15 February 2012

Senaman Di Pagi Hari

Salam

Hari yang agak rushing

Pagi2 buta terpaksa turun ke kereta sebab pump tertinggal dalam bonet kereta. Naik2 basuh pump dan start mengepam. Dah makan masa 1ominit di situ. Pukul 6 baru berkesempatan mandi. Ngam2 habis mandi azan pun kedengaran.

Habis solat kemaskan susu untuk diberi kepada pengasuh. Biasanya keje ni saya lakukan pada malam hari selepas tidurkan Airis. Tapi sebab malam tadi dah sampai rumah pun lambat dan Airis pun dah mengantuk sangat, saya tidurkan dia dulu. Ingatkan lepas tu boleh la saya kemas2 apa yang patut. Alih2 dengan saya tertidur sekali. huhu. Mujur beg Airis ke rumah pengasuh dah dikemas.

Sudahnya pukul 6.30 baru saya habis bersiap. en. Abg dah kejutkan Airis. Terkocoh-kocoh saya tukarkan baju dan pampers dia. Airis pulak kalau bangun tidur pagi memang happy semacam. Bukan main sukalah dia time tukar baju tu. hehe

Dalam kereta nak dekat sampai rumah pengasuh, Airis dah tertidur. Alamak! Sakit perut lah. Hantar je Airis terus lari ke rumah emak. haha. Ha, dah lari waktu dari biasa. Biasanya pukul 7.15 saya dah sampai di LRT. Ni dah tersasar ke 7.25. Elok2 je saya nak turun kereta, satu tren datang dan berlalu pergi. Kuciwa la hati. huhu

Sudahnya tingga lagi 7 8 minit sebelum jam 8. Sedangkan perjalanan dari LRT ke ofis makan masa lebih kurang 10 minit. Dalam hati fikir sempat ke tak ni. Maknanya say bye2 la to lenggang kangkung. Breakfast pun tak sempat beli. Mujur Kak Izan sudah belikan untuk i. TQ very much kakakku =)

Datang2 terus kejar lif yang kebetulan terbuka. Alahai, nak cepat ni penuh pulak lif. Rezeki di pagi Rabu, satu pintu lif lagi terbuka. Lega... Keluar je pintu lif dengar lagu warning punch card. Cepat2 punch card. Ngam2 pukul 8 =)

Keadaan sekarang menuntut saya lebih pantas dan cekap. Tidak lagi boleh berlambat-lambat. Kalau buat jugak, mulalah kelam kabut. Ada je yang tak kena. Ini tertinggal, itu tak complete. Memang mula2 saya rasa payah terkejar2 ni, tapi lama2 saya dah boleh adapt. Sehabis boleh mahu punch card semua berwarna hitam. Saya tak mahu jadikan urusan di rumah sebagai alasan tak sempat sampai di ofis pada waktunya.

Teringat dialog saya pada en. Abg pada pagi hari ketika nak bertolak ke Seremban untuk menghadiri majlis pertunangan adik "Perasan tak sekarang orang dah cepat bersiap?". Balas en. Abg "Aha, perasan".

Saya tergelak dan bermonolog sendiri. Ingatkan selama ni saya dah sehabis cepat bersiap. Yela, saya ni bukan jenis bermekap. Hanya tepek moisturizer Olay dengan compact powder Silky Girl. Kalau datang angin rajin, saya calit la eye liner Avon. Benda alah ni 5 minit pun dah siap kan. Belum lagi saya bermekap bagai, berjanggut agaknya en. Abg menunggu. Kira untunglah en. Abg dapat isteri yang macam saya ni, low maintenance. haha

1 comment:

  1. Assalam….
    Alhamdulillah…takpe dik, bersusah payah terkejar sana sini pagi-pagi hari, akak pun mcm tu jugak hatta punch kad merah sesekali pun takpe asalkan kita jujur dgn diri sendiri dan tidak ‘MENIPU’ ataupun menyusahkan kwn2 kerana terpaksa tolong punch pagi petang dan ‘terpaksa’ tolong sainkan kad kita… (sesekali merah ok tp jgn pulak sampai lebih sepuluh kali setiap bulan, teruk sgt tu… rugi majikan nanti, lebih baik berhenti aje… oppppsss)

    Dik, akak nak nasihatkan pun, akak tidaklah sesempurna mana tp selalu mengingati diri sendiri dan kaum keluarga akan betapa pentingnya menjaga solat 5 waktu.. Solat 5 waktu adalah tiang agama dan kalau kita jaga dgn baik pasti kita akan fikir byk kali utk nk buat perkara2 yg tak baik…(tapi jgn pulak solat sebab hanya nk tunjuk kat kwn, tu yg terlebih/ kurang rakaatnya, kena ikhlas krn ALLAH ye). Tapi seandainya jikalau dipermulaan hari kita keluar utk mencari rezeki, kita dah menipu so mcmana kita nk teruskan kehidupan sepanjang hari dan hari2 berikutnya tak mustahil kita akan terus menipu dan menipu dan terus menipu dalam segala hal… Kita boleh menipu sesame manusia (hatta bos ataupun suami sendiri) tp kita kena igt setiap detik ALLAH melihat ape yg kita lakukan… (Opppppsssss jgn ngadu kat suami sambil nangis2 pulak ye, akak hanya nasihat aje utk kebaikan dan renungan kita bersama tau..)

    Akak selalu igt pesan bos lama masa kerja di Mahkamah Tinggi dulu, w/pun dia bukan seorg ustaz tp cara dia ckp mmg mengagumkan, pesannya; kalau kita kluar sarapan pagi, mkn tengahari atau shopping (urusan peribadi) pada waktu bekerja kita hendaklah ganti semula waktu yg kita telah gunakan tu sbb katanya gaji yg kita kaut setiap bulan tu akan menjadi darah daging kita dan zuriat kita so jgn salahkan org lain sekiranya zuriat kita tidak menjadi manusia yg baik kemudian hari.. Wallahua’lam…

    Tapi kekadang kita tak perasan kita kluar sarapan pagi, mkn tghari n shopping, pergi pukul berapa n balik smula pukul berapa??? Hatta dtg pejabat pulak pukul berapa tp kalau waktu balik mesti nk tepat w/pun masuk keje pukul 12 tgh (tapi punch kad tetap tak merah????). Lg bertambah sedih kalau kita ‘ter’balik rumah dan tak masuk kerja semula..

    Kesimpulannya ; Sama2lah kita beusaha dan berdoa serta saling ingat mengingati agar ank2 dan keluarga serta keturunan kita makan dari sumber yang halal dan semoga dijauhkan dr termakan benda2 yg syubhah… nauzubillah… Renung2kan dan selamat beramal…

    p/s: kawan menipu, mengulas, mengular, mengumpat senang dicari dan ada dimana-mana hatta disurau tapi kwn yg ikhlas kena cari sendiri ye…;) (Maaf ye dik, sekiranya ada ayat akak yg terkasar…)

    ReplyDelete