14 February 2012

Cucuk 3 bulan

Salam

Hujung bulan lepas, 31 Jan saya bawak Airis cucuk 3 bulan. Sepatutnya appoinment asal 3ohb tapi memandangkan saya ada kursus hari tu, so postpone ke 31hb. Kali ni saya pi slot petang sebab pagi doc takda.

Saya tak tahu pulak yang petang2 ni tak ramai orang. Sebelum ni cucuk sebulan dan 2 bulan Airis memang saya pergi pagi. Ramainya orang jangan cakapla. Rasa macam menunggu dekat Klinik Ibu & Anak Kg. Pandan je. Seat sana sini penuh. Dah tau, lepas ni memang saya pilih slot petang jela. Bukan apa, kesian Airis kena tunggu lama. Saya pun malas asik nak kena cari port bf dia. Tak bf kang dia merengek manja. hehe

Ni dia budak yang kena cucuk tu. Dengan hepinya datang ke hospital. Padahal lepas ni nak kena inject ^_^








Tunggu turn nak timbang berat dan ukur tinggi. Berat Airis 6kg, tinggi 59cm. Amboi, bukan main gedebob lagi ummi Airis ni. huhu. Senang hati, makan banyak. Bersedialah untuk menerima padah =p






Payah betol nak snap gambar Airis ni. Ummi lak baru nak explore cik S. Takda skill la ummi ni. hehe





Macam last time punya cucuk, Airis maintain cool. Langsung tak menangis. Doc dan nurse cakap hari tu baby semua behave. Takda nangis2 masa kena cucuk. Tapi semalamnya semua pakat menangis. Macam berjanji-janji pulak. hehe

Saya ikut petua Kak izan, sapukan minyak yu yee kat tempat yang kena inject tu untuk elakkan demam. Alhamdulillah, setakat ni lepas inject Airis tak pernah demam. Mudah2an terus macam tu.

Hari ni pun dah setengah bulan Februari berjalan. Hujung bulan nanti cucuk lagi, Airis dah 4 bulan. Pantas betul masa berlalu. Pejam celik Airis di depan mata, 3 bulan setengah sudah saya dan en. Abg bergelar ummi dan ayah. Dan si bam2 pun dah semakin keletah buat ummi dan ayah terhibur =)


p/s : Kuat betul cukur bantal Airis. Bila la rambut Airis nak tumbuh sepenuhnya ni. Nak main tocang2 =p

No comments:

Post a Comment