28 December 2011

Hai2 2012 Bye2 2011

Salam


3 hari lagi sebelum tahun 2011 menjadi kenangan. Pejam celik pejam celik, dah nak sampai ke penghujung tahun.


Alhamdulillah, tahun 2011 saya dihiasi dengan rezeki2 yang tak dijangka. Paling bermakna, apabila menerima berita kehamilan sebagai hadiah ulang tahun yang ke-27. 5 hari selepas ulang tahun, saya disahkan hamil. Rezeki dariNya, saya sama sekali tidak menduga. Dengan ketiadaan suami di sisi, kurniaan tak terhingga diberi :)


Bulan April meninggalkan kenangan manis bila saya dan en. Abg berpeluang berjalan melihat pemandangan di negara orang *en. Abg request utk abiskan post tentang2 cuti2 di sana*, Tak pernah saya jangka akan menjejakkan kaki ke sana, tapi alhamdulillah dipermurahkan rezeki utk berhoneymoon sekali lagi dengan kehadiran si kecil di dalam perut. Percutian yang tak akan saya lupa sampai bila2 :)


Raya kedua sebagai suami isteri. Kiranya dua setengah la sebab Airis dalam perut. hehe. Raya pertama dulu masih lagi dalam mood pengantin baru :)


Kata orang, anak pembawa rezeki. Seminggu sebelum kelahiran Airis, akhirnya en. Abg dapat transfer ke sini pada Oktober 2011. Alhamdulillah, inilah yang saya nanti2kan sejak diijabkabul dahulu. Akhirnya, doa kami dimakbulkan :)


Kelahiran buah hati Nur Airis Afrina sebagai penutup 2011 yang pastinya menjadi kenangan manis buat saya :)


Selamat tinggal 2011. Tahun yang penuh dengan 1001 kenangan, baik manis atau pahit. Yang manis akan tetap diingatan saya. Yang pahit akan saya jadikan pedoman untuk mematangkan diri.


Semoga 2012 akan menjadi lebih baik untuk saya dan insan2 tersayang.



p/s : Happy 2 months old Airis sayang. Makin bam bam anak ummi ^_^

27 December 2011

Teruja

Salam


Weekend ni adik saya Izan akan bertunang.

Excited! ^_^


p/s : Masih mengekalkan mak andam yang sama sbb hasil kerja yang memuaskan. Tak kisah la siapa asalkan perempuan tulen. i x layan yang tak tulen u. awww!!!

20 December 2011

Mimpi Jadi Kenyataan

Mimpi saya jadi kenyataan? =)


Saya mimpi beli rumah baru ... jadi kenyataan

Saya mimpi suami dapat promotion ... jadi kenyataan

Saya mimpi jalan2 di UK sekali lagi ... jadi kenyataan

Saya mimpi Airis dapat adik ... Ops! Yang ni sebolehnya buat sementara waktu ditangguh dulu dari menjadi nyata. Musim bermanja2 dengan Airis masih panjang *_*


Seronok kan mimpi menjadi nyata. Itulah yang saya rasa sampai dalam tido tersengih2. hehehe


Ecececececeh......


Takdelah. Tu semua tetap dalam mimpi. hehe. Cume satu je mimpi saya yang InsyaAllah akan menjadi kenyataan tahun depan ^_^


InsyaAllah, 2nd baby Along ni will be baby girl. Sama seperti mimpi saya. Yey!!!!


Setakat ini berdasarkan scan, itulah gendernya. Harap2 tak berubah sampai deliver nanti. Dah sepasang. Adalah Airis kawan main masak2 nanti bila pi umah Mak Long Anis =)


p/s : Yang mimpi2 lain tu mana tau rezeki saya akan datang kan. Sebagai insan, kita usaha je. Rezeki DIA di mana2 dan bila2 masa je. Sekiranya rezeki2 tu dilimpahkan kepada saya, harapnya saya tidak takbur dan megah mengejar status di pandangan manusia. Amin.

11 December 2011

45 Hari

Salam

Alhamdulillah majlis cukur jambul Airis semalam berjalan lancar. Cuaca dari pagi hingga ke petang cantik je.



Puteri saya dah botak la ^_^


Musim berpantang juga sudah sampai ke penghujung. Tapi akak masih berkain batik. Perempuan melayu terakhir u. haha. Yang bebenor sebab sehelai seluar pun akak xbawak balik Kluang ni. huhu


Trima kasih banyak tak terhingga kepada keluarga mertua yang menguruskan perjalanan majlis dari awal sehingga penghujung. Dan juga keluarga saya yang turut berada sama memberi sokongan dan bantuan.


Kepada saudara mara, kumpulan marhaban dan tetamu lain yang datang merai juga diucap trima kasih di atas kesudian menghadiri majlis puteri sulung saya ni. Special thanks untuk sahabat tersayang yang datang dari jauh. Datang bukan sebarang datang, datang dengan tangan berisi. hehe. Tq aunt, cantik rantai tu =)


InsyaAllah bila diizinkan akan saya kongsikan serba sedikit perjalanan majlis semalam. Ketika Airis santai berbaring sebelah saya sambil tersenyum menemani, saya pasti mood menaip pasti datang. Saya akui, kehadiran Airis mengubah hampir keseluruhan rutin hidup saya =)


p/s: Menaip sambil Airis lena di pangkuan.


09 December 2011

43 Hari

Salam



Hari ini masuk 43 hari menjadi ummi Nur Airis Afrina.


Tiada lafaz syukur setanding kurniamu Ya Allah.



p/s : Masih belajar.

Ummi Dan Airis Sama2 Berurut

Salam


Dulu masa nak keluar wad lepas deliver Airis cadangnya nak sunatkan dia terus. Senang, setle semua dan saya tak payah fikir lagi. Tapi sebab excited sangat nak kuar wad terus terlupa niat yang satu tu. Lepas tu ingatkan masa bawak Airis check Jaundis tu, nak sunatkan terus. Tapi doc kata kena setlekan dulu hal Jaundis, baru sunat. Tertangguh lagi sebab lepas keluar wad terus bawak Airis balik ke Kluang esoknya.


Sudahnya Airis bersunat di kampung saja.. Makcik urut yang sunatkan. 1st time tengok sunat2 ni, nak2 anak sendiri. Ngeri jugak ^_^

Sebelum tu, saya mintak makcik tu urutkan saya dulu. Saja nak bagi segar badan. Kembang setaman bila makcik tu puji i dah jauh beza dari masa berurut lepas bersalin dulu. Sampai tak kenal kau. Terima kasih la makcik, malu saya. haha

Selesai bab saya, maka kisahkan bab Airis pulak. Sebelum tu susukan Airis dulu. Takut dia menangis lepas disunat. Punyalah saya mengagah Airis, nak bagi dia senyap dan duduk diam. Akhirnya, berjaya jugak. Tak menangis pun dia. Merengek 2 3 kali je. Bagus anak ummi ^_^

Selesai bersunat, makcik tu mandikan Airis dengan air limau nipis. Kira bersuci la. Lepas tu diurut-urut Airis satu badan. Katanya leher Airis terkial skit, terus dibetulkan. Punya menangis la Airis, sampai saya naik cuak. Patah ke leher anak aku ni. haha. Tapi lepas pujuk2, terus cool balik dia. Kena upgrade skill memujuk ni =)

Lega, satu part da selesai. Tinggal nak cukur jambul dan aqiqah Airis je esok. Boleh balik rumah dengan senang hati.




p/s : Try baju kurung yang dibawa en. Abg utk dipakai esok. Mujur masih muat =)

08 December 2011

Ke Garisan Penamat

Salam


Hari ni hari ke-42 saya berpantang

Tinggal 2 hari je lagi sebelum tempoh berpantang ke garisan penamat

Tak sabar!

Tapi lepas ni mesti rindu zaman berpantang.

Boleh tak? =p


Sabtu ni ummi habis berpantang. Airis pulak cukur jambul. Macam dijanji-janji pulakkan ^_^