26 January 2012

Balik Kampung Celebrate CNY

Salam




CNY lepas balik ke Kluang. Cuti panjang, bawak Airis balik kampung. Tujuan asal sebab nak menghadiri majlis aqiqah anak buah, Qila. Cuti pun panjang, dapatla berlama-lama sikit kat sana.




Since Isnin tu free, kitorang dgn mak abah balik la kampung kat Batu Pahat. Sekarang ni kat sana tengah musim durian kaw2 punya. Cik Man kata hari2 buah gugur. en. Abg, bila dengar pasal durian ni makin excited la dia nak balik. Layankan aje, biar dia lepas gian. Rumah dan kereta i kan kawasan larangan kemasukan durian. Tapi itu dulu la, sekarang boleh da. Sebab i pun macam dah mula berjinak2 kembali dengan durian ni. hehe




1st time bawak Airis balik Batu Pahat. Jom Airis! Kita balik kampung =)




Seumur hidup saya tak penah kutip durian. Arwah atok ada tinggalkan dusun durian untuk ayah saya dan pakcik2, tapi tak pernah terpikir sekali untuk turun padang masa musim durian. Sebab minat saya pada durian ni telah lama pudar. Sedangkan masa kecik2 dulu, kira hantu durian jugak. Mungkin sebab perubahan usia kot. Yela, bau durian ni kan semerbak sangat. Tu yang saya tak berapa gemar tu...




So, kesempatan balik ke Batu Pahat ni saya gunakan untuk ambil pengalaman baru. Takdelah pengalaman hebat mana, takat kutip durian gugur je. Bak kata Cik Man, saya ni orang KL. Mana penah buat semua ni. hehe. Apalagi, turun padang la saya. Lagipun dekat je, Betul2 belakang rumah Cik Man. Airis tak ikut la, tinggalkan dia dengan mak toknya. Ummi ada keje sikitlah sayang =)




Peminat setia durian. Siap bau dulu tu. Tak menahan =p










Sekejap je dah dapat banyak ni. Semuanya comei2 belaka. Tapi isinya best, kucing tido tu. Mantap!










Ada gaya tokei durian la bang...hehe










Saya jumpa durian ni. Nak? ^_^






















Yang ni wajib ada. Gambar tempelan berkasih sayang. haha










Ada bakat terpendam gak i ni. hehe










Akhirnya makan jugak. Merasalah 3 ulas, buat syarat. Kembali menjadi keturunan Yob sejati. haha










Tu dia, peminat setia durian sibuk mengopek durian. Punyalah banyak. Belum masuk hasil yang semalam dan yang lepas2 punya. Siap buat tempoyak 2 bekas lagi.










Lepas kutip durian, orang KL ni petik rambutan pulak. Sikit punya terliur tengok rambutan tengah merah menyala sana sini. Isinya? Sepadan dengan rupa. Tersangatlah sedap.










Tak payah kait yang tinggi, petik aje yang rendah depan mata










Meh i pulak yang petik. Bertahun lamanya tak buat keje ni. Tu yang excited. hehe










Kak Izan, ni i petik khas untuk u tau. i tau u suka kan? =)










Kat rumah Wak Ru, tengok baby Uzair yang masih dalam hari. Patutnya sebaya dengan Airis dan Qila, tapi lambat keluar, dah jadi junior =)








No comments:

Post a Comment