22 August 2014

Aidilfitri 2014 - Part 1

Salam

Tahun ni giliran beraya di KL. Tapi bila kata giliran beraya di KL tu bukanlah bermaksud tak balik Kluang langsung, cumanya pagi raya tu berada di KL. Beraya dengan keluarga KL terlebih dahulu.

Sebelum ni, kalau giliran bersama keluarga saya, kami akan beraya di kampung halaman ayah saya di Perak. Beberapa hari sebelum raya dah bergerak balik ke sana nak buat persiapan menyambut Aidilfitri. Tapi Aidilfitri tahun ni ada sedikit kelainan dari tahun2 sebelum ni. Kami sekeluarga hanya akan bergerak ke Perak selepas solat sunat Aidilfitri. Kira lepas bersalaman dan kenyang perut suka hati, barulah bergerak balik ke kampung.

Disebabkan acara makan2 pagi raya tu diadakan di rumah saya, maka operasi mengemas wajiblah dijalankan. Sebenarnya bukan sebab tu je, dah memang hajat dalam hati nak kemas rumah nak2 lagi nak raya ni. Nak buang mana barang2 yang tak perlu. Bagi sedap sikit mata memandang.

Jadinya pagi Sabtu tu berkemas la suami isteri ni. Kejap je siap sebab kemas berdua nak2 lagi en. Abg ni memang pantas bab kerja rumah. Tau2 je dah siap. Part mengemas ni memang banyak dia je, saya tolong mula2 je lepastu dah beralih sepenuhnya ke dia sebab anak dara dah merengek2 nak tido. Nak mengempeng sama dengan ummi.

Antara barang yang ditapis. Entah manalah datangnya.. Err..kuda rotan Airis tu tak termasuk dalam senarai ^_^

Lepas dah selesai operasi mengemas, petang tu keluar jap ke Aeon Cheras Selatan, menemankan en. Abg shopping last minit. Alang2 tu berbuka kat luar sekali

Budak suka hati dapat jalan2. Yela, selalu duk kat umah mama je, bila weekend ni seronoklah agaknya dapat berjalan dengan ummi ayah

Berbuka kat Secret Recipe


Muka macam penat sangat =p

Balik dari Aeon, ingatkan terus tido si kenit ni rupanya sibuk meninjau ke rumah atok nenek

Ahad malam layankan bebudak ni main pop2




Ok, habis story sebelum raya. Kita story pasal raya plak =)


Tahun ni giliran kami adik beradik beraya bersama keluarga. Memang dah plan, beraya tu biar sama sebab baru rasa meriah nak ke mana2. Setakat ni semuanya ok lagi sebab kalau kami dah bergerak ke rumah mertua masing2, ada adik bongsu menemankan mak dan ayah. Kalau giliran kami beraya dengan mertua pun still ada adik. Tapi kalau adik pun dah kahwin nanti, maybe kena tukar plan. Itu nanti kita tengok macam mana. hehe

Untuk pagi Syawal tahun ni, kami sambut di KL dulu. Lepas solat sunat Aidilfitri, bersalaman sesama sendiri dan menjamu selera, baru bergerak balik ke Perak. Kami kat Perak tak lama pun, habis mengunjung ke rumah saudara mara terdekat, Ahad tu dah bergerak balik ke KL semula. 

So pagi raya tu sementara tunggu yang solat tu balik dari masjid, layankan dulu tiga beradik ni bergambar.

Waiz, Airis dan Amani, Beza setahun je dorang ni, tu tengok lebih kurang je size badan, Nak2 lagi Airis dengan Amani beza 6 bulan je

Macam2 gaya, macam pose budak2 ni. hehe



Paling suka gambar ni, comel2 je =)

Inilah buah hati atok n nenek. Atok tu selalu je nenek tunggu balik kerja, rupanya dah melencong ke Senawang menjenguk Waiz n Amani, Airis hari2 dah jumpa.

Sorang lagi buah hati atok nenek. Yang paling bongsu, baru masuk 4 bulan. Hannah bam2. Tunggu besar sikit Hannah, boleh la join abg n kakak2

Kakak Airis pun sayang adik Hannah. Walaupun kadang2 jeles tengok ummi dukung Hannah ^_^

Lepas dah bersalaman dan makan2, sebelum bergerak ke Perak kami singgah dulu ke kedai gambar. Tahun ni pakat2 nak tangkap gambar keluarga kat studio



Sementara tunggu anak2 ambil gambar keluarga

Hannah dah start merengek nak tido



Tahun ni tema dark grey. Pertama kali saya betol2 sedondon dengan Airis

Tahun ni still tangkap gambar keluarga kat studio. Mula2 taknak sebab nak guna gambar tahun lepas je. Tunggu sampai ahli keluarga bertambah, baru buat family potrait lagi tapi en. Abg kata nak buat kenangan. So layankan jela, Ti kat rumah BA kita gantung berturut2 kat tangga. hehe



Hannah bantai menangis volume high punya. hehe.


Family potrait Aidilfitri 2014

Ok, mari kita bergerak. Ini sebelum Airis bantai tido sepanjang perjalanan dan hanya sedar bila dah sampai ke home stay

Kat Perak kami menginap di Home Stay Cinta Hati untuk 1 malam. 

Best home stay ni. Rumah baru, keadaan sangat selesa dan memuaskan. Ada 4 bilik dan 4 bilik air. Semua bilik provide aircond. Memang berbaloi

Bergambar dulu sebelum masuk rumah






Anak bujang dah buka baju


Gambar tak rasmi Syawal 2014 =)


in love =)









Puan kecil nak explore rumah

Lepas dah rehat dan segarkan diri, lepas Asar kami bergerak ke kampung. Moh kita beraya!!!

Along. Alang, Angah. Bajet masing2 anak dara. haha

Along. Ayoy. Angah. Adik je masih available =p




Ke rumah arwah Pak Lang. Rumah pakcik2 semua berdekatan. Jalan kaki pusing2 je

en. Abg masih steady dan gagah perkasa untuk beraya =D



Dalam pukul 9 malam habis beraya ke rumah pakcik2. Perut pun dah kenyang sebab dah makan macam2. Menu wajib setiap rumah is lemang tapi perut akak ni dah penuh sangat. Jamah mana yang larat je.

Kalau ikutkan saudara mara kat sini memanglah ramai tapi kami beraya yang wajib je. Takpelah ada rezeki tahun depan bertandanglah kami. Takpun tahun2 akan datang. Heee


p/s : 2 hari berturut2 jamuan raya. Makin bertambahlah lemak2 degil akak ni dik non oiii. Ahaiiiiii!!!!

05 August 2014

Home Sweet Home : Progress Azalea

Salam

Rasanya dah lama xupdate story pasal si cantik manis Azalea kan. Last progress yang sempat saya update masa September tahun lepas. Dah beberapa bulan berlalu ni, memang banyak perubahan. Oh ye sebelum tu. Selamat Aidilfitri untuk semua =)

Saya pun dah lama tak menjenguk perkembangan si Azalea tu. Kalau dulu hampir setiap 2 minggu rajin kami tiga beranak pusing2 sekitar BA tu tengok apa progress terkini. Kali terakhir terpandang sekilas masa otw ke rumah adik untuk berbuka bersama keluarga. Maklum la, dari rumah saya kalau ikut jalan dalam boleh tembus ke rumah adik. Itu pun tengok dari jauh je.

Ada juga yang bertanya saya pasal Azalea. Ramai bertanya detail info, mungkin yang bertanya tu pun sedang mencari rumah impian macam saya dahulu. Sayangnya, Azalea Phase 1 dan Phase tu dah sold out lama dulu. Kalau ada sekarang pun, sub sale dari property agent yang sah2 ambil untung atas angin 100%. 

Lepas Phase1 dan Phase 2 sold out macam pisang goreng panas *info dari developer semua unit rumah Phase 1 laku dalam masa sebulan je*, developer open untuk jualan 3 storey. Info yang saya dapat dari group fb BA, starting price untuk 3 storey bemula dengan RM519K+++ untuk lot intermediate bagi bumiputera. Keluasan rumah saya kurang pasti tapi rasanya min 2800++, bergantung pada jenis rumah sebab phase 3 ni ada 2 jenis rumah. 20' x 75' dan 20' x 80' dengan 7 bilik dan 7 bilik air. Samada masih available atau tidak, saya kurang pasti sebab untuk 3 storey ni dengarnya dibahagikan kepada beberapa fasa. So kepada sesapa yang berminat, boleh terus ke office developer di Kajang. Kalau dah sold out pun, boleh masuk dalam waiting list in case ada loan buyer yang tak lepas.

Progress terkini Azalea. Semua gambar saya ambil dari group fb BA. Untungnya group fb BA ni memang aktif. Sentiasa ada yang rajin mengupdate progress terkini. Jadi kalau nak tahu apa isu terkini, just follow kat situ je








Township plan for BA



Model rumah contoh untuk 3 storey




BA Phase 2 entrance




Yang terkini sekali, signboard besar BA facing main road



Dijangkakan Azalea siap pada Mei 2015. Hope semuanya berjalan lancar dan proses serah kunci berlaku pada tarikh sepatutnya. Kalau semuanya ok, mungkin tahun depan kami sekeluarga beraya di rumah baru =)


p/s : Lepas ni boleh share idea deko home sweet home =)

25 July 2014

Penghujung Ramadhan 2014

Salam 27 Ramadhan 

Ok, nak dekat raya baru nak sibuk up story di bulan Ramadhan. Keciciran keretapi sikit =p

Sedikit cerita ringkas di sebalik tabir Ramadhan tahun ni

Tahun ni rajin nak menyulam baju anak dara sebab nak sedondon sama. Gigih ummi siang malam. Sangatttt. haha

Setiap tahun pun berazam taknak beli kueh raya banyak sebab selalu tak habis. Tapi still banyak lagi tahun ni. Bezanya tahun ni murah rezeki kueh raya. MIL je bagi 6 jenis kueh raya buatan sendiri. Terkedu menantu sebab keadaan dah terbalik. haha. Thanks Kak Izan tiap2 tahun xpernah lupa nak bagi kueh raya kat kita ngan mak kita =)

Iftar bersama opismate di Riverside Restaurant 


Iftar bersama family

en. Abg gigih cat rumah sebab nak tutup kesan degil mural Airis. Nak dapatkan semangat raya pun ye jugak. Sila abaikan contengan sebelum mengecat tu ye =p

Dah alang2 cat rumah tu, gantung gambar raya tahun lepas sekali. Sabar jelah, hampir setahun berlalu baru sekarang nak gantung. Gambar tahun ni kita gantung tahun depan la agaknya. 

Aktiviti wajib setiap tahun, shopping raya

So, sebelum berundur diri moh bagi ucapan raya sikit. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye kawan2. Semoga selamat sampai ke destinasi dan kembali dengan selamat =)


p/s : Mode sibuk nak kemas rumah dan packing baju. Berapa beg pulak lak nak bawak balik tiga beranak ni. Raya kat kampung lama dek non oiiii

22 July 2014

Kembali Dari Menyepi

Salam

Sudah lama menyepi.

Perlukan mood untuk kembali.

Nantikan

Ya..?

21 April 2014

Ahli Baru

Salam dan hai

Minggu lepas saya dan keluarga menerima seorang ahli baru. Alhamdulillah, adik saya telah selamat melahirkan seorang puteri comel =)

Ini dia Siti Nur Hannah binti Mohd Fahmi, cucu atok dan nenek yang keempat. Dah bertambah la geng budak bertiga tu. Sekarang ni Amani pun dah naik pangkat kakak la. hehe

Si bam-bam Hannah yang lahir seminggu awal. Berat masa lahir 3.51kg, Jenis2 Airis jugak ni. Lahir sihat walafiat. hehe.

Semalam lepas balik dari Renovation Expo kat Midvalley sempat singgah rumah adik nak tengok Hannah. Minggu depan tak dapat jumpa si kecik ni sebab nak balik ke Kluang *jumpa si budak bobot lak*. Lepas tu adik nak sambung berpantang ni rumah FIL dia. Mula2 mak jaga adik, nanti MIL adik pulak. 

Takpelah, nanti Mak Ngah jenguk Hannah kat umah nenek atok Langat ye. Bukannya jauhpun. Bila atok nenek n Mak Usu dah selamat balik nanti, Hannah dah boleh balik rumah sendiri ^_^

Kiranya dalam masa terdekat ni saya dah terima 2 ahli baru dalam keluarga. Seorang lagi si bobot Mohammad Ilman Faiz. Lahir pada 29 Dis 2013. Masa lahir dulu comel tak sampai 3kg, tapi dah nak masuk 4 bulan ni bukan main semangat lagi. Tangan dah macam michelin, leher pun dah tak nampak. hehe

Mohammad Ilman Faiz, Cucu keenam atok n mak tok =)

Dan In Shaa Allah dalam beberapa bulan lagi menghampir ke raya, saya bakal terima lagi seorang ahli baru. Mudah2an semuanya berjalan lancar sehinggalah ke masa itu. Amin


p/s : Makin meriah raya tahun ni ^_^

11 April 2014

Aktiviti Keluarga

Salam n hye =)

Minggu ni tiada tiada sebarang plan. No balik kampung, no makan nasi minyak. Jadi minggu ni lepak2 kat rumah melayan Airis je.

Sekarang ni Airis dilanda selesema. Sudah agak lama berlarutan, mahu jugak seminggu lebih. Tapi saya tak berikan sebarang ubat. Biarkan Airis pulih secara semulajadi walaupun tahu akan mengambil sedikit masa. 

Dah tak ke mana ni, kesian rasanya kalau Airis memerap kat rumah je. Jadi awal pagi Sabtu bawa dia beriadah pagi di Taman Rekreasi Pudu Ulu. Boleh jugak ummi dan ayah dia ni keluarkan peluh. Macam dah lama je tak buat aktiviti sihat ni

Cadangnya nak main badminton. Cuaca redup, angin pun takde. Sesuai sangatlah


Nampak dah ready sangat tu tapi kesian Airis ummi lupa bawakan sport shoes =p

Lepas tu layankan Airis bermain di playground. Gigih ayah lapkan air hujan dari gelongsor tu. 2 3 kali Airis turun naik terus kering gelongsor tu. haha



Hujung minggu yang dinanti untuk mencipta kenangan manis =)


Buah hati ummi  n ayah



Malamnya cuci mata kat AEON Taman Maluri

Mulanya ok je 3 beradik ni

Last2 ini jadinya. Mulanya dengan Amani yang menangis, diikuti dengan Waiz dan akhir sekali Airis yang bertindak nekad hampir terjun dari kereta. hahaha

Ahad petang ambil angin di Putrajaya


Airis yang semakin keletah dan pandai mengenakan ummi

Bajet nak ajar dia pose sambil silang kaki untuk hasil nampak slim tapi xmenjadi. haha

Aktiviti minggu ni biasa2 saja. Esok mahu ke rumah adik, ada doa selamat kecil2an bersama keluarga agar urusan adik untuk melahirkan zuriat berjalan lancar. Tak lama lagi dah, hujung bulan bertambah sorang lagi cucu emak dan ayah. Dah bertambah lagi sorang adik Airis =)

Hari Ahad en. Abg ajak beli baju raya. Tema kaler apa tahun ni masih tak pasti lagi. Kita tengok nanti mana yang berkenan. Ok Airis, mahu berapa pasang baju raya. Satu, dua atau tiga? Jangan lawan ummi sudah ye =p


p/s : NV50, esok rasa mahu berdating dengan kamu la ^_^