26 February 2013

Makan2 Di Teratak Kayangan Comel

Salam

Dulu saya pernah post entry tentang sambutan birthday Airis. Kali ni saya nak up entry tentang sambutan birthday saya pulak =D

Yang sebenarnya bukanlah celebrate birthday pun tapi lebih kepada makan2 keluarga di teratak kayangan comel kami ni. Di samping tu buat bacaan doa sikit di kalangan ahli keluarga. Kebetulan dekat dengan birthday saya, jadi buat makan2 sikit sambil potong kek. Kek haruslah ada, nak feel lebih sikit. haha

Lemang Pak Ali sumbangan ayah. Ada lemang bagai, terasa suasana raya semakin dekat. hehe. TQ ayah =)

Antara menu yang ada. Sate sumbangan adik, TQ Ayoy =)


Rendang daging pulak air tangan bonda. Sedap sangat. TQ mak =)

Air tangan en. Abg 

Kek comel untuk santapan. Beli kat Tesco Ampang dengan harga yang sangat murah. Walaupun murah, tapi sangat sedap. Just nice rasanya, tak terlalu manis.

Potong cake time!
Dah tua2 ni macam janggal pulak buat tanda peace tu. hehe

Anak dara pun nak potong kek dengan ummi =)

Airis dah sibuk nak menggodek kek




Sabar jelah Mak Lang kena layan 2 orang sekali gus. Sekali sekali jumpakan, kenalah buli =)

Muka penat baru balik rewang

Chef of the day

Self service ye...





Mana yang tak habis, kami buat sarapan di pagi Ahad . Cuma tambah beberapa menu yang diimport dari Haslam. Thanks again ayah =)

Budak comel sebelum bergerak balik



Dah besar, baju pun dah senteng. Takpelah, buat basahan kat rumah je =)

Seperti tahun lepas, tahun ni pun saya disajikan dengan pelbagai kek. Yang ni hadiah daripada Kak Izan, yang tak pernah melupakan birthday saya walaupun sekarang ni bz bukan main. Orang penting katanya. TQ kak =)


Keadaan kek yang sampai pada saya. Mungkin cara penghantaran menyebabkan sedikit kerosakan. Takpelah, yang penting tanda ingatan. Sayang kamu juga =)



p/s : Happy sweet 29 ida! ^_^

21 February 2013

Majlis Wani

Salam

Masih ingat pada pengapit saya dulu? Alhamdulillah pengapit saya, Wani yang juga bff adik telahpun selamat menjadi isteri orang pada Sabtu lepas. Congrates Wani dan suami =)

Beberapa keping gambar yang diambil dari fb adik untuk dikongsikan di sini

Make up done by Aishah, bff adik. Simple but sweet. Sesuai untuk majlis ijab qabul. Lepas ni kalau Angah ada apa2 function minta Aishah  yang make up bole la ye?  hehe

Saya dimaklumkan adik yang beading di baju dan veil pengantin dijahit oleh pengantin sendiri. Hebat kan? Bestnya kalau saya pun ada kemahiran macam tu.



Pelamin dan make up untuk majlis resepsi done by Rumah Kebaya. Pertama kali tengok pelamin ni, terus jatuh chinta dengan keunikan pelamin ni. Nampak sangat sweet kan?

Lepas dah kenyang. Lauk kenduri pun sedap2 belaka. Lagi2 ayam goreng dia yang rangup tu. Nak tambah lagi macam segan. hehe. Satu lagi masakan kampung yang hot untuk hari tu, Sambal Tempoyak Pucuk Ubi (betul ke namanya tu?). Saya tengok en. Abg siap menambah lagi. Mak saya pun sama. Mak mertua dengan menantu citarasa memang sama =p



Izan, Ayoy, Aishah dan Ain. Bff adik ni juga antara orang kuat majlis resepsi saya dulu. Harap2 untuk majlis dorang nanti saya juga dapat menyumbang tenanga walau sedikit =)

Adik dan bff  di majlis resepsi. Serius, saya jatuh cinta dengan baju boria mereka ni. Saya kan pencinta songket, kain ni pulak ala2 songket tapi jenis yang nipis dan sejuk. Tapi rasanya tak dijual di sini memandangkan baju ni adik import dari Bali untuk dia dan bff pakai pada majlis ni. Err....ada sesapa nak gi Bali tak? Kalau ada bagitahu saya ye, saya nk kirim. ^_^

Pengantin dan bff

Otw balik

Saya tengok sakan benar Airis hisap lolipop ni. Terus saya rasa. Mak aiii!!! Manis sangat ni untuk Airis. Tak sesuai. Jadi saya ambil lolipop tu dari Airis. Lagipun dah melekit2 tangan dan mulut. 

Ini terjadi bila saya ambil lolipop tu dari dia. Haruslah dia merengek kan, tapi sekejap je. Lepas tu dah ok. Setahun lebih bergelar ibu, saya semakin mahir cara tackle hati Airis. Konsepnya slow and steady =D

Doorgift dari keluarga pengantin

p/s : Seronok tengok orang bina masjid =)

20 February 2013

TQ Astro =)

Salam

Malam tadi Airis tidur lewat lagi. Pukul 12.30mlm....Suka macam tu tau sekarang ni. Suka tidur lewat malam...huhuhu

Mula2nya pukul 11 saya dah baringkan dia di sebelah saya untuk bf. Dalam 15minit saya tengok mata dia pun macam layu, tunggu masa untuk tidur je. Alih2 dia terus bangun. Terus aktif pulak tu!

Takda tanda2 nak tidur pun =(

Siap dia kejut ayah dia lagi nak main sama2. Mula2 en. Abg layan jugak la tapi sebab tengok en. Abg pun muka mengantuk je, saya suruh en. Abg tidur semula. Takpelah, biar saya je yang melayan. Saya tahu en. Abg kepenatan. 

Tapi saya sendiri sudah mengantuk. Camne tu...

Oh ye saya teringat! Astro sudah di pasang petang tadi. Jadi apa kata kita buka channel cartoon, biarkan Airis menonton. Boleh la saya tidur2 ayam. hehe

Act, saya taklah galakkan Airis selalu tengok cartoon. Sikit2 je tengok cartoon, bukanlah tabiat yang elokkan. Tapi dalam keadaan darurat macam malam tadi, kira saya pejam mata jelah. Janji Airis diam, tak merengek2 nak main bedak. hehe

Sudahnya mata Airis terpaku pada tv sambil mulutnya sibuk menyusu. Dah penat memanjat badan saya, dia berbaring di lengan saya dengan mata terpaku di tv. Sweet sangat kamu tahu. Yelah sejak dah pandai berlari ke sana sini ni, dia jarang nak melekat kat saya kecuali time bf. Ni dia siap baring kat lengan saya lagi, rasa best sgt walaupun tangan ada rasa sedikit kebas ^_^

Airis tengok tv, saya tidur2 ayam. Sampailah jam 12.30malam, dia sudah merengek sambil menggosok2 mata. Mengantuklah tu. Camtu, jom kita tido ye sayang...


p/s: Astro HD, gambar makin  clear. Makin suka lah en. Abg layan bola. 

19 February 2013

Hari Ulang Tahun

Salam

Happy belated birthday untuk diri sendiri =)

Umur? Tiada rahsia.. Alhamdulillah, semalam memasuki 29 tahun. Tahun depan sudah masuk angka 3 daaaa ^_^

Bak kata mak ketika wish birthday saya semalam "bukan semakin tua, tapi semakin dewasa akal dan fikiran".

Walaupun sudah berusia 29 tahun, sudah punya seorang anak dara, saya masih anak mak. Kan mak? =)

Saya dan en. Abg ambil cuti semalam. Bila masuk ofis hari ni, ada yang bertanya kenapa saya bercuti semalam. Jawap saya "saja rehat-rehat". Jawapan palsu cuma.

Yela, takkan saya nak bagitahu semua orang yang saya cuti semalam sebab nak celebrate birthday dengan en. Abg kan? Senyap2 je dah la =D

Sebab selalu lupa dari pintu mana kami masuk, untuk elakkan terus sesat barat terus snap gambar ni.  Walaupun KLCC tu bukanlah besar mana. huhu

Agenda untuk hari ni, menonton movie dan juga makan2

Cari kek untuk birthday girl =)



Pilihan tempat menjamu selera, Chili's




Cake from The Coffee Bean

Birthday girl yang hepy =p




Jom kite tengok apa rupa kek comel saya

Makin bertambah usia, makin kecil kek. Jadilah, buat syarat je. Kata pun nak celebrate birthday, kenalah ada walaupun kecil je =)




Pilihan menu kami yang awesome. Masih sama dengan menu ketika celebrate birthday en. Abg last year. Masing2 mengidam. hehe

New York Strip untuk en. Abg

Fav saya, Crispy Honey Chipotle Chicken Crisper

Cuba berlagak candid tapi tak menjadi. hahaha

Jom makan!

Next agenda, menonton movie. Masih ada gap sebelum movie start so pusing2 KLCC dulu



Dan juga masuk MPH cuci2 mata. Tertarik dengan 2 buku ni








Movie yang kami pilih semalam. Based on true story



Seriously citer ni sangat best. Dan sangat touching jugak. Ingatkan saya sorang je yang tersedu sedan, rupanya orang belakang lagi hebat. hehe

Lepas habis movie, masa untuk balik la. Rasa rindu sangat kat Airis, nak2 lepas tengok citer The Impossible. Rasa nak hug and kiss Airis banyak2. hehe

Muka hepy tak sabar nak balik rumah jumpa buah hati

p/s : Hujung minggu ni celebrate lagi sekali. This time kek harus besar =p