27 January 2012

Hari Pertama

Salam

Hari pertama kembali bekerja =)

Tamat sudah musim beradu di teratak atas kayangan. Tamat sudah musim bersantai2 bersama si kecil Airis. Selamat tinggal cuti yang panjang =)

Maka sekarang sudah bermula kembali rutin menggosok baju setiap hari. Hidup berubah, rutin pun berubah. Kalau dulu gosok baju tiap2 hari, sekarang ni kenalah gosok secara pukal setiap minggu. Kalau tidak tak bergosoklah baju2ku itu. Takut terhanyut sekali masa tidurkan Airis. Takkan nak pakai baju tak bergosok ke opis. Oh tidak!!! Buat malu en. Abg je isteri dia ni pemalas. Kesian suami i. huhu

Perkara pertama sekali yang saya buat ketika sampai ke opis, melihat keadaan tempat kerja yang telah lama ditinggalkan. Masih sama seperti dahulu. Cuma wardrobe sisi meja tidak seperti ditinggalkan dahulu. Pintunya tercabut. Sapa punya keje lah ni. Aihhh....

Hari pertama memulakan kerja, saya masih di awang-awangan. Masih mencari rentak di mana hendak bermula. Cuti 3 bulan kan, zero kepala otak i ni =p

Pagi ni, secara langsungnya Airis saya tinggalkan bersama pengasuh. Sebelum ni hanya tempoh pengenalan. Sekarang ni dah sepenuh masa. Satu lagi episod baru bermula. Harap ummi dan Airis sama2 boleh serasikan diri dengan situasi baru ni =)

Alhamdulillah demam Airis dah kebah. Cuma selsema yang masih bersisa. Kesian tengok si bam2 tu, rasa dia x selesa je dengan keadaan hidung yang tersumbat tu. Mujur dalam keadaan kurang sihat tu Airis tak meragam. Cuma kurang aktif je. Celoteh dia pun kurang la, tak macam ketika betul2 sihat. Harap2 cepatla hilang selsema dia tu. Nak disedut, ummi xpandai sedut. Puas buat, tapi tak menjadi. Lubang hidung Airis kecil sangat la. hehe

Tak sabar nak balik, nak cium dan gomol2 Airis. Harus balik on time ni ^_^


p/s : Janganlah ujan.huhu

2 comments:

  1. Assalam...
    Mcm tu la dik kalau dah berumahtangga dan punya anak, segala rutin hidup mesti berubah dan pastinya tanggungjawab akan bertambah.. Tapi kalau setakat malas sikit2 tu, insyaALLAH suami masih boleh terima lagi tp kalau mulut selalu mengeluarkan perkataan yg tidak baik, itu yg boleh buat suami lari dik.. Kan segalanya bermula dari rumah... ;)

    Bersamalah kita hayati sepotong hadis dibawah ini...
    "Tidak akan masuk syurga bagi isteri-isteri yang bermulut kotor terhadap suaminya.."
    Semoga kita tdk tergolong dlm golongan ini...
    Renung-renungkan dan selamat beramal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Aha kak.. Saya masih dalam proses serasikan semua perubahan ni. Alhamdulillah suami pun faham dan kitorang sama2 tengah belajar.

      Betul kak, semua bermula dari rumah. Kalau cantik adab dan bahasa di rumah, suami pun senang hati. Nak melekat kat rumah. Nak lari dari rumah pun fikir masak2. Ni kalau dah hari2 mulut tak reti nak jaga, aib suami dibuka nak salahkan sapa. Tu yang suami lari sehelai sepinggang.

      Anak2 pun kalau dah hari2 tengok depan mata, lama2 masuk dalam hati. Anak2 belajar dari perlakuan kita. Kalau cakap benda tak elok dah jadi tabiat harian, lama2 terikut lah anak. Kan kita yang bentuk dorang.

      SEMUANYA DARI RUMAH kak... Tapi rumah sendiri la ye. Kalau menumpang kena la ikut cara tempat yang kite tumpang, baru orang suka nak bagi tumpang.

      TQ hadis tu. Moga2 saya jadikan panduan.

      Delete