11 April 2014

Aktiviti Keluarga

Salam n hye =)

Minggu ni tiada tiada sebarang plan. No balik kampung, no makan nasi minyak. Jadi minggu ni lepak2 kat rumah melayan Airis je.

Sekarang ni Airis dilanda selesema. Sudah agak lama berlarutan, mahu jugak seminggu lebih. Tapi saya tak berikan sebarang ubat. Biarkan Airis pulih secara semulajadi walaupun tahu akan mengambil sedikit masa. 

Dah tak ke mana ni, kesian rasanya kalau Airis memerap kat rumah je. Jadi awal pagi Sabtu bawa dia beriadah pagi di Taman Rekreasi Pudu Ulu. Boleh jugak ummi dan ayah dia ni keluarkan peluh. Macam dah lama je tak buat aktiviti sihat ni

Cadangnya nak main badminton. Cuaca redup, angin pun takde. Sesuai sangatlah


Nampak dah ready sangat tu tapi kesian Airis ummi lupa bawakan sport shoes =p

Lepas tu layankan Airis bermain di playground. Gigih ayah lapkan air hujan dari gelongsor tu. 2 3 kali Airis turun naik terus kering gelongsor tu. haha



Hujung minggu yang dinanti untuk mencipta kenangan manis =)


Buah hati ummi  n ayah



Malamnya cuci mata kat AEON Taman Maluri

Mulanya ok je 3 beradik ni

Last2 ini jadinya. Mulanya dengan Amani yang menangis, diikuti dengan Waiz dan akhir sekali Airis yang bertindak nekad hampir terjun dari kereta. hahaha

Ahad petang ambil angin di Putrajaya


Airis yang semakin keletah dan pandai mengenakan ummi

Bajet nak ajar dia pose sambil silang kaki untuk hasil nampak slim tapi xmenjadi. haha

Aktiviti minggu ni biasa2 saja. Esok mahu ke rumah adik, ada doa selamat kecil2an bersama keluarga agar urusan adik untuk melahirkan zuriat berjalan lancar. Tak lama lagi dah, hujung bulan bertambah sorang lagi cucu emak dan ayah. Dah bertambah lagi sorang adik Airis =)

Hari Ahad en. Abg ajak beli baju raya. Tema kaler apa tahun ni masih tak pasti lagi. Kita tengok nanti mana yang berkenan. Ok Airis, mahu berapa pasang baju raya. Satu, dua atau tiga? Jangan lawan ummi sudah ye =p


p/s : NV50, esok rasa mahu berdating dengan kamu la ^_^

No comments:

Post a Comment