13 February 2012

Sepuluh Sen Dan Sembilan Puluh Sen

Salam

Pagi ni saya beli breakfast di tempat biasa, berdekatan dengan stesen Star LRT Titiwangsa. Menu pun seperti biasa. Bihun goreng+telur mata dan bihun goreng+paru sambal. Ditambah dengan cekodok pisang. Itulah menunya setiap kali saya singgah di kedai makcik tu. Cuma kadang2 kuehnya saja yang berubah. Kadang2 karipap, cuma kebelakangan ni je saya memilih cekodok pisang. Entah kenapa, kepingin benar dengan cekodok pisang ni dari membuyong dulu.

Biasanya harga untuk kedua2 bihun dengan lauk yang sama tu, harganya RM5.30. Selalunya makcik tu yang bungkuskan untuk saya. Tapi kali ni suaminya pulak dan lepas siap bungkus bihun2 tu, harga yang diberi RM5.20. Saya pun ok lah, walaupun dalam hati pelik sikit sebab biasanya makcik tu bagi saya harga RM5.30, sepuluh sen lebih dari harga yang diberi pakcik tu.

Saya ambil 4cucuk cekodok pisang dan bersedia untuk membayar. Tibe2 saya terdengar makcik tu bertanya pada suaminya, "Lima ringgit tiga ke lima ringgit dua?". Pakcik tu terus reply "Lima ringgit tiga"

Saya agak terkejut. Seposen pun nak kire ke? Biar betol?

Ok, saya faham. Dia meniaga, seposen tu adalah keuntungan bagi dia. Yelah cuba kalau kite kire. Seposen tu baru saya seorang. Kalau 10 org? 20 org? 30 org? Tak ke banyak tu. Rugi lah makcik pakcik tu kan. Tapi... takda lah sampai tahap bankrup bisnes dia kan.

Sebagai pembeli, saya tak kisah pun berapa harga yang diberi. Dan bagi saya sepuluh sen tu pun tidaklah besar mana. Saya boleh bayar. Tapi...macam mana nak cakap ye.. lebih kurang beginilah. Kalau kita tak berkira dengan orang, orang pun tak berkira dengan kita. Dan besar kemungkinan akan datang semula ke kedai kita. Ditambah pulak kalau muka kita manis je *Muka makcik tu xdelah masam tapi sepanjang saya menjadi pelanggan dia, sekali je dia cakap terima kasih. selebihnya nan hado. huhu*

Bila dicongak, semuanya RM7.80. Kata makcik tu la. Tapi bila saya sendiri yang mengira, hanya RM6.90. Ikutkan saya malas je nak bagitahu makcik tu yang dia salah kira. Tapi disebabkan dia berkira sangat sepuluh sen dia tu, saya pun mintak dia kira balik. Memang RM6.90. Nampak saya kedekut tak? huhu

Kesimpulannya, saya akan halalkan sembilan puluh sen yang terkurang tu jika kena dengan caranya. Tapi bila dikenang, terus terbantut niat. Saya tak mahu beramal kalau keikhlasan tak bertandang di dalam hati. Bisa memakan diri saya semula. Berkira pun berkira la ye =p


p/s : Dapat makan mee goreng yang best. TQ Kak Izan. Hari2 u sponsor i, bolat la i pasni.hehe

2 comments:

  1. Assalam...
    Adat org berniaga dik, ada yg berkira sgt2 dan ada yang niat lebih kurang sedekah...Tapi yang berkira sgt2 tu la yg akan cpt kayo.. Dan yg niat terlebih kurang sedekah tu biasanya lambatla sikit kayonya tapi insyaALLAH rezekinya pasti melimpah ruah.. Yang penting niat dan keihklasan dihati ye.
    Tapi kalau berbuat sesuatu asyik nk minta balasan mmg xde gunanya, lebih baik tak payah..

    p/s: biarla badan bolat dik asal ikhlas dgn orang dan abang sayang... Dah 19 tahun akak berbadan bolat tp alhamdulilLAH abg tetap sayang dan tak lari punnnn.. insyaALLAH...;) he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Betul kak. Kalau fikir nak untung je takut tak kekal lama. Tapi orang tak fikir tu, dia fikir jalan cepat je. Selagi ada peluang, semua sapu.

      p/s: akak bolat bukan sebarang bolat, penuh ilmu pengalaman hidup di dada. mana suami tak sayang kalau serba berjaga. bukan kata suami nak lari, fikir nak lari pun tak terlintas dek fikiran dia. luaran cantik, tapi dalam tak berapa nak cantik nak buat apa...

      Delete