pun bawa baju, saya cari manik pakai imagine je. Bajet hebat kan. hehe |
Koleksi terkini yang menjadi buruan Airis untuk dijadikan permainan. Ni kalau terjatuh manik2 ni, harus saya juling mata nak mengutip dan mengasing satu persatu. hehe
Kalau untuk minat sendiri saya sibuk buat koleksi manik, untuk Airis pulak saya gigih buat koleksi hair clip =)
p/s : Kalau jahit manik pada tudung bawal kosong pun cantik jugak kan?
No comments:
Post a Comment