14 June 2011

P : 20W 5D

Salam

Pagi tadi ada check up kat KIA Kg. Pandan. Sepatutnya check up ni dibuat hujung bulan tapi disebabkan berat badan saya naik mendadak, terus doc suh datang check up awal. Dari 65.3kg terus mendadak naik ke 67.5kg, terkejut jugak la. Tapi kalau fikir memang logik la. Bantai makan tak ingat dunia. hehe

Macam biasa 1st step kena wat urine test, BP dengan timbang berat. Semuanya ok. BP 120/80, berat badan 67.3, turun 200g berbanding check up sebelum ni. Lepas da siap semua tu, terus jumpa nurse yang check perut. Sekarang ni tinggi rahim da 21cm, balance dengan usia kandungan. Nurse kata semuanya ok, berat badan dan BP dah boleh control. Alhamdulillah :)

Lepas dah jumpe nurse tu, terus jumpa doc. Ditelek-teleknya buku pink saya tu, tengok progress ok ke tak. Sebelum ni saya ada buat BP selang sehari. So dia sibuk telek result BP tu la. Risau jugak dia komen apa2 sebab tiap kali buat BP tu berat badan saya menurun sedikit demi sedikit sampai pernah cecah 66.8kg. Tapi doc Swarna kata as long as penurunan tu tak banyak, nothing to worry.

Habis sesi dengan doc Swarna, jumpa dietitian utk consult pasal pemakanan. Before start consult, doc Azhar tanya pola pemakanan saya. Lepas 1st trimester, memang nafsu makan saya naik. Tapi lepas doc suh kawal berat badan, saya ubah cara pemakanan.

Breakfast ~ Air Suam + Roti canai kosong / telur
10-11pg ~ Biskut lemak Hup Seng / roti
Lunch ~ Nasi half + 2 lauk (biasanya main dish ayam)
6.30ptg ~ Cornflakes + susu sejat + susu segar low fat
8-9pm ~ Buah oren (Sometimes makan nasi skit)

Ni cara makan saya sejak 2 minggu sudah. Doc Azhar cakap cara saya tu dah ok but kalau boleh katanya elakkan guna susu sejat tu sebab kandungan lemaknya agak tinggi. Dia suggest guna susu low fat je. Dan kalau boleh elakkan minum susu formula yang bancuh tu sebab agak manis. Just minum susu segar low fat tu je.

Bila abis bab cerita pemakanan, kitorang go through ke Piramid Makanan secara overall. Antara fact saya dapat:

- Gula boleh dibahagikan kepada 2 kelas iaitu gula ringkas dan gula kompleks. Gula ringkas ni gula yang bila masuk je badan kita automatik tahap gula dalam badan kita jadi tinggi secara mendadak. Contohnya macam kek, muffin etc. Jadi kena elakkan sangat2. Gula kompleks pula yang terdiri dari sumber2 karbohidrat macam nasi, mee kuning, bihun etc. Yang ni boleh diambil tapi dalam kuantiti yang tak berlebihan.

- Pengambilan caffiene merencat penyerapan zat besi ke dalam badan. Kalau nak minum minuman yang ada caffiene ni boleh tapi disarankan sejam selepas ambil makanan berat. Bagi zat besi tu serap dalam badan kite. So takdelah kite loss khasiat zat besi tu macam tu je.

- Bagi kes macam saya doc Azhar sarankan kalau nak makan buah, makan lepas ambil makanan berat. Makan buah ni pun ada limitnya dalam satu hari. Kurma pulak dalam sehari boleh makan sebiji dua.

So sekarang saya dah tau serba sedikit apa yang patut makan dan bila masa yang sesuai. Hopefully, lepas ni akan makan makanan yang berkhasiat utk tumbesaran si kecil. Dan sebelum pulang doc Azhar berikan saya ini sebagai buahtangan :)



p/s : Membesar secara sihat =)

13 June 2011

Day 1 - Manchester

Salam

Sekian lama entri ni saya peram, sampai da dekat 2 bulan. But tadi tibe2 bila terpandangkan gambar cuti2 ala honeymoon ni, terus tekan keyboard mau share story. Sebab kalau peram lagi lama lagi lupa. Rasa sayang pulak.

Sebenarnya kitorang tak merancang pun trip ni. Cuma masa mula2 kahwin dulu, ada en. Abg suarakan keinginan utk bercuti di sana sambil melawat BIL & SIL yang menetap kat sana. Sambil melawat sambil berjalan tempat baru katanya. Alhamdulillah rezeki kami panjang langkah ke sana. Mana tau pergi bertiga, sedangkan dalam perancangan pergi berdua je=)

Flight kitorang ke Manchester 21 April, pukul 8.40 malam. Malam tu mintak ayah hantarkan ke KLIA. Masa tu saya baru je melepasi 1st trimester. Risau jugak membawa alahan ke tempat orang. Tapi alhamdulillah, sepanjang berada di sana semuanya berjalan baik2 sahaja, mampu menapak ke sana ke mari walaupun sedikit penat.


Muka kami yang excited mau pergi cuti bersama =)




KL - Abu Dhabi, 7 jam perjalanan.




Selamat tinggal tanah airku =)




Bosan2 boleh layan movie






Abu Dhabi - Manchester. 7 hours jugak, so total hours dalam 14 jam. Mujur singgah transit kat Abu Dhabi for 3 hours. Boleh jugak hilangkan lenguh2 badan.




Transit dulu 3 jam kat Abu Dhabi sebelum ke Manchester. Kita isi perut dulu =)




Sudah sampai masa naik belon kembali. Lets go bebeh! ^_^




Sebaik saja tibe di Manchester Airport, cuaca sejuk dingin around 10°c. Terus sarung jaket, kulit Malaysia katakan =p






Tak buang masa, terus round2 Manchester. 1st place Manchester City Football Club








Lepas tu makan dulu. Makanan flight tak berapa nak masuk sangat. Bukan sebab tak sedap, tapi masa tu pembawaan badan buat rasa tekak ni kurang masuk. Tengok orang lain licin je. haha




We all makan kat parking Old Trafford u olls! Nasi Lemak perantauan di pagi hari, very da marvellous. Nak2 pulak disapa angin2 sepoi bahasa, romantika di tampoi u. hehe




Penyokong setia Manchester. Glory glory Man United!




The souveniers






Disebabkan en. Abg i peminat setia Man U, i pun sama la. i follow ^_^




Suamiku yang penuh keterujaan. hehe




Kak Ngah, Ayu dan Nana. Like mother like daughter =)






We love Man U ^_^






Nampak je panas, tapi sejuk ni. Sekali bertiup angin, menggigil jugak la. Nampaknya cik lemak di badan ni tak cukup membantu la. hehe




Baby bump @ 13w





Day 1 cuma warming up sebab baru je sampai. Kesian kat kitorang yang duk terperuk dalam flight, esp mak B yang asik lenguh sana sini. Tapi saya tau, kitorang sure enjoy this trip. Next day akan diupdate nanti. Stay tune!

Neurogain

Salam

Balik keje nanti mau ke farmasi. Mau cari supplement ni. Bila google2, banyak testi cakap kebaikan produk ni.


p/s : Berusaha yang terbaik utk si kecil. Tawakal dan berserah selanjutnya.

10 June 2011

P : 20W 1D

Salam

Sudah menghampiri separuh perjalanan. 20weeks to go =)

Si buah hati masa berusia 17w, hasil scan pada 19 Mei 2011. Doc cakap tangan, kaki, tulang blakang smua da terbentuk. Tapi gender tak tau lagi masa ni. Harap2 next check up on 16 Jun ti da boleh nampak. Ada kawan2 yang cakap b4 masuk bilik doc tu, pujuk2 baby dulu. Suh duk molek2, nanti doc scan boleh nampak.

Dalam hati memang saya berharap utk tau gender baby, lagi2 ni 1st baby. So, agak excited utk tau gender baby. Boleh beli barang dengan lebih fokus. hehe. Tapi kalau baby masih malu tersipu-sipu takpelah. Dia nak suprisekan ummi dan ayah dia =)




Lepas check up hari tu sambil menunggu ayah menjemput, saya berkesempatan beli buku ni. Bila telek2 kandungan dia, macam ok je terus beli. Ni la 1st buku yang saya beli tentang pregnancy. Dah habis baca pun. Recommended untuk bakal2 ibu especially anak sulong macam saya ni.




Tadi ada appoinment kat KIA Kg. Pandan untuk check BP, urine dengan weight. Alhamdulillah semuanya ok. Berat pun back to normal, tak naik dengan mendadak. Harap2 boleh maintain sampai baby kuar. Takmolah overweight, nanti kena refer to dietitian.

Sepanjang minggu ni, saya ada terasa something kat perut. Tak tau la nak kata tu baby kick ke or just perasaan saya je. Saya tanya nurse yang ambil BP tu, normal ke bila tak dapat rasa baby kick lagi. Dia cakap since ni 1st baby, so maybe saya lambat skit rasa. Kalau perut tebal, ada kemungkinan utk lambat lagi rasa.

Terlalu cepat masa berlalu. Rasanya baru semalam saya tersenyum gembira bila pregnancy test tunjuk result +ve. Tapi hari ni dah separuh perjalanan saya tempuh, separuh perjalanan lagi bakal ditempuhi. Jadi baby, kite kuatkan semangat sama2 ye. Chaiyok! =)


p/s : Masih muat lagi baju2 sedia ada. Belum masa utk pakai uniform. hehe

06 June 2011

Mak Yong yang manis dengan Si Kecilnya

Salam :)

Ketika insan2 lain sedang bertungkus lumus di ofis, saya sedang berbaring bergoyang kaki di atas katil. Jangan jeles, bukan dipinta MC ni, tapi diberi dengan tangan terbuka. Rezeki mak buyong yang terlebih manis beginilah :p

Hari ni bermula la episod BSP every 2weeks saya. Maka secara automatiknya setiap kali itulah MC diberi. Bahagia? Tidaklah rasanya sebab harus berulang alik ke Klinik Ibu & Anak utk 4x sehari. Penat? Seharusnya ada tapi utk kebaikan si kecil dalam perut, ketepikan sahaja.

Saya sudah mula membeli barang utk menyambut si kecil ni :)

Maybe its too early tapi saya rasa bersedia dari awal tu lebih bagus. Plus Along advise utk mula membeli sedikit demi sedikit bagi mengelakkan tekanan budget di akhir nanti. Lagipun dia agak bz hujung bulan ni dan awal bulan depan. Maka, harus guna waktu yang ada ni sepenuhnya. Shopping sendiri? Sangatlah tak berani sebab zero knowledge, anak sulong kan.

Jadi semalam ketika temankan Along ke Twins Baby KL, sempatlah survey beberapa barang tapi mostly banyak yang out of stock. Sempat rembat Storage Bottle je, 8pcs brand Bumble Bee. Along kata kalau xcukup after this just beli yang plastic pack tu je. Affordable dan jimat ruang utk kuantiti yang banyak.

Lepas tu rushing ke Jusco Maluri, teringat ada sale sampai 12 Jun nanti. Takdela murah sangat but still murah dari kedai Twins Baby tadi, depend kpd barang dan brand. Kat Jusco ni saya beli receiving blanket, napkin, changing mat, towel, baby binder, baby cap dan mitten & bootees. Disebabkan tak tau lagi gender our buah hati ni, so saya pilih kaler selamat. Yang boleh dipakai baby girl or boy. Dan seterusnya jadi turun temurun for future baby. hehe.

Barang2 lain akan di list down kemudian. Next shopping akan dibuat lepas Along pulang bercuti tengah bulan 7 nanti. Maybe masa tu nak pulun banyak skit sebab Ogos ti dah mula puasa. Kalau boleh saya taknak bershopping di bulan puasa, sebab tak tahu lagi stamina diri macam mana. Dan bila masa masuk Syawal nanti, baby da masuk 32w jadi memang rasanya tak sempatla dengan keadaan diri yang semakin membulat.

Shopping barang baby memang best. Tak sabar nak masuk kedai baby lagi. Cepatla masa berlalu :)


p/s : Tengah menaip ni, terasa something di perut. Baby kick ke tu?

05 June 2011

Mengidam

Salam

Bila seseorang "berbadan dua", salah satu istilah yang berkaitan rapat mestilah istilah MENGIDAM. Saya pun tak terlepas gak dari isu ni. Nak kata mengidam yang keterlaluan tu takdelah tapi keinginan utk menjamah sesuatu yang dikehendaki tu agak tinggi.

Saya ingat lagi betapa selera makan ni menurun ketika di awal 1st trimester. Nasi yang sebelum ni wajib sebagai hidangan harian dah mula dipandang saya sebelah mata. Dan kalau dijamah pun potensi utk keluar balik tu agak tinggi. Dan sebagai ganti saya gilekan char kueh teow buat beberapa hari berturut-turut. Jemu dengan char kueh teow saya berubah selera ke roti goreng pula sampaikan pagi petang menghadap hidangan yang sama. Sampai geleng kepala jugaklah family saya ^_^

Syukur Alhamdulillah di sepanjang 1st trimester tu saya tak menghadapi morning sickness yang teruk. Cuma muntah biasa bila perut diisi angin akibat kelaparan yang kerap dan mulut berasa mual. Tapi itu pun tak lama, cume berlangsung dalam 3 minggu je. Kalau nak dibandingkan dengan keadaan Along saya dahulu memang jauh beza la keadaan kami.

Lepas genap je 3 bulan, totally saya rasa sihat. Cuma biasalah mulut ni terasa mual je. Selera makan apalagi, mencanaklah naiknya. Itu nak ini nak, semua saya bantai makan. Tapi masa tu takde rasa teringin makan apa. Pakai telan je apa yang ada depan mata. huhu

Tapi 2 minggu sudah bila menonton iklan askrim laici di TV, saya terpandang buah laici segar. Terus mendadak keinginan utk merasa buah laici segar tu. Lepas 3 4 hari mencari, akhirnya emak belikan buah laici tu di Tesco utk saya.

Ingatkan takat tu je, datang pulak keinginan utk makan cempedak goreng. Saya suarakan keinginan tu pada mak ayah, kot2 dapat dihidangkan cempedak goreng di depan mata. Tapi sekarang ni bukan musim cempedak, puas di cari emak ayah ke sana ke mari masih jugak tak berjumpa. Nak buat macam manakan...

Sedang keinginan nak merasa cempedak goreng belum terlaksana, saya teringinkan roti jala. haha.. Banyak btol keinginan tekak ni. Tapi roti jala tu tak mendatangkan masalah sebab senang utk dicari. Masalahnya sekarang di mana harus tempat dituju demi sebijik cempedak :(

Tapi hari ni hati saya senang sekali. Sebab dapat makan cempedak goreng dgn roti jala sekaligus sbg hidangan pagi. Cempedak tu ayah dapatkan di Chow Kit, itu pun sudah terlebih masak. Hanya tinggal sebiji, itu lah yang masih elok. Takpelah, walaupun sedikit lembik tetapi hasil masakan ibunda tetap terbaik di hati :)

Trima kasih emak.

Trima kasih ayah.

Jasamu tidakkan dapat kubalas.

Dan juga ahli kluarga yang lain. Kasih dan budi kalian tersemat di hati.

30 May 2011

Direnjis-renjis Dipilis

Salam

Wa... 2minggu blogku ini dibiarkan sepi tanpa sebarang crite. Usahkan panjang, pendek pun langsung xde. huhu. Bukan apa, semenjak kebelakangan ni rasa teramatlah malas utk mengupdate sebarang citer walaupun rasa banyak benda yang nak diciterkan.

Tiap kali bila sign in je terus upload gambar tapi bila nak menaip terus kemalasan melanda. Jadinya terus tekan button save, terperuklah jadi draft berminggu2 =(

Takpelah, yang tertinggal tu akan dicover perlahan-lahan. Harus diupdate jugak utk kenangan akan datang...

Ok, Sabtu Ahad sudah saya n family balik ke Perak utk attend wedding sepupu di belah ayah. Sabtu kenduri di pihak perempuan, Ahad pulak di belah lelaki yang hanya makan masa setengah jam perjalanan. Tema kali ni warna merah tapi akak xdelah mengikut tema kan. Pakai sarung je baju apa yang ada. Nasib ada lagi baju yang muat dengan keadaan perut yang sedikit membuncit ni =)


Belum bergerak lagi baju si budak ni da comot. Nenek muka excited tapi Waiz muka xpuas hati ^_^




Jumaat sehari sebelum majlis saya n Along terkocoh-kocoh ke JJ Maluri cari hadiah utk pengantin baru ni. Keje last mnt, standard lah tu kan. Hadiah tu pun dah boleh agak apa kan. hehe




Sudah 18w. Sekarang ni kalau dukung Waiz lama2 dah mula rasa mengah.




Jom drift Uteh!






Khas utk tatapan suamiku. haha




Sebelum tu singgah kedai breakfast dulu. Isi perut kenyang2 baru leh wat keje ngan mantap ^_^






Pelamin




Disebabkan baru saja sihat dan keadaan yang tak membenarkan utk buat kerja berat, maka segala bebanan kerja saya telah dipindahkan kpd Izan. Kenalah dia buat kerja utk 2org. hehe




My sisters sgt comel & rajin =p




Esoknya di kenduri pihak lelaki. Kitorang tak tunggu sampai habis pun sebab kena gerak cepat nak balik KL.




Aksi yang melebihi pengantin yang pemalu. hehe. Apa2pun congrates tu cousin kitorang yang sorang ni. Welcome 2 da club Nor! =)