02 February 2012

Airis - Part 1

Salam

Just nak share gambar perkembangan Airis dari lahir hinggalah sekarang. Baru sedar betapa cepat masa berlalu. 3 bulan yang lalu, saya takut2 untuk mendukung Airis. Sekarang ni dah hebat. Lagi2 en. Abg yang hari pertama memegang Airis dengan penuh tertib. Hari ni lulus dengan cemerlang. hehe

Sebelum nak ke hospital. Saat2 akhir bergelar Mak B. hehe




Sehari sebelum deliver Airis. Masih senyum gembira dengan perasaan yang tak sabar. Tak sabar tunggu contraction. Boleh tak? haha. Tetibe rasa rindu nak bawak Airis dalam perut *_*




Muka bakal ayah yang turut excited. Bodek bakal ummi dengan belikan nasi lauk kari ayam. Licin saya makan. Orang lain nak deliver susah hati sebab cuak, saya pulak senang hati. Keadaan Labor Room langsung tak meresahkan saya. hehe




CTG scan. Hujung2 tu Airis dah mula bergerak dengan aktif. Tak sabar nak tengok dunia luar kot :)




Kesakitan yang berbaloi bila melihat si comel ni. Rasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Perasaan macam tu lah bila pandang Airis. Gambar ni bila saya dah ditransfer ke wad dan Airis dah wangi :)




Hari ke-2




Hari ke-3




30 Okt 2011 - Kita dah sampai teratak kayangan kita sayang :)






31 Okt 2011 - Tido lena. Keletihan mungkin sebab sepanjang malam tak lena tido sebab susu saya tak keluar lagi. Sama2 kami marhaban sepanjang malam. Kenangan betul. hehe




1 Nov 2011 - Airis kena tahan wad 3H2M sebab Jaundis. Dia takmo duk dalam katil kecil tu masa kena jemur. Sudahnya dengan saya sekali berjemur. haha.




3 Nov 2011 - Dah boleh kuar wad. Tq ibu Izan sebab temankan ummi bermalam menjaga Airis :)




Lepas ibu Izan urut, terus susu keluar mencurah2. Dapatlah Airis minum dengan banyaknye sampai tido tenganga mulut camni :P




4 Nov 2011 - Hari ke-8. Lepas kena jemur masa Jaundis, terus berubah kaler kulit Airis. Ni baru ikut ummi & ayah. hehe




7 Nov 2011 - Setibanya Airis di kampung selepas mandi malam. Bermula la musim berpantang ummi di kampung




11 Nov 2011 - Hari ke-15. 1st time pakai rompers yang ayah beli. Ngam2 sudah. huhu




13 Nov 2011 - Hari ke-17




14 Nov 2011




19 Nov 2011 - Time ni sebijik rupa Mak Lang waktu kecik2 dulu. hehe



20 Nov 2011 - Genap Airis 3 minggu. Geram je tengok pipi dia yang gebu tu. Tido dgn kain batik ummi, rasa selamat je kan syg :)




27 Nov 2011 - Airis sebulan




11 Dis 2011 - Sehari lepas kena botak. Terus berubah wajah Airis. Selamat tinggal rambutku ^_^




18 Dis 2011 - Otw balik ke rumah. Mak Long Mai yang bagi crochet hat ni. Red color yang sgt hot. Tq Mak Long :)




21 Dis 2011 - Hari ke-55




9 Jan 2012 - Dah mula belaja tido meniarap. Tengok jari montel dia tu. Rasa nak gigit2 je. hehe




24 Dis 2011 - Semua kaler pink. TQ Mak Tok buatkan Airis tilam & bantal pinky2 ni :)




10 Jan 2012 - Hari ke-75. Baju Mak Lang bagi ni dah muat2 je. Lain kali beli besar skit Mak Lang. Airis kan cepat membesar. hehe




12 Jan 2012 - Dah pandai isap jari. Duduk senyap ini keje dia rupanya :)




10 Jan 2012 - Airis dah mula boleh genggam jari ummi. Kadang2 bila susukan dia, dia pun sibuk jugak nak memegang. Sekarang ni kalau sandar kat bahu ummi, dengan tudung2 ummi pun dia nak pegang. hehe




12 Jan 2012 - Hari ke-77. Membulat dengan jayanya :p




15 Jan 2012 - Hari ke-81. Semakin kuat mengangkat kepala




Puteri ayah yang manja. Kalau tengah merengek, ayah dukung bawa jalan2 terus senyap. Bila ayah bawa pi depan cermin, senyum2 manja :)




20 Jan 2012 - Hari ke-86. Hari pertama sampai rumah nenek & atok KL. huhu




Kongsi sekali gambar hadiah dari ibu Izan. TQ ibu Izan :)



5 comments:

  1. Assalam...
    Seronoknya tengok gambar2 baby Airis... Hilang sekejap rase rindu kat dia.. Memang comey sgt2, teringat plak kat kakak Najwa dia masa baby dulu2.. he he he
    Tak payahla tunjuk rantai tu dik, seganla pulak, bukan besar manepun dan itu aje yang ibu izan dia termampu... ;)
    InsyaALLAH, jika ibu izan ada rezeki lebih lagi nanti boleh kita kongsi bersama ye baby Airis cayang...
    Muuuuaaaaahhhh... caaaaayang kamu semua...

    p/s: kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis.. lu pikirla sendiri.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Kalau rindu sgt mai la dtg umah. Leh mandi kolam skali.Aha la kak, ada iras kak najwa skit masa kak najwa kecik2 dolu. Abis, masa mengandung dulu ummi Airis sokmo mengadap ibu kak Najwa. Mana tak sama rupanya. Harap2 kebaikan ibu kak najwa pun melekat kat Airis :)

      Tak kisah besar ke kecik kak. Org ikhlas bagi. kite terima dgn tangan terbuka. Bertuah badan Airis. Ummi dia pun tak sempat nak bagi dia merasa dulu.hehe

      Kawan ketawa memang senang nak dicari kak. Lagi2 kalau ketawa berdekah2. Tapi kalau kawan menangis, usah kata nak pinjam bahu, pinjam telinga pun belum tentu boleh. Biar kurang kawan ketawa, tapi ada kawan menangis. Tak gitu? :)

      Delete
  2. salam..

    lama dah baca blog awak..drp zaman awak preggy lagi.. sbb EDD kita time tu lebih kurang jek..

    alhamdulillah..da besar airis.. rasa sekejap je kan tgk anak membesar.. kadang2 rasa macam tak terkejar kan.. rasa mcm baru semalam jek deliver..hehe..

    tp pengalaman jadi seorang ibu adalah pengalaman yg terindah.. kan..:D

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Yeke dayah? TQ :)
    Alhamdulillah, Airis membesar dengan sihat. Sejejap betol masa berlalu. Tau2 dah 3 bulan. Sakit bersalin dulu pun terbayang2 lagi. hehe
    Yup!Pengalaman jadi ibu sgt indah. Bermula dari nothing, pelan2 kite belaja uruskan baby. Sangat manis utk dikenang :)

    ReplyDelete
  4. Assalam..
    Akak nak bagi pinjam bahu ngan telinga pun kena tengok org jugak dik, kalau stakat hari2 nk mintak pinjam telinga utk menipu n mengumpat hal org lain or kwn2, sorila malas nk layan.... Pegila cari yg sewaktu dan semulut dgnmu utk jadikan 'pedoman' dan 'bersatu' samada secara sukarela atau paksa...;)

    p/s: sharing is caring, caring is loving...

    ReplyDelete