Salam
Diam tak diam hari ni usia Airis dah mencecah 79 hari. Lebih kurang 2 bulan setengah la. Dan selama itu jugaklah saya asyik bergumbira menikmati tempoh cuti panjang yang hanya tinggal beberapa hari lagi. 2 minggu lagi sebelum meninggalkan Airis bersama pengasuh dan memulakan kembali langkah mencari rezeki.
2 bulan setengah yang sarat dengan momen2 manis yang didatangkan dalam pelbagai keadaan. Dari hari pertama Airis dilahirkan sehinggalah ke saat ini, saya masih belajar. Belajar untuk mengenali sifat dan lumrah Airis yang sentiasa berubah-ubah. Hari ni Airis macam ni ragamnya, hari esok lain pula ragamnya. Tapi ragam Airis pun setakat ragam biasa je. Bukan salah Airis, salah saya sebab masih kekurangan ilmu untuk menjaga si anak. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar insan2 terdekat, saya belajar untuk menangani sebarang situasi. Terima kasih semua :)
Banyak perubahan Airis yang berlaku depan mata saya. Setiap hari saya meneroka perubahan Airis. Sedang asyik bermain dengan Airis, disajikan saya dengan skill baru yang membuat saya tersenyum. Tak kira apa saja yang Airis buat walaupun bagi sesetengah orang hal yang remeh, bagi saya itu satu kemajuan. Sebab hari2 saya menatap dan membelai Airis, hanya saya yang lebih mengetahui.
Airis sekarang suka sangat hisap tangan. Digenggam tangan, lalu disua ke dalam mulut dan dihisap. Begitu asyik sampai berdecap2 bunyinya. Tak dapat tangan, dihisapnya bahu saya ketika didukung sampai basah baju. Tau2 je dah basah baju ni :)
Waktu paling ceria Airis masa bangun tidur lagi2 bangun tidur pagi. Bukan main ligat lagi kaki dan tangan dia. Kalau ditegur, disahutnya dalam bahasa dia. Saya pun balas je la dalam bahasa dia. Apalagi, tersengih2 la dia. Tiap kali en. Abg memberi salam masa bagun tidur pagi dan bila pulang dari keje, bukan main meleret lagi senyum dia. Hai la anak ummi...
Sekarang Airis dah boleh terima susu botol. Kalau dulu bukan main meraung dia menolak botol tu, sekarang dah boleh berkompromi da. hehe. Tapi minumnya xsekerap menyusu badan la. Takpela, janji nak kan. Saya terbaca satu post di blog Cikgu Azleen, anak2 kita ni bijak apabila menolak susu yang diberikan melalui botol. Sebab dia tau bezakan mana yang ori dan x ori. Yela, sehebat dan secanggih mana pun puting yang direka tu, takkan sesekali dapat menyerupai puting susu ibu yang sebenar. Dan pada saya susu botol takkan memberi feel yang sama. Cuba tengok reaksi anak kita kalau menyusu, compare dengan hisap botol, kan beza tu. Airis kalau menyusu muka feeling semacam je. hehe
Airis xmenangis kalau mandi. Lagi suka adalah. Maybe dia rasa mandi tu segar je. Tapi waktu nak pakaikan baju, yang ni mula menguji skill saya. hehe. Time tu la dia isap tangan, time tu la nak tendang2, time tula nak menggeliat dan time tu la dia nak angkat kepala. Oh ye, Airis dah boleh angkat kepala lama nak2 time saya pangku dia masa menyuso botol. Dah macam bentuk udang badan dia.hehe
Masa cucuk 2bulan tu, berat Airis dah mencecah 5.6kg, Tinggi dah 58.5cm. Alhamdulillah, lepas cucuk tu Airis tak demam. Menangis pun masa masuk jarum je. Lepas tu dah cool balik kecuali masa part nak bagi dia minum susu botol dia tu.hehe. Sebelum cucuk tu, sempat lagi dia main sengih2 dengan doctor. Anak ummi ni tak takut jarum ke. Macam ummi ni =p
Airis dah boleh tendang toys2 yang bergantung kat playmat dia!!! Yang ni baru je saya nampak tadi. Sebelum ni takat pukul2 pakai tangan je, sekarang dah boleh kick toys2 tu. Gud job sayang!
p/s : Tempoh 2 bulan setengah ni berlalu dengan pantas. Lepas ni bila berada di ofis mesti saya rindukan Airis. Takpela, ummi cari rezeki sayang :)
ai nini!!da nk msuk 3buln r anak yea...anyway fre2 jengukle my blog gak..heheheee....
ReplyDelete