14 June 2013

Itulah Namanya Rezeki Kan =)

Salam

Kebelakangan ni saya perasan kami kerap terima ole2

Dua minggu sudah sudah offismate en. Abg dari Penang ketika turun ke sini untuk meeting berikan jeruk mangga Pak Ali. Dua tiga hari sudah dia berikan pula ole2 si harum manis. Terima kasih ye, walaupun tak pernah bersua  muka =)

Dan semalam kawan en. Abg yang kini berkhidmat di Indonesia, kirimkan ole2 untuk saya dan en. Abg. Wah, murah betul rezeki kita 2 3 hari ni kan bang? ^_^

Kek Kartika Sari yang famous di Bandung. Dapat juga sehelai kain pelikat untuk en. Abg dan juga sehelai kain batik untuk saya. Terharu ok. hehe. Lepas ni mahu kirim brownies untuk santapan tetamu yang datang beraya ke rumah ok x? =p

p/s : Terima kasih pada yang memberi. Kadang2 rasa teringin nak makan sesuatu yang susah untuk didapatkan, tapi alih2 terbentang di depan mata. Itulah namanya rezeki kan =) 

No comments:

Post a Comment