18 June 2013

Cuti2 Bersama Airis - Part II

Salam

Balik je dari Zoo Melaka petang tu, lepas dah mandikan Airis kami hanya stay dalam bilik je. Takda plan nak ke mana2. Memang tujuan kami pun ke Melaka ni lebih kepada nak relax dan santai. Berjalan2 pun sekadar ada sahaja. Selebihnya memang saya dan en. Abg mahu meluangkan masa bercuti bersama Airis. 

Malamnya lepas Maghrib kami keluar mencari kedai makan. Lepas dah pusing2 agak lama akhirnya berjumpa kedai yang berkenan di hati. Tak jauh mana pun tapi bila dah terpusing2 rasa macam jauh je perjalanan padahal bila balik ke hotel terasa kejap je.

Airis sakan tengok ayam. Seumur hidup tak pernah tengok ayam bila nampak ayam excited la. hehe. Oh ye, kedai ni harganya jauh lebih murah berbanding dengan kedai yang kami pergi semalam dan masakannya jauh lebih sedap. Disebabkan saya ni penggemar otak2, sebelum balik tapau sekali otak2. Sedap sangat, Airis pun suka.
Aktiviti malam sebelum tidur. Segala toys kami angkut, buat macam rumah sendiri katanya. hehe

Menu breakfast yang lebih kurang sama untuk hari kedua. Menu banyak tapi saya pilih yang sama je sebab jenisnya saya kalau suka yang itu, itu jelah.


Messy di pagi hari ^_^



"Pish, pish" ini dialog Airis bila nampak ikan. Sebutan Airis semakin clear sekarang dan semakin cepat tangkap apa yang kami ajarkan

Balik dari breakfast lepas dah tidurkan Airis terus kemas2 barang. Cadangnya nak check out sedikit awal sebab mahu pusing2 di Bandar Melaka

Saya suka bawa iron ke mana2 tapi kat Bayview Hotel ni memang dah provide iron dan iron board

Bersiap untuk check out




Family potrait sebelum meninggalkan bilik

Proses check out selepas menginap untuk 3H2M. Overall, saya puas hati dengan service yang diberikan

Bye2 Bayview Hotel. Sampai ketemu lagi di masa akan datang =)

Jom jalan!

Sebelum terus balik ke KL, singgah sebentar di sekitar Kota A'Famosa






















Sebelum bergerak balik, singgah dulu McD. Sepanjang 3 hari di Melaka, tiga3 hari tu lah wajib kami singgah di McD untuk mendapatkan bubur buat Airis. Sambil tu tumpang menjamu anak tekak sekali la =p


Airis makan sikit je, yang baki tu ayahnya yang habiskan =p

Dah habis bercuti di Melaka, sekarang sudah tiba masanya untuk pulang. Jom kita balik Airis!



Bos kecik senang hati dapat bercuti lama denga ummi dan ayah

Dan akhirnya, tidur kepenatan =)

p/s : Seronok rasanya bercuti macam ni. Tak perlu jauh2, asalkan bersama orang yang kita sayang. Thanks ye bang untuk cuti2 santai ni. Ummi suka Airis pun seronok =)

No comments:

Post a Comment