14 March 2010

YM

Salam

Da pukul 11.30 tapi mata masih lagi xrasa nak pejam sedangkan ujan di luar. Trus msj en.Abg bertanyakan lokasi beliau. Beliau kata beliau kat umah, trus saya ajak YM. Tapi beliau nak makan dulu n mntak saya tunggu jap..

Da 30 mnt, tapi bayang beliau langsung xkelihatan. Mungkin ni petanda yang kurang elok...?

Still waiting...

Sebelum terlupa congrates to my colleague, Fiza n Sanusi for their wedding tadi...

Yippy!!!en. Abg da on. Haruslah saya cepat2 sapa beliau sbb sy invisiblekan status saya. Nanti dia lari, eden xlarat nak kojar =p

Nanti crita lagi..Daaa...

12 March 2010

berOT

Salam.

Minggu depan saya akan start ber'OT', mungkin dalam masa sebulan.

Sebetulnya saya sangat malas utk berOT. Tapi disebabkan cuti tahun saya yang hanya tinggal 14 hari je lagi yang saya rasa amat tdk mencukupi utk saya meluangkan masa dengan en.Abg ketika beliau pulang bercuti, maka saya terpaksa berOT utk mendapatkan cuti lebihan.

Saya xtarget utk dapat banyak lebihan hari, cukup sekadar 7 hari. Jadi baki cuti tahunan yang saya ada tu boleh saya bwk ke tahun depan je. Dan kalau tahun depan pun saya rasa cuti saya xberapa nak cukup, saya akan berOT lagi. Maybe itu kitaran/rutin tahunan saya selagi beliau masih di sana kot?huhuhu

Sekarang saya sibuk bilang hari. Membilang brapa hari lagi en.Abg mau pulang. Sampai kadang2 letih =(

Mungkin bila berOT ni, saya akan bz sedikit Dan saya tidak akan sibuk memfokus pada kalendar menghitung hari....Really hope...

11 March 2010

LoveIsChinta Punya Pasal

Salam.


Happy!

Energy+stamina sangat tinggi! =)

Berjaya gak sampai opis dgn punch card kaler itam. 7.59am...Fushhh~~~~
Gerak lambat, expect sampai pun lambat. Rupanya tidak.

Mungkin sbb dapat call dr beliau =)

Xpenah saya berjalan lebih cepat+laju+gaban dari pagi tadi.

LoveIsChinta punya pasal!!!




10 March 2010

Disebabkan Kertas Berwarna Itu

Salam.

Breakfast hari ni lain sangat dari semalam sbb hari ni saya import khas McD breakfast set dari The Mall =)

Smalam petang masa siap2 nak balik saya terpandang kertas berwarna*brochure McD*. Macam jatuh cinta pandang pertama, mata melekat trus kat brochure tu. Nak x nak, maksudnya saya tringin makan lah tu =p

Bila cakap ngan cik Hanan pasal keinginan yang agak melampau tu, cik Hanan trus ajak saya pekena breakfast McD hari ni. Apalagi, saya terus setuju. Xsangka dari main2 trus jadi serius. Sbb b4 this tiap kali kalau plan apa2 selalunya xkesampaian. Hangat2 taik ayam je =p

Pagi tadi saya n cik Hanan ke The Mall utk lepaskan hajat. Sampai opis, air kopi da tinggal separuh. Bakinya tertumpah dalam plastik.hehehe. Punya excited nak makan tapi kesedapan set tu xseperti yang saya harapkan. Pedas. Bila abis makan, rasa muak sebab telur dia agak tebal. Tapi kopi dia sedap. Jadi hati dapat menerima set tu walaupun bukan sepenuh hati.huhu

Lepas ni xmau lah makan set tu lagi. Kalau makan pun nak amik set yang lain. Tapi kalau setakat set yang ada hash brown n kopi secawan mana cukup nak cover sampai ke tengahari. Abisla misi utk berdiet.huhuhu

Maknanya terpaksa la melalui rutin yang sama. Makan benda yang lebih kurang sama. Bosan giler....Ke tandanya da patut bawak bekal sendiri? Bila bawak bekal sendiri, harap2 lah diri sendiri yang sediakan.hehehe

p/s : Rindulah nak makan nasi goreng kampung yang en.Abg masak =)

07 March 2010

Rindu Perasaan Itu

Salam.

Entri ni sepatutnya saya taipkan Jumaat lepas. Ketika perasaan saya masih lagi berkobar2 kesan dari menemankan cik Piza mencari keperluan majlisnya 14 Mac nanti.

Alkisahnya.....

Saya, cik Piza n cik Hanan turun ke Jalan TAR. Cik Hanan cari tudung, cik Piza cari bunga manggar dan saya mencari sepasanng dua kain potong..Kami tinggalkan cik Hanan dengan tudungnya. Saya n cik Piza trus ke Sayang You.

Keluar je pintu lif, hati saya melonjak2 hepy. Tengok barang2 kahwin ni membuatkan saya teramat teruja. Tambah lagi dengan lagu2 pengantin lama yang dialunkan. Mula la mulut saya ringan nak nyanyi sama =p

Serius!Saya yang terlebih excited berbanding cik Piza. Ke hulu ke hilir saya menelek barang. Banyak kali sy memberitahu cik Piza tentang keterujaan saya ni. Lagi2 bila lagu yang saya suka sibuk menjerit2 kat cuping tlinga. Lagi galak la saya mengingatkan majlis saya dulu..Ish, susahnya meninggalkan hari semalam. Kemaruk btol!huhu

Lepas sibuk berangan kat Sayang You, cik Piza n cik Hanan temankan saya mencari kain pasang. Cik Piza kata kat Gullatis ada sale, kain boleh mencecah harga yang mampu saya beli. So saya berhajat nak ke sana..

Tapi, tengah jalan kitorang menyinggah ke satu kedai baru. Cik Hanan berkenan dengan kain 2 tone yang ada kat situ dan dalam proses usha2 nak beli ke x. Niat saya cuma nak beri pendapat *kan kawan2 kalau nak beli brg2 slalu tanya pendapat* tapi at last saya n cik Piza pun sangkut kat situ. Dah tu, kitorang beli kain 2 sama2. Corak n kaler yang sama.hehehe.

Pastu, kitorang gi Gullatis. Sekali lagi saya n cik Piza beli kain pasang. Tapi kali ni corak yang sama =p

Khamis ni saya n cik Hanan nak pi beli tudung plak. Cik Piza xikut sebab dia da start cuti. Dia kan nak kawen =)

04 March 2010

Berduet Tapi Selalunya Solo

Salam.

Mud sedikit terumbang ambing masa ni...

Sebab bila terbaca citer2 B2B*dahulunye* yang sentiasa update citer masing2 bila da berduet. Update citer tu xmenggugat emosi saya, tapi bila citer tu citer aktiviti berdua emosi saya sedikit berkocak.

Pi sana dgn hubby. Pi sini dgn hubby. Wat itu dgn hubby. Wat ini dgn hubby. Pokok dan akarnya, semuanya dgn hubby.

Sedangkan saya?

Saya pun sama mcm mereka. Baru hidup berduet, xsampai 2 bulan pun. Tapi bezanya keadaan kami yang xserupa mereka. Keje en.Abg xmembenarkan kami buat apa yang ex-B2B lain buat. Tinggal sebumbung, tido sekatil, makan semeja *kalau saya, kami makan bersila depan tv sbb rumah kami xde meja makan lagi*, jalan2 berdua..Terlalu banyak yang xsama.

Bukan saya maukan semuanya sama dgn ex-B2B. Sebab setiap orang menjalani kehidupan berbeza. Cuma pada asas dan dasarnya sama tapi dalam cara berbeza.

Saya juga tinggal sebumbung, tido sekatil, makan semeja, jalan berdua dgn beliau. Tapi dalam kiraan purata 14 hari utk setiap 4 bulan. Dalam masa tu lah saya terpaksa tamak utk pulun buat segala benda yang saya terpaksa hold semasa ketiadaan beliau. Desperate gile saya!

Sebab itulah saya kena kumpul cuti sebanyak mungkin. Utk kegunaan tempoh genting ni la. Rasa malas keje*yang kadang2 datang menggila* terpaksa dicantas sekuat2nya =(

Tu semua saya xkisah. Saya semakin serasi dgn kehidupan yang amat menuntut kesabaran ni.

Tapi paling kisah bila benda2 ni terpalit ke emosi dan ketenangan hati. Hati sungguh terganggu dibuatnya.huhu

Sekarang saya harus belajar utk mendisiplinkan hati. Sebab beliau yang dulu saya pulaukan ketika hati berbintik hitam kini sudah menjadi Pintu Syurga saya.

Maka hati...Tolonglah saya...Tapiskan kekotoran yang emosi bawakan pada saya. Saya xmau lagi bintik2 itam itu =)

03 March 2010

Status Berubah, Peel Pun Kena Ubah

Salam.

Semalam petang saya temankan seorang colleague, Cik Hanan pergi ke The Mall utk sedikit penjanaan ekonomi. Tujuan utama Cik Hanan nak mencari blause @ sebarang pakaian wanita yang berwarna merah bagi melayakkan dia berada dalam golongan yang mematuhi tema berpakaian merah pada Majlis Reunion sekolah dia.

Saya buat keputusan utk ikut Cik Hanan. Sekadar utk cuci mata. Untung2 klu berkenan, boleh tumpang sekaki sedekah duit kat tokey kedai =p

Cik Hanan sibuk mencari baju berwarna merah, saya lak sibuk mengintai2 apa yang berkenan di mata. Sekali sekala saya intai2 kemeja utk en.Abg.

Mata ni memang cepat tangkap apa yang cantik. Apa yang menarik. Dan apa yang suka mengopakkan poket yang xberapa tebal ni. Banyak kali plak tu.

Tapi minda waras saya cepat2 menyedarkan saya yang mata ni memang sifatnya sukakan kecantikan. Minda plak sibuk ingatkan saya bulan masih panjang. Saya ikut cakap minda. Selamat poket saya =)

Tapi selamatnya sekejap je bila akhirnya saya beli jugak sepasang baju kurung. Tapi ikutkan saya beli baju kurung ni sebab bertujuan, bukan suka2. Sebab ada kenduri kawen minggu depan. Lagipun baju ni boleh saya rotate gunakan utk ke opis nanti..

Selesai semua, singah kejap di surau. Cik Hanan nak solat.

Saya baru teringat..Saya lupa nak msj en.Abg, memaklumkan aktiviti yang sedang dilakukan sekarang. H/P dicapai, cepat2 saya msj beliau.

Saya lupa status saya sudah berubah. Saya lupa yang saya sudah belong to en.Abg. Bukan lupa, tapi lambat tersedar.

Jadi bila status da berubah, seharusnya perlakuan saya juga harus berubah. Tapi utk mengubah tabiat bujang yang menjadi pembawakan saya selama ni memang makan masa skit. Lagi2 bila en.Abg bukan berada di depan mata.

Sekarang pergerakan saya bukannya seperti dulu. Bebas ke mana2. Pukul brapa nak balik. Cuma perlu report kat mak ayah.

Tapi skrg, saya perlu report kat en. Abg plak. Setiap kalinya.

Mula2 saya kekok, seringkali terlupa. Dan hanya report apabila sudah selamat kembali ke rumah. Kadang2 selepas sehari berikutnya.huhuhu

Tapi semakin hari, saya semakin serasi dgn keperluan dan kemestian yang satu ni. Dan saya hepy melakukannya =)