14 June 2013

Cuti2 Bersama Airis

Salam

Cuti Wesak baru2 ni saya dan en. Abg bercuti panjang. Dari hari Jumaat sehinggalah hari Rabu. Heaven betul rasanya cuti lama ni. Sampai bila naik keje hari Khamis tu, rasa macam terawang2 je. hehe

Sebelum ni, bs Airis ada maklumkan pada saya mahu bercuti dua tiga hari sebab mahu mengikut company trip suaminya ke Shanghai. Saya no hal aje, asalkan diberitahu awal.

Dan kebetulan hari bs mahu bercuti tu dekat dengan cuti Wesak. Jadi, dengan saya dan en. Abg sekali apply cuti. Mahu balik ke Kluang dan kalau ada rezeki mahu bawa si kecil tu berjalan-jalan. Rasanya sejak ada Airis ni kami tak pernah bercuti bertiga. So rasa mungkin inilah masa yang tepat. en. Abg pun saya dah ingatkan apply cuti awal2. Tahu2 sajalah kerja dia tu, bz memanjang. Nak ambil cuti lama bukannya senang.

Jadi Jumaat pagi tu kami bergerak balik ke Kluang. Malamnya keluarga mertua nak adakan doa selamat sempena kepulangan BIL sekeluarga. Ingatkan nak gerak Khamis malam tu je lepas balik kerja tapi en. Abg risau keadaan sesak jadi kami gerak Jumaat pagi je. Alhamdulillah keadaan trafik sungguh lancar, sampai pun seperti biasa. Tak memakan masa yang lama. Ngam2 sebelum solat Jumaat kami sampai. 

Pagi tu badan Airis agak dedar. Haih... asal nak balik kampung je mesti Airis kurang sihat... Ni muka Airis yang takde mood. Mungkin sebab rasa tak sedap badan, dan mungkin juga sebab harus bangun awal. Waktu tidur dah terganggu, jadi mood pun dah lari

Otw tu singgah sebentar di BR Restoran Jejantas Ayer Keroh




Lepas makan ais krim baru mood ok

Anak dara melayan hobi ummi dalam kereta =)

Ada iras saya tak?

Sebelum terus balik ke rumah, singgah dulu SR Kluang Mall membeli kek. Belated besday boy nak makan kek katanya =p

Di belah en. Abg, Airis cucu yang paling kecil sekali. Jadi memang sakan la cousin2 dia melayan dia. Dari celik mata sampai la nak tidur. Tq Pak Ngah n Mak Ngah bagi toys Lego kat Airis. Kat rumah tak pernah jemu dia mengadap benda tu =)




Kenduri bermula lepas  Isya'. Kali ni segala hidangan untuk menjamu tetamu kami catering je. Antara lauk pauk yang dijamu pada tetamu ikan keli berlada, ayam masak lemak, daging goreng black pepper dan  juga sayur campur. Selain tu, adalah kueh mueh yang diorder oleh SIL dan yang diberikan jiran tetangga. Haruslah saya makan bertambah2 kan. hehe

Airis buat drama sebelum majlis bermula. Sepanjang majlis, kejap dia ok kejap dia tak ok. Badannya panas. Lepas dah tukar baju baru dia ok sikit. Satu petua yang saya dapat dari Kak Ngah, kalau anak demam bukakan saja pakaiannya. Pakai pampers je pun xpe, bagi panas tu keluar.

Masing2 dah tak sabar nak potong kek


Airis hairan tengok orang bz ke sana ke mari


Qila yang makin petah. Dah pandai mengusik dan mengajak Airis main bersama2. Dah macam kakak2 dah. hehe. 

Petang esoknya hari Sabtu saya ajak en. Abg pekena roti telur kat Kedai Mak Esah. Sambil tu nak bawa Airis keluar makan angin sebab dia asyik merengek. Mungkin bosan agaknya, jadi naklah bawa dia keluar berjalan. 
Tapi mood masih tak ok. Dan paling best, Airis sangatlah moody masa ni. Nampak lalat berterbangan dia bantai menangis ketakutan. Puaslah en. Abg umpan dia beli air kotak dan keropok bagai. Aiskrim pun dia tak layan. Sudahnya saya makan roti telur laju2 dan bungkus saje mee goreng yang dipesan. Air pun minum seteguk dua sebelum balik ke rumah. Takpela, ragam anak tengah tak sedap badan. Kena sabar melayan.

Hari Ahad tengahari, bila cousin2 nak balik baru Airis ok. Dah ok, kawan pulak nak balik. Takpelah, next time jumpa lagi boleh main sama2 ye Airis




Hari Isnin tengahari lepas dah isi perut dengan nasi minyak, terus siap2 nak gerak ke Melaka. Lokasi cuti2 kami untuk kali ni. Kita pilih yang dekat2 dulu, nanti ada masa dan kelapangan kita pergi yang jauh2 pula ye Airis



Plan asal nak bergerak awal, so tepat pukul 3 kami dah boleh check in dah berehat2 dalam bilik hotel. Tapi terlari dari rancangan, alih2 kami bergerak selepas Zuhur. 



Kalau dah mula tengok Upin Ipin dan Gwiyomi, maka hp saya dah jadi milik Airis lah. Takpe, janji dia senyap dan bertenang ^_^

Saya perasan Airis dah pandai cari video Upin Ipin sendiri. Kalau sekali dua mungkin kebetulan, tapi kalau banyak kali takkan kebetulan jugakkan?


Baru anak seorang dah penuh seat belakang ni dengan segala keperluan dan barang mainan Airis. Kalau Airis dah ada adik nanti, kita beli Nissan Vanette je la bang. hahaha

Sampai di Melaka sebelum check in hotel kami singgah isi perut dulu di McD Melaka Mall. Tujuan makan kat mcd ni sebab ada bubur, bolehla bagi si kecil ni makan. Tapi Airis bukan makan sangat pun, tak berluak pun bubur tu. 


Pukul 5.30ptg baru kami sampai di Bayview Hotel dan terus check in

Kami book bilik ni melalui Agoda dengan harga RM396 untuk 3H 2M. Saya rasa sangat berbaloi dengan keluasan dan keadaan bilik walaupun last mnt baru tahu harga tu tak termasuk breakfast. Untuk breakfast kami kena tambah RM46 sehari untuk 2 orang, so total RM92 semuanya untuk 2 hari. 




Anak dara ni sakan mengexplore bilik. Memang saja pilih 2 single beds sebab nanti bila dicantum besar sikit compare dengan queen size. Tahu2 sajalah suamiku tu kan gagah perkasa. hehe


Dah besar ummi tengok kamu ni Airis =)

Check in pun dah lambat, jadi kami bermalas-malasan sajalah di dalam bilik. Lepas Maghrib, tiga beranak ni  pakat2 tidur kejap takat nak lelap mata. Sekali bila terjaga tengok jam dah pukul 10.30mlm. Terkejut badak kitorang. hahaha. Betul2 mood bercuti ni =p

Perut dah berkeroncong minta diisi. Bangun tu terus bersiap keluar cari makan



Balik tu mata masing2 membulat je. Yelah dah terlebih tidur kan. Airis pun segar bugar je saya tengok. Melayan anaklah si ayah ni. 

Sambil curi2 tengok bola

Esoknya pagi2 dalam pukul 8 kami dah bersiap untuk turun breakfast. Tanggapan saya masa cuti sekolah ni mesti ramai orang di mana2 hotel, nak2 di Melaka ni. Melaka kan tempat favourite orang bercuti


Tapi rupa2nya tak ramai orang pun. Boleh la makan dengan tenang

Pilihan menu agak banyak. Berbaloi dengan harga yang dibayar. 

Pemandangan berdekatan ruang breakfast. Tempat bfreakfast ni setingkat dengan pool





Bukannya makan, main2 je tu. Airis memang jenisnya tak pemakan. Kadang2 risau saya dibuatnya.

Lepas breakfast, pusing2 kejap dekat pool. Ingat nak celup2 kaki Airis dalam pool tapi mood Airis tak ok. Yelah, saya dah kacau waktu tidur dia kan. Tapi kalau nak tunggu petang, takut kami sedang berjalan ke luar




Menolak untuk diletakkan di bawah, mahu berdukung je

Sakan 2 beranak ni tidur. Tak sampai hati nak kejut. Tidur lah ye puas2, nanti dah bangun baru kita pusing2 jalan

Bertolak ke Zoo Melaka jam 12.30tghari. Dah tengahari, cuaca agak terik

Aktiviti wajib dalam kereta sebelum keluar ke mana2. Boleh la bertahan 2 3 jam...

Klip favourite ummi Airis ^_^




Airis. Nikmat terbaik dariNya

Ok, jom kita teroka Zoo Melaka




Saya beli kipas kecil Angry Birds supaya Airis tak berpeluh kepanasan. Tapi rupanya Airis takut kipas tu berputar laju. Jadi sudahnya saya kipas dari jauh la. hehe








Kami masuk ke Zoo Melaka tu sekejap je, tak sampai setengah jam pun sebabnya Airis gatal2 entah digigit serangga apa. Tergaru2 dia, sampai muka pun dah merah2 macam nak bengkak. Kesian lihat keadaan Airis, kami decide balik ke hotel je. Tak selesa nak berjalan dengan keadaan Airis yang begitu

Nampak tak atas bibir Airis dah kemerahan. Dekat mata pun sama

Kesian anak ummi. Lain kali kita pergi lagi ye...?

Balik bilik terus ok kot Airis. Takde gatal2. nampak sangat budak bandar tak boleh masuk hutan. hehe. Lepas mandi dan tidur, bila bangun saya tengok kesan2 gatal tu semuanya hilang. Lega rasanya...



p/s : Panjang sangat, sambung nanti la...Eh, esok ada game netball n volleyball. Wish me luck ye =) 


No comments:

Post a Comment